Gol sendiri terus dihasilkan dalam EURO 2020 kali ini giliran penjaga gol Sepanyol pula, Unai Simon yang membuat kelakar tak kena tempat dan mengundang padah.
Gol sendiri paling kelakar dari Unai Simon ini merupakan gol sendiri pertama di peringkat kalah mati dan yang kesembilan secara keseluruhannya untuk EURO 2020.
Entah bala apa yang terjadi dalam EURO 2020 ini apabila jumlah gol sendiri yang dijaringkan dalam edisi ini sama banyak dengan gabungan semua edisi yang lalu.
9 – There have been nine own-goals scored at Euro 2020, as many as in all of the previous editions of the competition combined. Disaster. #EURO2020 pic.twitter.com/FMVwGejesp
— OptaJoe (@OptaJoe) June 28, 2021
OMG… That is one of the most bizarre own goals ever, Unai Simon misses the pass from his own teammate! #ESP | #EURO2020 pic.twitter.com/OJXtnxOOVb
— fangazzetta (@fangazzetta) June 28, 2021
Pemain tengah Sepanyol. Pedri telah ditekan pemain Croatia dan memaksa beliau melakukan hantaran kebelakang kepada Unai Simon yang dengan bersahaja menunggu bola tiba.
Namun keyakinan daripada Unai Simon bertukar menjadi malapetaka apabila sentuhan beliau tidak tepat dan bola terus masuk ke gawang sendiri.
Gosok dahi dengan botol air mineral Luis Enrique melihat aksi kelakar tidak masuk akal dari penjaga gol Sepanyol itu.
Move over, Martin Dubravka.
Spain's Unai Simon has just scored a BIZARRE own goal. 🤯🤯🤯#EURO2020 pic.twitter.com/yHeA6k5zAX
— Kawowo Sports (@kawowosports) June 28, 2021
Setakat ini sudah sembilan pemain menjaringkan gol sendiri di Euro 2020 dan untuk peringkat kumpulan 8 orang telah menjaringkan gol sendiri.
1. Merih Demiral (Turki)
2. Wojciech Szczesny (Poland)
3. Mats Hummels (Jerman)
4. Ruben Dias (Portugal)
5. Raphael Guerreiro (Portugal)
6. Lukas Hradecky (Finland)
7. Martin Dubravka (Slovakia)
8. Juraj Kucka (Slovakia)
9. Unai Simon (Sepanyol)
Kekecewaan Sepanyol dan rasa bersalah Unai Simon telah ditebus oleh Pablo Sarabia dengan gol penyamaan pada minit ke-38.
Gol Sendiri Paling Pelik Martin Dubravka Dengan Aksi Slam Dunk
Penjaga gol Slovakia, Martin Dubravka telah menjaringkan gol sendiri paling pelik setakat ini di EURO 2020 apabila mempamerkan aksi pemain bola keranjang melakukan Slam Dunk.
Slovakia memulakan kempen EURO 2020 dengan penuh meyakinkan apabila mudah menewaskan Poland dengan jaringan tiga gol tanpa balas.
Perlawanan kedua menyaksikan Slovakia tewas tipis 1-0 kepada Sweden sebelum dibelasah Sepanyol 5-0 dalam perlawanan terakhir.
🥅 Spain's last 5 penalties #ESP | #EURO2020
❌ Sergio Ramos – Saved by Yann Sommer
❌ Sergio Ramos – Saved by Yann Sommer
❌ Abel Ruiz – Saved by Tomas Svedkauskas
❌ Gerard Moreno – Hit the post
❌ Alvaro Morata – Saved by Martin Dubravka pic.twitter.com/7UgbVKe6T3— WhoScored.com (@WhoScored) June 23, 2021
Keputusan ini telah menutup ruang Slovakia untuk layak ke pusingan seterusnya dengan mengumpul perbezaan gol sebanyak -5.
Penjaga gol Slovakia, Martin Dubravka telah beraksi cemerlang dengan menyelamatkan sepakan penalti Alvaro Morata pada minit ke-11 dan menafikan gol pembukaan Sepanyol.
Namun selepas 30 minit permainan Penjaga gol Slovakia, Martin Dubravka telah melakukan satu aksi yang aneh, pelik lagi misteri yang tidak dapat diterima akal.
Rembatan luar kotak penalti daripada Pablo Sarabia telah menghentam tiang dan bola telah tegak melambung ke langit dan pada mulanya dilihat mudah buat Martin Dubravka menangkap bola.
Martin Dubravka cuba menepis bola keluar melalui atas palang namun bola telah dislam dunk ke dalam gawang sendiri. Aksi hero to zero dari Martin Dubravka.
Mungkin kerana silauan matahari menyebabkan pembacaan dan pengiraan Martin Dubravka telah terpesong dan sedikit lambat menyentuh bola.
Dubravka with an absolute farce of an own goal 🤣 #ESP #SVK pic.twitter.com/hcBuyktcBR
— Chris Chambers (@CapitalChambo) June 23, 2021
Atau mungkin juga kerana Martin Dubravka melompat sedikit awal dan ketika tepisan cuba dilakukan bola terkena bahagian tepi tangan Martin Dubravka.
Namun aksi hero to zero Martin Dubravka itu telah memahatkan beliau dalam sejarah yang tersendiri yang boleh digelar sejarah hitam buat beliau.
Jaringan sendiri itu menjadikan Martin Dubravka sebagai penjaga gol pertama yang menyelamatkan penalti dan menjaringkan gol sendiri dalam sejarah Euro.
Martin Dúbravka is the first goalkeeper in European Championship/World Cup history to save a penalty and score an own goal in the same match.
Making history for the wrong reasons. 😅 pic.twitter.com/J8NGmizeSO
— Squawka Football (@Squawka) June 23, 2021
Jaringan gol sendiri Martin Dubravka merupakan jaringan sendiri ketujuh dalam edisi Euro 2020 ini. Menyamai rekod terkumpul dalam 5 edisi terakhir.
Euro 2000 (1 gol sendiri)
Euro 2004 (2 gol sendiri)
Euro 2008 (0 gol sendiri)
Euro 2012 (1 gol sendiri)
Euro 2016 (3 gol sendiri)
7 – Martin Dubravka has scored the seventh own goal of EURO 2020; this is as many own goals as were scored at the 2000 (1), 2004 (2), 2008 (0), 2012 (1) and 2016 (3) editions of the tournament combined. Calamity. #EURO2020 pic.twitter.com/KQTSggN2SP
— OptaJoe (@OptaJoe) June 23, 2021
Gol sendiri yang aneh dari pemain Newcastle United, Martin Dubravka telah memecahkan kebuntuan gol di La Cartuja Stadium Seville dan menjadi pembakar semangat buat Sepanyol.
Sepanyol dengan tiba-tiba sudah pandai menjaringkan gol lalu menambah lagi gol melalui Aymeric Laporte, Pablo Sarabia dan Ferran Torres.
Ketika perlawanan hampir saja bakal tamat dengan kedudukan empat gol berbalas kosong buat Sepanyol, Juraj Kucka telah menjaringkan gol sendiri pula.
Seperti terkejut melihat bola hampir masuk ke gawang sendiri Juraj Kucka satu aksi spontan telah dilakukan kaki beliau untuk mengeluarkan bola.
Namun dengan kedudukan badan dan kaki beliau dengan sentuhan sebegitu pasti bola akan masuk ke gawang sendiri.