Tottenham Ketuai Senarai 10 Pasukan Paling Bernilai EPL

Menurut kajian dari penuntut sebuah Universiti di UK, Tottenham Hotspur dinilai sebagai pasukan paling berharga antara semua pasukan dalam saingan premier league.

Pakar pengurusan kewangan bola sepak University of Liverpool, Kieran Maguire, telah melalukan kajian berkenaan perkara tersebut dan hasilnya dilihat Spurs telah mengatasi semua pesaing dari segi pengurusan perniagaan.

Pembinaan Stadium Tottenham Hotspur yang baru telah banyak membantu dalam penilaian ini, dengan ianya dianggap sebagai ‘sangat komersial’ yang memungkinkan untuk memperoleh potensi pendapatan yang belum pernah mereka terima sebelum ini.

Menurut laporan dari Daily Mail, angka tersebut dibandingkan dengan hasil yang diperolehi pada tahun 2018. Dan dilihat Tottenham melonjak dari tempat ketiga kepada tempat pertama dengan nilai £ 1.8 bilion kepada £ 2.5 bilion.

Berikut adalah senarai 10 pasukan paling berharga dalam saingan premier league hasil kajian dari University of Liverpool.

Senarai 10 pasukan paling bernilai:

1. Tottenham Hotspur

Nilai: £2.5 billion

2. Manchester City

Nilai: £2.2 billion

3. Manchester United

Nilai: £2.1 billion

4. Liverpool

Nilai: £1.6 billion

5. Arsenal

Nilai: £1.4 billion

6. Chelsea

Nilai: £1.2 billion

7. Wolverhampton Wanderers

Nilai: £458 million

8. Newcastle United

Nilai: £387 million

9. Burnley

Nilai: £350 million

10. Leicester City

Nilai: £304 million

Spurs menggantikan Manchester City sebagai pendahulu senarai dengan mencatatkan nilai pasukan £2.5 billion manakala skuad kendalian Pep Guardiola pula mengalami kemerosotan.

Pada tahun 2018, Manchester City mempunyai nilai sebesar £2.3 billion dan tahun ini nilai mereka jatuh kepada £2.2 billion.

Manchester United pula jatuh dari kedudukan kedua pada tahun 2018 kepada kedudukan ketiga pada tahun ini.

Setan merah telah melalui dua musim yang suram tanpa sebarang kejayaan. Musim ini selepas kehadiran Bruno Fernandes mereka tampak lebih garang dan hebat.

Selain dari mempunyai stadium baru, salah satu punca mengapa Spurs berada di puncak senarai adalah kerana penampilan pasukan dalam perlawanan akhir liga Juara-juara musim lalu.

“Spurs berada dikedudukan tertinggi dalam penilaian kerana berjaya untuk layak ke perlawanan akhir liga Juara-juara 2018/19.”

“Mereka juga menghabiskan saingan liga dikedudukan top 4 dengan bajet yang dikeluarkan sekitar £100-£150 juta kurang dari pasukan big six yang lain.”

Jelas Maguire.

“Mereka banyak memperoleh keuntungan dalam dua musim terakhir ini dan itulah punca mengapa mereka mendapat angka itu dalam penilaian.”

“Faktor tersebut membawa kepada lebih dari 21% keuntungan dari £461 juta yang mereka catatkan pada musim 2018/19. Kos gaji pemain mereka juga cuma sekadar 39% sahaja dan antara ratio terendah dalam premier league.”

“Sebagai pembandingan antara pasukan top 4 yang lain, Leister City menggunakan 84% dari pendapatan mereka untuk gaji. Tottenham pula cuma memerlukan £22 juta sahaja untuk kegunaan menggaji para pemain mereka.”

Kesemua pasukan dalam saingan Premier League kini sedang mengalami impak yang teruk dari segi ekonomi pasukan ekoran dari penularan wabak Covid-19.

Kehilangan pendapatan dari pungutan tiket menyebabkan kebanyakkan pasukan terpaksa memotong gaji para pemain mereka.

Pihak FA tetap dengan pendirian mereka untuk cuba menghabiskan baki musim ini, dan dijangka saingan sepak mula premier league akan bermula Jun nanti.

BACA:  Daniel James Dedahkan Beliau Amat Meminati Lee Chong Wei