Dua bintang utama Manchester United menangguhkan dulu hasrat mereka untuk berpindah pada jendela perpindahan Januari ini, selepas pihak kelab melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim.
Pengurus berusia 63 tahun itu dilaporkan sudah menerima tawaran untuk menjadi pengurus interim sehingga akhir musim ini nanti.
Beliau menerima tawaran tersebut selepas pihak kelab dilaporkan bersetuju melantik beliau sebagai penasihat kelab selama dua tahun selepas tugasnya sebagai pengurus interim selesai.
Anthony Martial and Donny van de Beek delay January transfer decisions ahead of Ralf Rangnick appointment at Manchester United https://t.co/UgZ4jiALJJ
— MANCHESTER UNITED NEWS ⚽️ (@SirAlexStand) November 26, 2021
Ketibaan Ralf Rangnick dianggap berita yang paling menggembirakan para peminat kerana ramai dari para penyokong Man Utd mahu melihat beliau menjadi pengurus kelab.
Bukan hanya para penyokong, bahkan para pemain dari skuad utama sendiri turut teruja dengan berita tersebut dengan ada antara mereka yang sanggup tangguhkan niat untuk berpindah.
Donny Van de Beek dan Anthony Martial merupakan dua nama yang sanggup menangguhkan dulu hasrat mereka untuk berpindah, selepas mendengar berita pengurus veteran itu akan ke Old Trafford.
Menurut sumber laporan ESPN, Van de Beek dan Martial sudah mula tidak memikirkan untuk pergi meninggalkan kelab selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat.
Man Utd information: Anthony Martial and Donny van de Beek January plans on maintain forward of Ralf Rangnick appointment https://t.co/auPJnTblBa
— Today Nigeria News (@todaynigernews) November 26, 2021
Pengurus sementara kelab, Michael Carrick telah menurunkan Van de Beek dalam kesebelasan utamanya ketika aksi kemenangan 2-0 mereka menewaskan Villarreal dalam saingan Champions League kemarin.
Laporan sama turut menyatakan yang Michael Carrick sudah menjelaskan kepada para pemain yang setiap dari mereka mempunyai peluang sama rata selepas pemergian Solskjaer.
Van de Beek dan Martial terutama antara yang paling teruja dan seolah-olah mendapat nafas baru selepas pemergian Solskjaer.
Mendengar berita kehadiran ‘The Godfather of Gegenpressing’ terus membuatkan kedua-dua mereka berpendirian untuk kekal bersama kelab.
Donny Van de Beek e Anthony Martial suspenderam os seus planos de saída do Manchester United em janeiro devido a chegada de Ralf Rangnick. Eles buscarão jogar mais regularmente no Manchester United. Os jogadores terão seis semanas para tomar a decisão.
[@RobDawsonESPN] pic.twitter.com/uPBDFwYfi4
— Man. United Brasil (@ManUtdBR) November 26, 2021
Sebelum ini, tular berita yang mengatakan bahawa lapan pemain dari skuad utama United bengang dengan Solskjaer kerana mengingkari janjinya terhadap kesemua mereka.
Lapan pemain United bengang Solskjaer ingkari janji
Lapan pemain Manchester United dilaporkan bengang dengan Ole Gunnar Solskjaer selepas pengurus dari Norway itu melanggar janjinya terhadap kesemua lapan pemain tersebut.
Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini berjanji mahu memberikan minit permainan yang cukup kepada kesemua pemain tersebut pada musim ini, namun beliau telah mengingkari janjinya.
🚨 Jesse Lingard, Donny van de Beek, Eric Bailly, Anthony Martial, Dean Henderson, Diogo Dalot, Juan Mata and Alex Telles have all complained that Ole Gunnar Solskjaer is not rotating his squad enough. The manager had promised to give them more minutes this season. (Source: ESPN) pic.twitter.com/9glKnuZWWL
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 15, 2021
Sebelum beliau dipecat, Solskjaer dilaporkan berada dalam tekanan yang teramat sangat, terutama melibatkan masa depan beliau di Old Trafford.
ESPN melaporkan yang tekanan itu bukan hanya datang dari para penyokong atau kelab, namun Solskjaer turut berdepan tekanan dari para pemain dalam skuadnya.
Beliau ditekan oleh segelintir pemain yang pernah beliau tabur janji untuk memberi pemain itu minit permainan yang mencukupi, namun beliau gagal untuk memenuhi janjinya sendiri.
Solskjaer sendiri turut pernah mengakui yang beliau pada musim lalu terlalu bergantung kepada pemain bintang dan jarang untuk melakukan rotation.
Solskjaer accepted during meetings over the summer that he had "overplayed" key players last season and promised members of the squad that they would be more involved going forward.
Players included Van de Beek, Telles, Lingard, Martial and more.
(Source: @RobDawsonESPN)#MUFC pic.twitter.com/tgODR67EHL
— United View (@unitedviewtv) November 15, 2021
Beliau berjanji kepada Donny Van de Beek, Anthony Martial, Jesse Lingard, Dean Henderson, Eric Bailly, Diogo Dalot, Juan Mata dan Alex Telles untuk memberi mereka minit permainan yang mencukupi pada musim ini.
Segelintir dari mereka memutuskan untuk kekal di Old Trafford dan mahu berjuang mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.
Solskjær accepted during meetings over the summer that he had "overplayed" key players, and promised players, including Van de Beek, Martial, Lingard, Henderson, Bailly, Dalot, Mata and Telles they would be more involved going forward #mulive [@RobDawsonESPN]
— utdreport (@utdreport) November 15, 2021
Namun segala usaha mereka sepertinya tidak membuahkan hasil dengan ramai dari mereka yang tetap menjadi penilai bangku simpanan stadium mana yang paling menarik.
Tidak hairanlah andai kesemua mereka menjadi pemain paling lega sebaik pihak kelab memutuskan untuk memecat Ole Gunnar Solskjaer.
Manchester United have agreed a deal with Ralf Rangnick to take over as interim manager until the end of the season, reports @lauriewhitwell @David_Ornstein pic.twitter.com/cfsfxEYTdK
— B/R Football (@brfootball) November 25, 2021
Kesemua mereka akan berusaha untuk memberikan yang terbaik, dan mencuba nasib untuk memikat hati pengurus baharu kelab.
Sumber: SPORTbible