Premier League, FA, EFL dan WSL sebulat suara telah bersetuju untuk menggantung kesemua perlawanan bola sepak profesional di England.
Penangguhan ini dibuat sehingga 4 April dan bergantung kepada nasihat kesihatan dan keadaan pada waktu itu.
Chief Executive Premier League, Richard Masters berkata:
“Dalam situasi yang tidak pernah terjadi sebelum ini, kami berkerjasama rapat dengan kelab, kerajaan, FA dan EFL bagi menjaga kesihatan dan kebajikan pemain, staf dan penyokong yang merupakan keutamaan kami.”
The Premier League, FA, EFL and WSL have collectively agreed to postpone the professional game in England
Full statement: https://t.co/XcDyzBp4Ol pic.twitter.com/cmYjoY3LRR
— Premier League (@premierleague) March 13, 2020
Namun pihak FA sendiri sudah menyediakan pelan radikal Jika Liga musim ini tidak dapat diteruskan lagi ekoran penularan Virus Covid-19.
TalkSPORT melaporkan bahawa, Premier League kini ada beberapa alternatif lain untuk menangani isu ini.
With Liverpool within touching distance of the title but the Premier League suspended, when can they win their first top flight in 30 years?
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) March 13, 2020
Antaranya adalah memendekkan musim liga 2019/20. Jika ini berlaku, Liverpool akan diberikan terus kejuaraan, berdasarkan kedudukan semasa The Reds berada 25 mata di atas Man City.
Sementara itu Leeds United dan West Brom bakal dipromosikan ke Liga Perdana Inggeris dari Liga Championship.
Kesemua baki perlawanan Liga Perdana telah digantung sehingga 4 April pada awalnya, tetapi dikhuatiri kempen itu tidak boleh disambung semula kerana pandemik yang semakin teruk.
We think that this is an excellent suggestion 🤞 https://t.co/tL8G2oEqfq
— Leeds United Live (@liveleedsunited) March 14, 2020
Liverpool berpotensi menjadi juara tanpa perlu turun lagi bermain. Perkara itu seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat tergempar oleh Premier League pada Sabtu lalu.
Di mana Telegraph sendiri dengan berani telah mendedahkan tentang rancangan kontroversi itu bakal diperkenalkan nanti.
Menurut laporan, terdapat beberapa pihak juga kurang setuju untuk menyerahkan gelaran liga Perdana kepada Liverpool.
Gut feeling regarding what happens if not even a single more match can be played this season:
1) No relegation- Norwich City and others survive.
2) Leeds United and West Brom are promoted as top 2
3) No play off promotion spot as season will not be completed (1/2)— The 4th Official (@Official_T4O) March 13, 2020
Namun itu adalah antara perancangan yang telah direncana oleh pihak FA England sahaja. Untuk UEFA pula, mereka telah selesai mengadakan mesyuarat tergempar semalam.
Menurut Presiden UEFA, Aleksander Ceferin, pasukan yang sedang mendahului Liga tidak boleh ditabalkan sebagai Juara jika kempen musim ini dibatalkan.
Semalam telah berlangsungnya mesyuarat bersama persatuan bola sepak seluruh Eropah.
UEFA president Aleksander Ceferin: “I’ve saw and heard some again fake news that Uefa will advise leagues to finish the championships now and decide that the winners are the ones who are number one now. “I can say that it’s not true. Our goal is to finish the leagues.” 🏆🔴 pic.twitter.com/njFZ531acq
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) March 18, 2020
Tujuan mesyuarat itu adalah untuk memutuskan apa tindakan yang perlu dilakukan untuk penggantungan Liga ini dan perbincangan berkenaan EURO nanti.
Penularan virus Covid-19 kini dilihat semakin menular dan seakan memakan masa yang lebih lama untuk kembali seperti sedia kala.
EURO 2020 telah ditangguhkan kepada 2021. UEFA turut menggesa agar semua persatuan harus memastikan, Liga mereka diselesaikan sebelum 30 Jun nanti.
Aleksander Čeferin: "Our goal is to finish the leagues and we didn't recommend anything like that [current leaders given titles] to any association or league."
UEFA can't decide who wins domestic leagues. It represents the European leagues, it doesn't govern them. https://t.co/Ld0yFsUufl
— The Tactical Times (@Tactical_Times) March 18, 2020
Dan sekiranya gagal diselesaikan sebelum 30 Jun, UEFA menyarankan agar pihak FA membatalkan sahaja kempen Liga musim ini.
Menurut Ceferin juga, idea untuk memberikan gelaran Liga kepada pasukan yang sedang mendahului ketika ini adalah idea yang mengarut dan menganggap berita itu palsu.
“Saya telah melihat dan mendengar sendiri tentang berita palsu yang mengatakan Uefa akan memberikan kemenangan kepada pasukan yang sedang mendahului Liga pada ketika ini.”
Liverpool will not be Premier League champions if season is cancelled, insists UEFA boss Aleksander Ceferin https://t.co/gpD8XiuRmN
— MailOnline Sport (@MailSport) March 18, 2020
“Jadi saya ingin jelaskan disini bahawa ia adalah tidak benar. Matlamat kami hanyalah untuk menyelesaikan Liga dan kami tidak pernah mencadagkan apa-apa seperti itu kepada mana-mana persatuan.”
“Walaupun Liverpool sudah jauh memimpin Liga dan sudah hampir pasti untuk menjulang kejuaraan Liga pertama mereka selepas 30 tahun, hal ini dilihat seperti tidak adil untuk memendekkan Liga dan memberi kemenangan kepada mereka.”
Kata boss Uefa, Aleksander Ceferin.
Menyerahkan gelaran Liga kepada pasukan Liverpool akan membangkitkan kemarahan pasukan lain yang akan meminta agar pasukan mereka boleh bermain di Liga Juara-juara berdasarkan kedudukan terkini.
Full quotes 👇 https://t.co/sJh6GuPiO6
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) March 18, 2020
UEFA menetapkan peraturan sama untuk semua Liga utama namun untuk kes Liverpool agak berbeza dengan pasukan lain sebenarnya.
Jurang perbezaan mata untuk Liverpool yang kini berada di puncak Liga dengan pasukan di tempat kedua adalah 25 mata. Berbeza dengan Real Madrid dan Barcelona yang hanya dipisahkan dengan dua mata.
Jadi untuk jurang mata tipis memang sukar untuk ditetapkan manakala jurang jauh yang berlaku kepada Liverpool sepatutnya mereka sudah layak untuk ditabalkan sebagai Juara.
UEFA President Aleksander Ceferin Says Celtic & Liverpool Won’t be Crowned Champions if Leagues Are Cancelled https://t.co/iAn2nMOYUj
— Talking Baws (@Celtic_TB) March 18, 2020
“Saya tidak boleh menjamin bahawa Liga bakal berakhir dan dibatalkan, kita tidak tahu apa akan berlaku, cuma buat masa ini nyawa lebih kami utamakan.”
Jelas Ceferin lagi.
Berita ini seakan memberi tahu semua pihak bahawa UEFA menyarankan agar kempen Liga musim ini dibatalkan dan dianggap tidak sah.