UFC 264: McGregor Terkulai Ketika Rambut Poirier Masih Segak

Dustin Poirier tak sempat berpeluh dah berjaya tewaskan Conor McGregor buat kali kedua di acara UFC 264 sebentar tadi.

The Diamond yang juga merupakan satu-satunya manusia di muka bumi ini yang pernah tewaskan McGregor menerusi knockout sekali lagi menumbangkan The Notorious di Las Vegas.

Atas permintaan doktor, pengadil perlawanan terpaksa menghentikan pertarungan seterusnya memberikan kemenangan terus kepada Dustin Poirier.

McGregor banyak menghabiskan masa dalam pusingan pertama ini untuk mengajak Poirier bertarung di bawah, beliau berkali-kali cuba melakukan triangle dan mengunci Dustin, namun usahanya gagal.

Poirier berjaya melepaskan beberapa das tumbukan padu dan sikuan tepat ke muka McGregor yang ketika itu masih baring sambil mencari jalan untuk bangkit semula.

Mcgregor ketika masuk ke gelanggang

Petarung dari Ireland itu berjaya untuk kembali berdiri dan mengajak Poirier untuk stand up fight ketika perlawanan di pusingan pertama sudah hampir ke detik penamat.

Kedua-dua mereka sempat menghayun penumbuk padu ke muka masing-masing namun tumbukan mereka sedikit tersasar sebelum McGregor tiba-tiba tumbang.

McGregor tumbang kerana pergelangan kakinya dilihat sudah patah tebu ketika beliau cuba mengelak serangan dari Dustin dan terlihat seperti beliau tersalah landing pada awalnya.

Sebaik McGregor tumbang, Dustin sempat hadiahkan beberapa das tumbukan padu ke muka petarung dari Ireland itu sebelum aksi pusingan pertama tamat.

Kesudahannya dia yang kena usung keluar

The Notorious kemudiannya gagal untuk bangun semula memandangkan kakinya sudah patah begitu, lalu doktor meminta pengadil untuk menamatkan perlawanan tersebut.

Poirier sebelum ini pada Januari lalu menjadi individu pertama yang menewaskan McGregor menerusi keputusan KO ketika pertarungan mereka di Fight Island.

Build up perlawanan ketiga mereka berdua juga agak panas sebenarnya dengan McGregor telah melakukan perang minda yang agak keterlaluan.

Conor McGregor sebelum ini sempat bersumpah yang beliau akan bunuh Dustin Poirier ketika mereka berdua di pertemukan di atas gelanggang.

Beliau dengan yakin menyatakan yang Dustin Poirier akan diusung keluar dari gelanggang dengan menggunakan stretcher kerana dibelasah teruk olehnya nanti.

Bekas Juara dunia UFC itu telah menyatakan yang โ€˜The Diamondโ€™ bakal menjadi mayat dan jenazahnya akan diusung keluar dari gelanggang selepas tamat perlawanan mereka nanti.

Bercakap dengan The MacLife, petarung berusia 32 tahun itu menyatakan yang:

โ€œDia mayat, seketul jenazah yang kaku dan tidak akan mampu untuk bangkit kembali dan dia akan diusung keluar dengan menggunakan stretcher.โ€

โ€œSetiap serangan yang akan saya lancarkan dalam perlawanan ini adalah serangan pembunuh, jadi itulah dia. Saya akan habiskan dia.โ€

โ€œSaya akan ajar dia cukup-cukup, ia hanya perlawanan antara saya bertemu dengan seorang budak yang menggigil ketakutan.โ€

โ€œDia bertarung dalam keadaan yang takut seperti apa yang sering dia tunjukkan, jadi sekarang saya akan ajar dia, saya akan anggap dia seperti makanan lepas tu saya akan makan dia.โ€

McGregor juga sebelum ini telah memuat naik gambar mesej peribadi yang dihantar oleh isteri Poirier, Jolie di laman instagram miliknya, menjelang pertarungan ketiga mereka di gelanggang Octagon di Las Vegas.

Ketika di akhir sesi sidang media untuk acara UFC 264, kedua-dua petarung itu telah saling bertemu di atas pentas dengan Presiden UFC, Dana White turut berdiri di tengah-tengah antara mereka.

McGregor dilihat lebih yakin dengan beliau menunjukkan penumbuk tepat ke muka Poirier sambil mengancam lawannya itu tentang apa yang akan beliau lakukan pada hari perlawanan nanti.

Poirier turut tidak berundur dan dilihat sama sekali tak goyang dengan ancaman McGregor, bahkan The Diamond nampak begitu tenang ketika berdepan dengan lawannya itu.

McGregor kemudiannya maju ke depan sambil menyepak Poirier, namun tendangan beliau itu tidak mengenai sasaran yang beliau sasarkan.

The Notorious kemudiannya berundur sambil terus memerhatikan lawannya itu yang sedang ketawa bersama White dengan The Diamond dilihat sangat tenang berdepan dengan situasi tersebut.

McGregor memang sudah jadi kebiasaannya beliau untuk lari dengan cara seperti itu selepas melakukan taktik keji memukul curi lawannya.

Selepas melihat semua insiden tersebut, Poirier menjadi petarung pilihan untuk memenangi perlawanan ketiga mereka dan ketika petarung Amerika itu baru masuk ke gelanggang, McGregor sudah mula acah hendak menyerangnya.

Petugas keselamatan terpaksa menenangkan keadaan dan menolak kedua-dua petarung supaya bersedia di tepi terlebih dahulu.

The Notorious sememangnya terkenal dengan kemampuan stand up fight beliau, dengan beliau sempat melancarkan beberapa siri serangan ke atas Poirier sebelum mereka bertarung di lantai.

McGregor berkali-kali berusaha untuk mengunci lawannya itu, namun beliau sepertinya tak cukup kuat untuk melakukannya ke atas The Diamond.

Ketika The Notorious berada di lantai, Poirier berjaya menghayun penumbuk padu serta menyiku mukanya, sambil McGregor turut sempat melepaskan beberapa sepakan yang mengenai The Diamond.

Betul-betul di penghujung aksi pusingan pertama, selepas petarung dari Ireland itu mampu bangun untuk mengajak Poirier stand up fight sekali lagi, beliau rebah selepas kakinya patah tebu.

Ia merupakan penamat yang agak mengejutkan dan mungkin tiada siapa sangka perlawanan trilogy terhebat dalam sejarah UFC itu akan berakhir dengan cara seperti ini.

Poirier sempat memberi sedikit nasihat kepada McGregor selepas tamat perlawanan tersebut supaya tak sembang dan menganjing lawan terlalu berlebih-lebihan.

โ€œKarma bukan sesuatu yang sial, tapi ia adalah cermin.โ€

โ€œDia cakap nak bunuh saya, nak letak saya dalam keranda dan semua hal-hal seperti itu, itu tak baik. Saya akan berdoa dia selamat pulang untuk bersama dengan keluarganya yang bahagia.โ€

McGregor yang tak mampu berdiri masih tetap bercakap besar dengan menganggap pertarungan itu belum selesai.

Beliau masih sempat mencabar Poirier untuk sekali lagi bertarung dengannya selepas ini.

Sumber: BT Sport

ESPN

SB

BACA:ย  UFC 229: McGregor Mahu 'Rematch', Khabib Mohon Maaf