Ucapan Terima Kasih Asnawi Mangkualam Atas Kegagalan Sepakan Penalti Faris Ramli Mendonia

Nama pemain right-back juga ketua pasukan Indonesia, Asnawi Mangkualam mendonia dan menjadi sebutan selepas mengucapkan terima kasih ke atas kegagalan sepakan penalti pemain Singapura, Faris Ramli.

Ketika kedudukan kembali terikat 2-2 selepas gol penyamaan dari Pratama Arhan, Singapura mendapat peluang keemasan untuk mara ke perlawanan akhir apabila mendapat sepakan penalti.

Pratama Arhan dari hero bertukar menjadi zero apabila telah mengasari Muhammad Shawal Anuar dengan satu terjahan lewat dengan mengangkat kaki agak tinggi untuk memenangi bola.

Bola gagal disentuh dan Muhammad Shawal Anuar menjadi mangsa, pengadil yang berat sebelah dalam perlawanan ini tiada pilihan selain menghadiahkan sepakan penalti.

Muhammad Shawal Anuar dan Pratama Arhan tertiarap secara berirama dengan meratapi perasaan masing-masing kecewa dan gembira. Menang dan tewas.

Namun Faris Ramli yang mengambil sepakan gagal menyempurnakannya dengan satu sepakan lemah yang mudah ditepis keluar penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata.

Faris Ramli nyata kecewa dengan kegagalannya yang nyata memberi impak besar kepada pasukan dan hanya mampu memegang kepala tidak percaya dengan apa yang dilakukan.

Pratama Arhan ternyata menjadi insan yang paling lega dengan kegagalan Faris Ramli dan Asnawi Mangkualam terus tampil mengadap Faris Ramli separa melutut lalu mengucapkan terima kasih.

Asnawi Mangkualam bukan mahu melamar Faris Ramli dengan mengucapkan ‘Will you marry me?” tetapi mengucapkan ‘Thank you’ atau terima kasih kerana menghidupkan semula peluang Indonesia.

Lantaran tindakan Asnawi Mangkualam itu ada yang mengecam tindakannya itu kerana bersifat kurang ajar dan tidak hormat kepada lawan. Satu perbuatan menganjing depan muka terus.

Dengan tidak semena-mena reaksi wajah Asnawi Mangkualam ketika mengucapkan terima kasih kepada Faris Ramli menjadi meme di media sosial atas talian.

Asnawi Mangkualam Bahar yang kini berusia 22 tahun merupakan ketua pasukan Indonesia. Sikap yang padu dari seorang kapten, kalau pasukan lain buat kat Timnas, bergegar dunia.

Asnawi Mangkualam Pemain Indonesia Pertama Bermain Di Liga Korea Selatan

Asnawi Mangkualam Bahar yang lahir pada 4 Oktober 1999 telah mencipta sejarah dalam bola sepak Indonesia apabila menjadi pemain Indonesia pertama bermain di liga Korea Selatan.

Selain right-back yang menjadi posisi utama Asnawi Mangkualam Bahar juga boleh beraksi sebagai right wing-back dan juga seorang defensive midfielder.

Karier remaja Asnawai Mangkualam bermula bersama PSM Makassar sebelum menyertai Persiba Balipapan yang merupakan kelab pertamanya sebagai pemain profesional pada tahun 2016.

Pada ketika itu Persiba Balipapan beraksi di Indonesia Soccer Championship A, kejohanan sementara yang menggantikan Indonesia Super League yang tidak berfungsi lantaran perpecahan membawa kepada penggantungan PSSI oleh FIFA.

Asnawai Mangkualam mencipta rekod sebagai pemain termuda menjaringkan gol di Indonesia Soccer Championship A pada usia 17 tahun lima hari dalam perlawanan menentang Bali United F.C. di Stadium Kapten I Wayan Dipta.

Selepas itu Liga 1 Indonesia telah berkembang menjadi liga yang di Indonesia, Asnawi Mangkualam kembali ke pangkuan PSM Makassar pada tahun 2017.

Dengan usia yang muda tiada masalah buat Asnawi Mangkualam menjadi pemain paling berbakat dan berpotensi di PSM Makassar dengan kemahiran teknikal, kelajuan dan hantaran silangnya serta pemain yang serba boleh.

Pada Januari 2021, Asnawi Mangkualam mengorak langkah besar untuk karier bola sepaknya apabila menyertai pasukan kelab Korea Selatan, Ansan Greener yang beraksi di K League 2.

Penghijrahan Asnawi ini adalah atas cadangan ketua jurulatih pasukan Indonesia, Shin Tae Yong yang percaya dengan potensi yang ada pada Asnawi.

Shin Tae Young berjaya meyakinkan Asnawi Mangkualam untuk keluar dari zon selepas dan mengambil peluang untuk beraksi di liga yang lebih mencabar.

Asnawi Mangkualam menyahut seruan Shin Tae Young walaupun akan mendapat gaji yang lebih rendah dan peluang beraksi yang terhad.

Pada tahun 2020, Korea Selatan telah mengubah polisi pemain asing dengan memperkenalkan kuota untuk mendaftarkan pemain dari Asia Tenggara.

Maka Ansan Greeners telah menjadi pasukan pertama memanfaatkan sepenuhnya polisi baru dan menjadikan Asnawi sebagai pemain Indonesia pertama bermain di liga Korea Selatan.

Perpindahan Asnawi Mangkualam telah mendapat perhatian dari peminat bola sepak Indonesia dan media sosial yang mendapat gelaran Green Wolves itu telah berganda.

Paling menarik apabila page rasmi Facebook Ansan Greeners telah menggunakan dwi bahasa untuk setiap hantarannya iaitu bahasa Korea dan juga Indonesia.

Setakat ini sejak membuat debut pada 3 April lalu, Asnawi Mangkualam telah membuat 14 penampilan bersama Ansan Greeners berserta satu assist berjaya dicipta.

Aksi Asnawi Mangkualam di Piala AFF Suzuki telah menjadi cerita utama di Twitter K League sendiri. Ini bermakna Asnawi bukan sahaja hebat di padang malahan mempunyai nilai komersil di K League.

Asnawi Mangkualam membuka jalan buat pemain Indonesia untuk beraksi di K League dan membuka mata kepada bola sepak Korea Selatan akan potensi pasaran yang ada di Indonesia.

BACA:  Rating Membabi Buta Malaysia vs Vietnam