Trend Taktikal Yang Mungkin Ramai Tidak Sedari Di Euro 2020

Selepas 36 perlawanan dilalui dalam tempoh kurang dua minggu, saingan peringkat kumpulan Euro 2020 kini sudah pun tamat. Bagi peminat fanatik bola sepak, ia perkara yang menyedihkan. Kini hanya tinggal 15 perlawanan sahaja yang perlu dilalui sebelum kejohanan ini tamat.

Sepanjang tempoh dua minggu ini kita telah menyaksikan beberapa perang taktikal yang menarik dari kalangan pasukan bertanding. Ada di antaranya berjaya memecahkan rekod pertandingan. Tidak kurang juga yang hadir dengan drama.

Tetapi ada beberapa perkara berkaitan taktikal yang boleh dibincangkan

Sistem tiga pemain pertahanan (atau back five) jadi ikutan

Bahagian pertahanan yang membariskan tiga bek tengah (atau lima pemain pertahanan ketika tanpa penguasaan bola) bukanlah sistem yang baru melalui revolusi baru-baru ini. Sistem ini telah digunakan dengan jayanya di peringkat kelab sebelum ini, Antonio Conte membuktikan sistem ini telah berjaya bersama Juventus, Chelsea dan Inter Milan.

Di pentas antarabangsa keadaan agak berbeza. Sistem tiga bek tengah dianggap hanya diamalkan pasukan yang lebih lemah, atau mempunyai seorang dua pemain dengan kebolehan teknikal yang baik. Sistem ini memberi lebih banyak perlindungan kepada bahagian pertahanan, kerana ia memberikan sangat sedikit ruang untuk lawan mengasak ke kawasan kotak penalti.

Sebagai contoh di Euro 2020, pasukan seperti Finland, Makedonia Utara dan Hungary semuanya menggunakan sistem tiga bek tengah dan merupakan antara pasukan bawahan di kejohanan kali ini. Scotland juga menggunakan lima pemain pertahanan untuk membenarkan Kieran Tierney dan Andy Robertson berada di dalam kesebelasan utama dan mereka juga menggunakan sistem ini untuk menyukarkan lawan melakukan serangan.

Ini menunjukkan sistem tiga bek tengah (atau lima pemain pertahanan ketika tanpa penguasaan bola) masih lagi relevan. Menariknya, sistem ini juga dipakai oleh pasukan yang lebih kuat seperti Belanda, Belgium, dan Jerman. Semua pasukan ini menggunakan sistem yang sama sepanjang saingan peringkat kumpulan.

Sistem bek bertiga dari perspektif serangan

Dari perspektif serangan, sistem ini membenarkan pasukan melakukan serangan menggunakan bek sayap. Dua bek sayap akan beraksi di garis tinggi menyebabkan bahagian serangan seolah-olah memiliki lima pemain penyerang. Menentang pasukan yang sukar dipecahkan di bahagian pertahanan, sistem ini memberikan kelebihan dari segi numerical.

Tatkala Joachim Low dikritik bersama Jerman kerana sistem 3-4-3 berikutan kekalahan kepada Perancis di perlawanan pertama tempoh hari. Tetapi sistem yang sama turut digunakan ketika Jerman menewaskan Portugal 4-2. – semua empat gol datangnya dari bahagian sisi yang lebar (wide area) melalui Robin Gosens dan Joshua Kimmich.

Belanda juga menggunakan pemain bek sayap mereka dengan berkesan, terutamanya di posisi sebelah kanan dengan Denzel Dumfries. Pemain ini begitu cemerlang pada fasa serangan sehingga berjaya menghasilkan dua gol, dan satu penalti dari tiga perlawanan dilalui setakat ini.

Contoh di atas ini pula tidak semestinya ia akan berakhir dengan jaringan, tetapi lebih kepada bukti betapa efektifnya permainan Belanda menggunakan sistem bek sayap untuk menyerang.

Menentang Austria, kita boleh melihat Memphis Depay berada di posisi sedikit ke bawah untuk memberikan ruang kepada Patrick van Aanholt mendapatkan bola di sebelah kiri serangan.

