Tindakan Conor McGregor Mendoakan Kesihatan Ayah Khabib Dipuji

Abdulmanap Nurmagomedov merupakan ayah kandung kepada petarung handalan Khabib Nurmagomedov dan beliau kini sedang mengalami masalah kesihatan yang agak teruk.

Terbaru Conor McGregor telah meluahkan rasa simpati kepada Abdulmanap yang sedang koma melalui laman twitter miliknya.

Conor McGregor adalah seteru utama Khabib Nurmagomedov, tetapi ia tidak menghalang sifat kemanusiaan dari beliau yang mahu memberi sokongan dan doa untuk Abdulmanap, ayah kepada Khabib yang sedang tenat.

Abdulmanap dilaporkan menjalani rawatan di Dagestan dan dipercayai beliau menghidapi pnemumonia.

Abdulmanap juga sebenarnya merupakan jurulatih kepada Khabib itu juga kemudiannya telah dibawa ke Moscow untuk menjalani rawatan intensif.

Menurut dari laporan Sport-Express, keadaan kesihatan Abdulmanap pada ketika ini semakim memburuk.

“Abdulmanap kini berada dalam keadaan yang sangat tidak baik dan beliau sedang dirawat di Moscow dalam keadaan koma”.

Kata salah satu sumber dari Dagestan.

Abdulmanap merupakan individu terpenting dalam memainkan peranan untuk membangunkan karier Khabib Nurmagomedov sehingga menjadi sehebat seperti sekarang.

Beliau merupakan jurulatih pertama Khabib dan telah melatih juara lightweight dunia UFC itu teknik gusti sejak kecil lagi.

Khabib dilihat lebih dominan menggunakan teknik gusti dalam gelanggang selain dari martial art lain yang telah beliau pelajari sepanjang kariernya.

Khabib Nurmagomedov tidak pernah tewas lagi dalam mana-mana perlawanan di UFC dan mencatatkan rekod 28 kemenangan secara berturut-turut.

Selepas mendapat perkhabaran duka tentang ayah kepada Khabib, McGregor segera memuat naik satu status di laman twitter miliknya untuk mengucapkan takziah serta mendoakan kesejahteraan untuk Khabib sekeluarga.

“Berdoa untuk pemulihan Abdulmanap Nurmagomedov. Seorang lelaki yang bertanggungjawab menghasilkan lebih banyak juara Dunia, dalam pelbagai disiplin seni mempertahankan diri, lebih daripada yang kita tahu.”

“Beliau adalah seorang genius seni mempertahankan diri! Sangat sedih mendengar berita itu pada malam ini. Saya doakan keluarga Nurmagomedov pada masa ini,”

Tulis Conor McGregor.

Abdulmanap pernah melatih ramai petarung-petarung hebat di Rusia selain dari anaknya Khabib. 18 dari anak didiknya pernah mencapai kejayaan hingga bergelar Juara dunia terutama dalam bidang gusti.

Jadi tidak hairanlah mengapa Abdulmanap dianggap sebagai jurulatih gusti paling hebat yang pernah ada di Rusia.

Tindakan terpuji yang telah dilakukan oleh Conor McGregor yang menolak tepi perseteruan hangatnya dengan Khabib dan mendoakan kesihatan ayah kepada lawannya dan memberi sokongan moral kepada seterunya itu.

BACA:  Kenali Rakan Khabib Berbaju Merah Yang Menyerang McGregor Di Dalam Octagon