Van Gaal: Piala Dunia 2022 Mengarut, FIFA Lapar Nak Buat Duit!

Pengurus pasukan kebangsaan Belanda yang terkenal dengan kelantangan dan keceluparan mulutnya, Louis Van Gaal telah menyifatkan Piala Dunia 2022 yang diadakan di Qatar adalah mengarut dan FIFA hanya laparkan duit sahaja.

Bekas pengurus Manchester United itu berkata alasan FIFA menganugerahkan pusingan akhir Piala Dunia 2022 kepada Qatar selaku tuan rumah adalah satu kepalsuan semata-mata.

Belanda yang gagal mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia kembali beraksi di pusingan akhir yang akan berlangsung di bulan November dan Disember nanti.

Pemilihan Qatar selaku tuan rumah adalah mengarut dan tahi lembu, ujar Van Gaal:

“Semua orang tahu aku berpendapat bahawa adalah sangat mengarut dianjurkan Piala Dunia di sana (Qatar). Apa kata FIFA?”

“Kami akan bermain bola sepak di negara yang mana membolehkan bola sepak membangun? Untuk pembangunan bola sepak lebih baik? Ini semua tahi lembu!”

Selepas mencarut, Van Gaal telah menuduh FIFA memilih Qatar adalah kerana disebabkan wang dan nilai komersil sahaja. Duit Arab mana ada limit.

“Bagaimana kau buat? Dengan menganjurkan kejohanan di negara itu. Tapi tak mengapa ini.

“Semua ini berpaksikan kepada wang dan berkait rapat dengan benda komersil. Inilah motif utama FIFA.”

Van Gaal juga menyatakan sebab kenapa beliau yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bola sepak tidak berada dalam jawatankuasa FIFA.

“Korang fikir sendiri la bagaimana dengan kepakaran yang aku ada aku tidak berada dalam sebarang jawatankuasa FIFA? Aku sentiasa menentang persatuan yang seperti itu.”

“Aku sentiasa menjauhkan diri dari organisasi sebegini. Ini tidak betul.”

“Aku boleh cakap perkara berkait secara langsung dengan Qatar. Tapi ini tidak akan membantu dunia untuk menyelesaikan masalah.”

Royal Dutch Football Association atau Koninklijke Nederlandse Voetbalbond atau Persatuan bola sepak Belanda (KNVB) merupakan antara persatuan bola sepak yang lantang mengkritik pelanggaran hak asasi manusia dan persekitaran pekerjaan di Qatar.

Louis Van Gaal yang kini berusia 70 tahun itu juga berkata dia adalah sebahagian daripada suruhanjaya dalam persatuan bola sepak Belanda (KNVB) yang bermesyuarat setiap bulan untuk menilai situasi hak asasi manusia di Qatar.

“KNVB tidak pernah memihak untuk mengadakan Piala Dunia di Qatar dan sudah tentu tidak menyetujui cara pekerja asing dilayan di sana,” itulah kenyataan yang dikeluarkan tahun lalu selepas lawatan ke negara itu.

Qatar telah menghadapi penelitian dan pemantauan antarabangsa mengenai layanan pekerja sejak ia memenangi hak pada 2010 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia pertama di Timur Tengah.

Qatar berkata kematian yang dilaporkan berada dalam julat jangkaan untuk saiz dan demografi populasi pekerja terbabit dan kadar kematian telah menurun secara konsisten sejak 2010 disebabkan oleh perubahan aspek kesihatan dan keselamatan pekerja.

Pada tahun 2017, Louis Van Gaal dilaporkan telah bersara selepas dipecat oleh Manchester United dan khabar ini hadir tatkala Van Gaal menerima anugerah sepanjang zaman daripada kerajaan Belanda.

Pada 12 Mac 2019 Van Gaal mengumumkan persaraan dari bola sepak secara rasmi dan sebelum itu hanya mengambil tempoh bertenang sahaja. Mungkin trauma dipecat Setan Merah. Nak umum persaraan pun makan tiga tahun.

Pada 4 Ogos 2021, Louis Van Gaal membuat kemunculan semula dan keluar dari persaraan untuk menguruskan pasukan Belanda, kepulangan kembali buat kali ketiga menggantikan Frank De Boer yang meletakkan jawatan lantaran prestasi hambar di EURO 2020.

Dengan kepulangan kali ketiga ini, Van Gaal telah mengendalikan Belanda sebanyak 7 perlawanan dengan 5 kemenangan dan 2 seri tanpa sebarang kekalahan dan Belanda kembali ke Piala Dunia.