Satu dua yang dilakukan bersama Frenkie de Jong meletakkan beliau lebih ke atas dan penyerang Wout Weghorst berada di posisi tengah. Dan akhirnya siapa pemain di arah bertentangan yang akan menyambut hantaran lintang? Denzel Dumfries.

Ini menjelaskan ia bukan kebetulan untuk pemain seperti Gosens, Dumfries atau Thomas Meunier telah menjaringkan gol sebagai pemain bek sayap. Mereka diberikan lesen untuk melakukan larian ke hadapan. Hanya masa akan menentukan sama ada sistem ini berjaya membawa mereka ke perlawanan akhir atau sebaliknya.

Peranan berbeza pemain utama

Di kalangan pasukan-pasukan yang lebih lemah di kejohanan ini, mereka tetap mempunyai seorang dua pemain bintang yang beraksi bersama kelab-kelab besar di Eropah. David Alaba di Austria misalnya telah memenangi segala-galanya bersama Bayern Munich. Wales juga mempunyai pemain seperti Gareth Bale dan Aaron Ramsey, manakala Ukraine bermegah dengan bintang Man City, Oleksandr Zinchenko.

Nama-nama ini telah menampilkan corak permainan berlainan yang menarik, dengan arahan untuk memainkan peranan berbeza seperti ditampilkan di peringkat kelab.

Sebagai contoh, kualiti yang dimiliki oleh Alaba menyaksikan beliau telah beraksi di pelbagai posisi di bahagian pertahanand dan tengah bersama Austria di pusingan kelayakan Euro 2020. Menentang Ukraine di perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Alaba cemerlang di possi bek kiri. Bukan sahaja beliau meneutralkan ancaman Andriy Yarmolenko, Alaba juga menjadi ancaman utama Austria dari bahagian sayap.

Perubahan dan peranan dan gambaran yang lebih luas juga boleh dilihat pada Georginio Wijnaldum. Bersama skuad Belanda kendalian Frank de Boer, Wijnaldum diarahkan untuk beraksi di posisi lebih tinggi berbanding peranan yang dimainkannya di Liverpool.

Dengan sistem 3-5-2 bersama Belanda, Wijnaldum beraksi sebagai pemain tengah menyerang, melakukan larian-larian akhir ke dalam kotak penalti. Peranan ini bukan baru buat bekas pemain Liverpool ini. Peranan sama turut dimainkan beliau bersama Belanda ketika pusingan kelayakan.

Jika data dari peta The Athletic ini dikaji, kita boleh simpulkan Wijnaldum lebih banya beroperasi di final third serangan sebagai punca kreativiti pasukan. Secara individu, ia juga membenarkan Wijnaldum mencipta nama sebagai penjaring. Sehingga kini, Wijnaldum telah menjaringkan tiga gol di Euro 2020.

Contoh lain perubahan posisi dan peranan pemain di Euro 2020 juga boleh dilihat di dalam pasukan Denmark melibatkan Pierre-Emile Hojbjerg.

Hojbjerg mengisi kekosongan yang ditinggalkan Christian Eriksen dengan cemerlang dan menjadi ancaman utama untuk Demnar di bahagian serangan. Tidak ada pemain lain yang telah melakukan assist sebanyak beliau (3 assists) di kejohanan ini. 21% peluang terhidang yang dicipta untuk Denmark dari permainan terbuka juga datangnya dari Hojbjerg.

Seperti Wijnaldum, Hojbjerg juga beraksi lebih ke bawah ketika bersama kelab, dan diberikan peranan utama untuk melindungi bahagian pertahanan di dalam sistem 4-2-3-1 Tottenham Hotspur.

Rumusan

Perkara di atas hanya membuktikan satu perkara iaitu bola sepak adalah sukan yang sentiasa berevolusi. Perubahan dab keperluan taktikal itu boleh berubah dengan pantas. Sistem yang ada pada hari ini tidak semestinya akan kekal relevan pada hari esok.

Jurulatih pada hari ini tidak boleh bergantung kepada satu falsafah semata-mata tanpa sebarang usaha untuk melakukan perubahan. Tidak ada sistem yang kekal. Kerana itulah bola sepak itu unik.

BACA:  Ben White Pengganti Trent Alexander Arnold