Di Maria Bakal Buat Perhitungan Dengan Van Gaal ‘Pengurus Paling Teruk Dalam Kariernya’

di maria van gaal

Angel Di Maria akhirnya berpeluang untuk membuat perhitungan dengan ‘Pengurus Paling Teruk Dalam Kariernya’, Louis Van Gaal dan pentas suku akhir Piala Dunia 2022 menjadi medannya.

Perlawanan antara Belanda dan Argentina ini akan menemukan kembali insan yang pernah bergandingan di pasukan yang sangat dibenci mereka, Manchester United.

Walaupun membenci pasukan yang sama, Angel di Maria juga sangat membenci bekas pengurus Manchester United itu, Louis Van Gaal yang memberi dua kali kekesalan secara back-to-back.

Louis Van Gaal merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Angel Di Maria ke Old Trafford atau juga ini mungkin keputusan pihak atasan dengan harga £60 juta.

Bukan lagi rahsia bahawa Angel Di Maria bencikan Manchester United dan juga Louis Van Gaal dengan beberapa siri termuramah Di Maria meluahkan perasaannya itu.

Di Maria bengang kerana posisi yang dia main tidak sesuai dengan permainannya dan juga disebabkan sekatan dari peraturan yang dikenakan kepadanya.

Pada ketika itu dia akan ceritakan kepada rakan-rakannya bahawa dia tidak mahu beraksi bersama Manchester United, selepas semusim bersama United, Di Maria telah dijual ke Paris Saint Germain dengan nilai €63 juta dan sepertinya kembali bahagia hingga kini.

Louis Van Gaal pula menyusul keluar setahun kemudian sejurus selepas membawa Manchester United menjuarai Piala FA dan melantik Jose Mourinho.

Dalam temubual bersama TyC Sports, Di Maria mengatakan bahawa Van Gaal adalah pengurus yang paling teruk pernah dia bekerja bersama di sepanjang kariernya

“Masalah aku di Manchester United adalah jurulatih. Van Gaal adalah pengurus yang paling teruk dalam karier aku.”

“Aku boleh jaringkan gol, dan lakukan assist hari ini, dan esoknya dia akan marah aku sebab aku pass bola tak sampai.”

“Dia memang tak senang dengan aku dari hari ke hari, dia tak suka pemain yang lebih daripada dia,” ujarnya lagi.”

Di mata Angel, Louis sentiasa menyerang dan mencari kesalahannya walaupun dia berjaya menjaringkan gol dan mencipta assist dalam perlawanan.

Louis Van Gaal akan berbicara dan menegur akan kesilapan Di Maria dalam perlawanan mungkin untuk menjadikan pemain itu bertambah baik atau ada dendam peribadi.

Pengurus pasukan bukanlah satu-satunya masalah Di Maria di Old Trafford tetapi nombor 7 yang dipakainya juga telah menjadi satu isu dan bebanan.

Nombor jersi tersebut telah dipopularkan selama beberapa dekad oleh lagenda kelab seperti George Best, Bryan Robson, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

Kalau mengikut tradisi kelab tersebut, nombor 7 ibarat nombor keramat dan pemakainya akan menggalas tanggungjawab yang tinggi, sesuatu yang di Maria tidak ambil kisah.

“Aku tak kisah langsung pasal nombor tujuh Manchester United,” ujar pemain sayap tersebut dalam temubual bersama TyC Sports.

“Mula-mula deme cerita panjang la pasal benda ni kat aku. Jersi je pun! [Di PSG], aku ada pilihan, jadi aku pilihlah nombor 11!”

“Di Real Madrid, nombor 11 dah ada orang ambil. Jadi aku pakai la nombor 22. Di Manchester United, diorang bagi nombor tujuh, aku tak boleh nak pilih. Aku ingat nak pakai nombor 11, tapi tu lah. Tak dapat.”

Punca lain perpindahan singkat Di Maria adalah kerana di dan keluarganya gagal untuk menyesuaikan diri dan tidak gembira tinggal di Bandar Manchester seperti kebanyakkan pemain Amerika Selatan yang lain.

Dengan hubungan yang buruk bersama pengurus pasukan dan persekitaran yang tidak dapat diadaptasi, Di Maria pantas membuat keputusan untuk pergi selepas semusim tanpa perlu menjadikan keadaan lebih teruk.

Kini Angel Di Maria dan Louis Van Gaal akan bertemu kembali sebagai lawan, bagaimana pengakhiran mereka, ketawa akhir akan menjadi milik siapa? Adakah Maria akan terus mengutuk Van Gaal di media selepas ini?

BACA:  Van Gaal: Piala Dunia 2022 Mengarut, FIFA Lapar Nak Buat Duit!