Perjalanan Karier Van Gaal

Secara total, Louid Van Gaal telah bergelumang dalam arena bola sepak selama hampir 50 tahun, setelah memulakan karier sebagai pemain pada tahun 1972 dengan kelab Ajax Amsterdam.

Kariernya sebagai pemain bola sepak tidaklah bergitu gemilang dan tidak berkembang subur, Van Gaal tidak pernah bermain mewakili negaranya, Belanda.

Namun kariernya selaku pengurus agak padu dan gemilang serta diangkat sebagai pakar bola sepak dunia.

AZ dan Ajax

Pada tahun 1986 dunia menyaksikan Louis Van Gaal memulakan langkah pertama dalam kejurulatihan serta pengurusan kelab bola sepak apabila menjadi penolong pengurus.

Taring harimau yang sedang tidur ini mula kelihatan setelah mengemudi Ajax Amsterdam dari tahun 1991 sehingga 1997 di mana dia telah berjaya memenangi segala mak nika kejohanan yang disertai – Eredivise, Piala UEFA, Liga Juara-juara, Piala KNVB dan UEFA Super Cup.

Van Gaal juga telah melahirkan pemain muda yang kemudiannya berkelana ke seluruh eropah seperti Patrick Kluivert, Marc Overmars, Dennis Bergkamp, Frank dan Ronald de Boer, Edgar Davids, Michael Reixiger dan Edwin van der Sar.

Lebih indah lagi, Ajax – dibarisi pemain muda telah membelasah AC Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 1995

Barcelona dan Belanda

Prestasi cemerlang bersama Ajax telah membuka hati Barcelona untuk mengambilnya pada tahun 1997 sehingga 2000 di mana dia telah memenangi dua La Liga dan satu Copa Del Rey.

Pada tahun 2000 Van Gaal menguruskan pasukan kebangsaaan Belanda untuk ke Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan, namun pasukan Oranje gagal layak kerana terlalu bergantung kepada pemain tua.

Pada tahun 2002, Van Gaal kembali ke Barcelona selama semusim sebelum kembali ke Ajax pada 2004 sebagai pengarah teknikal, tetapi hanya bertahan setahun kerana tidak berlaga angin dengan ketua jurulatih ketika itu, Ronald Koeman.

Kembali ke AZ

Van Gaal kembali ke tempat dia memulakan karier jurulatih, AZ Alkmar pada 2005 dan membawa mereka muncuk jaura Eredivise pada musim 2008-09. Selepas di AZ selama empat tahun, Van Gaal ke Bayern Munich dari 2009-2011, dan memenangi Bundesliga pada tahun 2010.

Pada tahun yang sama, skuad Van Gaal tewas kepada Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah, dan Inter ketika itu dibimbing anak muridnya di Barcelona, Jose Mourinho.

Piala Dunia bersama Belanda

Van Gaal kemudiannya kembali menjadi ketua jurulatih Belanda untuk Piala Dunia 2012-14 dan mereka berjaya mare ke separuh akhir, hasil daripada formasi 3-5-2 yang diterapkannya ketika itu.

Kejayaan tersebut membuka mata pasukan Manchester United dan mereka berjaya mendapatkan Van Gaal selepas kempen Piala Dunia.

Manchester United

Pada tahun 2016, Van Gaal berjaya memenangi Piala FA – piala pertama selepas era Ferguson, tetapi memandangkan pasukan Manchester tersebut menamatkan liga di tangga kelima, Van Gaal dipecat untuk memberi laluan kepada Jose Mourinho – yang lama juga kekal di nombor enam liga.

Mistik : Van Gaal terjatuh ditolak angin

Semasa di United, Van Gaal pernah terjatuh ditolak angin ketika perlawanan menentang Arsenal.

Di sebalik turun naik rekodnya, Van Gaal tetap diiktiraf sebagai antara jurulatih terbaik di dunia.

Antara rekod kejayaan Van Gaal sebagai jurulatih

Takhta Liga :

Ajax (1993-94, 1994-95, 1995-96)
Barcelona (1997-98, 1998-99)
AZ Alkmaar (2008-2009)

Liga Juara-Juara :

Ajax (1994-95)

Piala UEFA :

Ajax (1991-92)

Piala FA :

Manchester United (2015-2016)

BACA:  Di Maria Bakal Buat Perhitungan Dengan Van Gaal 'Pengurus Paling Teruk Dalam Kariernya'