Angel Di Maria Terlalu Membenci Manchester United

di maria van gaal

Pemain sayap Argentina, Angel Di Maria mendedahkan bahawa beliau sangat kesal beraksi bersama setan merah dibawah kendalian Louis Van Gaal.

Di Maria menceritakan kepada orang terdekat dengannya bertapa beliau benci untuk beraksi bersama setan merah.

Di Maria menyertai setan merah pada tahun 2014 dengan yuran perpindahan £60 juta.

Awalnya beliau dilihat mempunyai masa depan yang cerah di Old Trafford. Tetapi Di Maria hanya beraksi selama satu musim sahaja bersama setan merah.

Setahun selepas bersama United, Di Maria telah dijual ke Paris Saint Germain dengan nilai €63 juta.

Tempoh perkhidmatan yang singkat bersama pasukan telah membuktikan kekecewaan yang besar buat dirinya.

Kisah baru di The Athletic tentang kepayahan Van Gaal di Manchester United telah membuktikan bertapa pemain itu benci dengan kelab selepas beliau meninggalkan Real Madrid.

“Di Maria bengang sebab posisi yang dia main tidak sesuai dan sekatan peraturan yang diberikan padanya.”

“Dia akan ceritakan kepada rakan-rakannya bahawa dia tidak mahu beraksi bersama United.”

Walaupun menghadapi masalah dengan dengan pengurus pasukan pada ketika itu, Di Maria nampaknya memang tidak sesuai dengan suasana di Old Trafford.

Kes rumahnya di pecah juga mengganggu kehidupan Di Maria di sana. Beliau juga dianggap sebagai pengecut dan fizikalnya terlalu kurus oleh sebahagian pengurusan di United.

Perasaan saling benci membenci antara pasukan setan merah dan Di Maria sendiri masih berlanjutan hingga ke hari ini.

PSG turun bertemu Manchester United dalam saingan Liga Juara-juara musim lalu di Old Trafford, Di Maria jelas kelihatan mempunyai masalah dengan penyokong pasukan setan merah.

Dengan ejekan dan kritikan yang diterima, Di Maria meraikan kejayaan beliau menyumbang assist dalam kemenangan 2-0 PSG keatas United dengan menganjing semula penyokong setan merah.

Peminat pasukan United menyambut kedatangan bekas pemain termahal mereka dengan suasana negative, hal itu sudah boleh dijangka dari awal lagi.

Pemain berusia 32 tahun itu meluahkan bahawa beliau rasa sangat terhina dengan tindakan dari bekas majikannya.

Rakan sepasukannya di PSG, Marcin Bulka pernah menceritakan kepada FootTruck awal tahun lalu bahawa Di Maria akan tukar siaran jika terlihat United di TV.

“Di Maria terlalu benci Manchester United, dia tiada kenangan manis sepanjang beraksi di sana.”

Jelas penjaga gawang itu.

“Bah kan, jika sesuatu berkaitan Manchester United keluar di television, dia akan rampas remote dan terus tukar siaran.”

Walaupun beliau nampak lebih diplomatik ketika di khalayak ramai, Di Maria juga telah berkongsi pemikirannya mengapa waktunya di United menjadi suram begitu cepat.

“Perhubungan saya dengan pengurus pasukan tidak begitu baik, jadi menurut saya keputusan untuk sertai PSG adalah yang terbaik.”

Jelas Di Maria kepada Le Parisien selepas ketibaannya ke Paris pada tahun 2015.

“Selepas habis berehat saya rasa tidak wajar untuk saya terus tinggal di sana. Keluarga saya sendiri tidak gembira di sana. Anak perempuan saya menderita, jadi sangat penting untuk saya tinggalkan pasukan.”

“Secara jujurnya, kami memang tidak gembira. Kehidupan di England sangat sukar. Ia sukar untuk orang dari Amerika Selatan. Mungkin ada yang boleh tetepi kebanyakannya sukar untuk serasi di sana.”

Mungkin ada kebenaran dari kata-kata Di Maria dan beliau bukan pemain pertama yang mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam saingan premier league.

Tetapi tidak keterlaluan juga untuk mengatakan bahawa tidak ada pemain atau pasukan yang dengan mudah memberikan peluang kedua kepada seseorang.

BACA:  Manchester United Berminat Dapatkan Lucas Moura Dari PSG