Bekas bintang gusti World Wrestling Entertainment (WWE), The Rock telah menghadiahkan sebuah kereta kepada kawan baik yang dikenali sejak zaman berzaman bagi membalas jasa baik yang pernah dilakukan.
Selepas meninggalkan arena gusti yang penuh gemilang, The Rock yang menggunakan nama pentas Dwayane Johnson di dunia perfileman telah menjadi pelakon lelaki yang menerima bayaran paling mahal di Hollywood.
Semua bidang diceburi oleh The Rock berakhir dengan kejayaan dari arena gusti dengan hanya berseluar dalam sehingga menjadi pelakon filem aksi pecah muka, pecah kepala dan pecah panggung, The Rock tidak pernah lupa diri.
For the second year in a row, Dwayne Johnson is the world’s highest-paid actor, earning $87.5 million—this is how "The Rock" built his fortune https://t.co/X4fLV3ht2n pic.twitter.com/Ab7TCFQjjw
— Forbes (@Forbes) January 17, 2021
Dwayne Johnson tidak pernah melupakan jasa baik teman lamanya yang menjaga beliau dan memberi tempat tinggal kepada beliau semasa zaman remaja dan berjaya mengejar cita-citanya.
Rakan baiknya itu, Bruno Lauer yang merupakan bekas rakan sepenggusti dan The Rock telah menjemput Bruno Lauer ke set rakaman rancangan Young Rock Television Show.
The Rock tidak hanya menjemput Bruno Lauer untuk sekadar bertentang mata bertanya khabar serta mengenang kisah lalu sahaja malah ada kejutan menanti.
💕🤗 "LOVE YOU, BROTHER": Further proof that Dwayne The Rock Johnson is an amazing human being. Hollywood's highest paid actor surprised a lifelong friend with a brand new truck. Bruno Lauer took in The Rock when he was homeless. Powerful!!!! 😢https://t.co/09m7sqYwzr pic.twitter.com/rx3A2X5kvm
— John-Carlos Estrada (@Mr_JCE) January 6, 2021
Buat peminat, WWE, Bruno Lauer ini lebih dikenali dengan nama pentasnya Harvey Wippleman yang merupakan individu penting yang membolehkan The Rock wujud dan berjaya seperti hari ini.
Selain Harvey Wippleman, Bruno Lauer juga menggunakan nama Bruno, Dr. Lennerd Spazzinsk, Downtown Bruno, Handsome Harvey, Hervina dan Uptown Bruno.
Ketika The Rock berumur 15 tahun, Bruno Lauer telah menjaga dan membenarkan The Rock yang tiada haluan hidup itu untuk tinggal bersama beliau.
@TheRock gifted a brand new Ford F-150 to Bruno Lauer, who was a former #WWE manager Harvey Wippleman & Memphis wrestling personality Downtown Bruno. The Rock also said how Whippleman helped him buy his very first car and added that he wanted to return the favor pic.twitter.com/L4F0W7nMuv
— The Spotlight (@TheSpotlightYT) January 1, 2021
The Rock telah membuka cerita yang boleh membuatkan anda sebak dan bagaimana perkenalan beliau dan Bruno Lauer bermula dalam satu rakaman video.
“Temui salah seorang rakan seumur hidup aku, Bruno Lauer atau aku lebih suka panggil ‘Downtown Bruno’.”
“Ibu dan aku telah diusir dari pulau Hawaii dan aku dihantar ke Nashville, Tennessee untuk tinggal bersama ayah aku.”
“Bila aku mendarat di Nashville dengan segera aku sedar aku takkan tinggal bersama ayah. Tahi terjadi, rancangan bertukar dan inilah yang terjadi.”
Dwayne Johnson, a.k.a. The Rock, surprised longtime friend Bruno Lauer with his own pick-up truck. | @NGunoINQ https://t.co/GqZLPWIjxB
— Inquirer (@inquirerdotnet) January 6, 2021
Pada usia remaja, The Rock hidup secara nomad dan kerap berpindah randah menigkut bapanya Rocky Johnson yang mengelilingi negeri sebagai seorang penggusti.
“Aku telah diberitahu aku akan tinggal bersama lelaki yang digelar Bruno yang pada masa itu tinggal di bilik keci di Alamo Plaza Motel.”
“Bruno boleh je cakap ‘neraka tidak! Aku takkan tinggal dengan budak aku tak kenal.’ Tapi Bruno tidak.”
“Bruno ambil dan jaga budak punk ini sehingga menjadi teman seumur hidup.”
The Rock le regaló una camioneta a Bruno Lauer, una persona que le ayudó cuando el ex luchador no tenía dónde vivir 👇https://t.co/osfr2UHoq8
— El Universal Autopistas (@EAutopistas) January 5, 2021
Selepas The Rock memulakan karier gustinya pada 1996 di Memphis semuanya tidak indah seperti kita lihat di WWE, The Rock sekali lagi tiada tempat tinggal dan Bruno sudi menerima sekali lagi.
Bruno Lauer menjadi mentor kepada The Rock dan membantu The Rock dalam karier gustinya.
Suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan The Rock apabila, Bruno Laure membelikannya kereta pertama dalam hidup.
“Ketika aku berumur 15 tahun, Bruno telah memberikan aku $40 terakhir beliau untuk membeli kereta daripada penagih dan memandu kereta itu serta bersukaria di Nashville.”
“Selepas memandu The Rock berhenti ke tepi jalan dan ada seorang lagi penagih berada di tempat duduk belakang kereta dibawah selimut bangun.”
Selepas mengimbau kembali kenangan lama yang penuh nostalgia, The Rock telah menghadiahkan sebuah kereta baru, Ford F-150 dan tiada penagih di kerusi belakang.
The Rock memberi kereta baru sebagai membalas jasa Bruno Lauer membelikannya kereta pertama dan Bruno nyata terharu dengan pemberian The Rock.