Jawapan Kelakar Van Gaal Yang Dilabel Di Maria ‘Pengurus Paling Teruk’

van gaal maria

Pengurus Belanda, Louis Van Gaal telah memberikan jawapan yang kelakar ketika ditanya mengenai Angel Di Maria yang melabelnya sebagai ‘Pengurus Paling Teruk dalam Kariernya’.

Louis Van Gaal merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Angel Di Maria ke Old Trafford atau juga ini mungkin keputusan pihak atasan dengan harga £60 juta.

Punca lain perpindahan singkat Di Maria adalah kerana di dan keluarganya gagal untuk menyesuaikan diri dan tidak gembira tinggal di Bandar Manchester seperti kebanyakkan pemain Amerika Selatan yang lain.

Dengan hubungan yang buruk bersama pengurus pasukan dan persekitaran yang tidak dapat diadaptasi, Di Maria pantas membuat keputusan untuk pergi selepas semusim tanpa perlu menjadikan keadaan lebih teruk.

Perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022 antara Belanda dan Argentina ini akan menemukan kembali insan yang pernah bergandingan di pasukan yang sangat dibenci mereka, Manchester United.

Ketika sidang media Louis Van Gaal telah ditanya mengenai kenyataan yang dibuat oleh Angel Di Maria itu dan menjawabnya dengan penuh sinis lagi kelakar:

“Di Maria memanggil saya pengurus paling teruk yang pernah dia miliki? ”

“Dia antara segelintir pemain yang mempunyai pendapat ini. Saya benar-benar kesal tentang perkara ini dan saya rasa sedih dia berkata demikian.”

Pengurus Belanda itu turut menyatakan bahawa Memphis Depay menghadapa situasi dan layanan yang sama ketika di Old Trafford dan kini mereka masih bersama:

“Di sini yang duduk di sebelah saya Memphis Depay. Memphis terpaksa menghadapinya juga di Manchester”

“Dan sekarang kami mencium mulut antara satu sama lain. Kami tidak akan berbuat demikian, tetapi begitulah keadaannya dalam bola sepak.”

Selain Angel Di Maria, Memphis Depay yang mendapat jolokan ‘the next Cristiano Ronaldo’ adalah pemain bersama Van Gaal di Manchester United.

Ternyata jawapan Louis Van Gaal itu mengundang tawa dari wartawan yang hadir, Memphis Depay yang berada di sebelah tidak dapat menahan ketawa dan sempat menepuk meja.

Walaupun membenci pasukan yang sama, Angel di Maria juga sangat membenci bekas pengurus Manchester United itu, Louis Van Gaal yang memberi dua kali kekesalan secara back-to-back.

Bukan lagi rahsia bahawa Angel Di Maria bencikan Manchester United dan juga Louis Van Gaal dengan beberapa siri termuramah Di Maria meluahkan perasaannya itu.

Di Maria bengang kerana posisi yang dia main tidak sesuai dengan permainannya dan juga disebabkan sekatan dari peraturan yang dikenakan kepadanya.

Dalam temubual bersama TyC Sports, Di Maria mengatakan bahawa Van Gaal adalah pengurus yang paling teruk pernah dia bekerja bersama di sepanjang kariernya

“Masalah aku di Manchester United adalah jurulatih. Van Gaal adalah pengurus yang paling teruk dalam karier aku.’

“Aku boleh jaringkan gol, dan lakukan assist hari ini, dan esoknya dia akan marah aku sebab aku pass bola tak sampai.’

“Dia memang tak senang dengan aku dari hari ke hari, dia tak suka pemain yang lebih daripada dia,” ujarnya lagi.’

Pada ketika itu dia akan ceritakan kepada rakan-rakannya bahawa dia tidak mahu beraksi bersama Manchester United, selepas semusim bersama United.

Angel Di Maria telah dijual ke Paris Saint Germain dengan nilai €63 juta dan sepertinya kembali bahagia hingga kini.

Louis Van Gaal pula menyusul keluar setahun kemudian sejurus selepas membawa Manchester United menjuarai Piala FA dan melantik Jose Mourinho.

Isu ini kembali dibangkitkan dan panas menjelang pertemuan Belanda dan Argentina di suka akhir Piala Dunia 2022.

BACA:  Lagenda Bola Sepak Menasihati Pedro Supaya Menjauhi Manchester United