Iceland dan England masing-masing turun bagi perlawanan pertama UEFA Nation League, League A Kumpulan dua yang turut dihuni oleh Belgium dan Denmark.
Perlawanan tidak dihidangkan dengan jaringan yang mewah tetapi cukup untuk England membawa pulang 3 mata pertama.
Dua kad merah dilayangkan satu kepada Kyle Walker pada minit ke-70 dan satu kepada Sverrir Ingi Ingason pada minit terakhir perlawanan.
17 – Raheem Sterling has been directly involved in 17 goals in his last 12 games for England (11 goals, 6 assists). Composed. pic.twitter.com/c5jGYjYPSk
— OptaJoe (@OptaJoe) September 5, 2020
Selepas 90 minit permainan Raheem Sterling muncul wira, waja, persona dan BLM England dengan gol kemenangan melalui sepakan penalti leret ke tengah.
Ketika kemenangan dilihat bakal menjadi milik England, Iceland pula dihadiahkan sepakan penalti.
Namun sayang seribu kali sayang Birkir Bjarnason gagal memanfaatkan peluang keemasan dan percuma itu dengan satu sepakan kelaut.
1992 – This is the first time a @ManCity (Foden) and a @ManUtd (Greenwood) player have made their England debut in the same game since September 1992, when Paul Ince (United) and David White (City) earned their first caps. Neighbours. pic.twitter.com/xZ9rlma2F2
— OptaJoe (@OptaJoe) September 5, 2020
Berbaki 20 minit permainan, England bermain 10 orang selepas Kyle Walker mengutip kad kuning kedua, namun kesempatan itu gagal digunakan Iceland.
Setakat ini Raheem Sterling telah terlibat dalam 12 gol England dalam 12 perlawanan dengan 11 gol dan 6 assist.
Mason Greenwood dan Phil Foden telah diberikan peluang oleh Gareth Southgate untuk membuat debut bersama pasukan senior.
Lepas tu penalti pulak tak masuk, baler baler.
ICELAND: Halldorsson, Hermannsson, Ingason, Arnason, Magnusson, Traustason (Hallfredsson 76), Bjarnason, Palsson, Porsteinsson (A. Sigurdsson 66), Gudmundsson, Bodvarsson (Fridjonsson 90+1)
SUBS: Fjoluson, Eyjolfsson S Fridjonsson, Kristinsson, Runarsson, Anderson, Baldursson, Skulason
ENGLAND: Pickford, Dier, Rice, Gomez, Trippier, Walker, Foden (Ings 68), Ward-Prowse, Sancho (Alexander-Arnold 73), Sterling, Kane (Greenwood 78)
SUBS: Pope, Mings, Keane, Grealish, Mount, Maitland-Niles, Coady, Phillips, Henderson