Van Dijk Terima Pujian Kerana Tenangkan Pengadil Yang Kesedihan

Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk memberitahu sebab mengapa beliau memeluk pengadil selepas membantu Belanda mara ke pusingan separuh akhir UEFA Nations League.

Kapten Belanda itu berjaya menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan untuk mengikat kedudukan menjadi 2-2 seterusnya menjuarai Liga A Kumpulan 1. Belanda mencipta kebangkitan luar biasa untuk mengikat kedudukan walaupun pada suatu ketika ketinggalan 2-0.

Van Dijk mengikut jejak langkah mentornya di Anfield, Jurgen Klopp yang gemar memeluk pemainnya.

Dengan keputusan ini, Jerman sah tersingkir dari Liga A manakala Belanda akan mara ke pusingan seterusnya yang dijadualkan bakal berlangsung pada Mac tahun hadapan. Perancis pula akan kekal dalam Liga A selepas meraih kedudukan ke-2.

https://twitter.com/AnfieldExpress/status/1064633773617225730

Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan di Veltins Arena semalam, Van Dijk dilihat memeluk pengadil perlawanan tersebut, Ovidiu Hategan yang berasal dari Romania. Ovidiu dirakam mengalirkan air mata dan ditenangkan Van Dijk ketika rakan sepasukan yang lain meraikan kejayaan Belanda menjuarai kumpulan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Voetbal International, Van Dijk mendedahkan sebab mengapa beliau memeluk pengadil selepas tamat perlawanan.

“Beliau [pengadil] beritahu saya yang ibunya baru sahaja meninggal dunia. Beliau berasa sangat sedih dan mula mengalirkan air mata.”

“Saya menenangkan beliau dan memberitahu beliau mengadili perlawanan itu dengan sangat baik.”

“Apa yang saya lakukan hanya perkara kecil sahaja tetapi saya berharap ia akan dapat membantu beliau.”

Van Dijk menjadi watak penting dalam kebangkitan yang dipamerkan Belanda sejak kebelakangan ini. Sebelum ini, Belanda berada dalam keadaan kucar kacir berikutan kegagalan mereka untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

https://twitter.com/TheEuropeanLad/status/1064655393266311168

Ketibaan bekas pengurus Everton, Ronaldo Koeman juga banyak membantu Belanda untuk kembali disegani dalam arena antarabangsa. Koeman menamakan Van Dijk sebagai kapten Belanda yang baru dan menyenaraikan beberapa pemain muda berbakat untuk memberi nafas baru kepada skuad kebangsaan.

BACA:  Ronaldo Akan Berdepan Dengan Kesukaran Bertemu Virgil Van Dijk