Van Gaal Sisih Pemain Yang Tidur Ketika Panggilan Ke Piala Dunia Dibuat

Pengurus Belanda, Louis Van Gaal dengan tegas telah menyisihkan dan menyingkir pemain yang masih tidur dari skuad Belanda ketika panggilan dilakukan untuk sertai skuad Piala Dunia Qatar 2022.

Tidak cukup dengan itu, Louis Vab Gaal yang terkenal dengan sikap tegas telah membuat kenyataan sinis tentang beberapa pemain Belanda yang gagal terpilih ke senarai akhir 26 pemain di sidang media.

Belanda kembali membuat kemunculan di Kejohanan paling agung itu selepas gagal untuk ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia.

Sebelum itu Belanda mempunyai reputasi gah sebagai naib juara Piala Dunia 2010 dan tempat ketiga Piala Dunia 2014. Mimpi negeri melanda skuad Belanda di edisi 2018 selepas gagal layak ke Euro 2016.

Menurut Van Gaal, dia menghubungi pemain sekitar 8.30 pagi sehingga 10:00 pagi. Dan masih ramai antara pemain pemain tersebut yang masih belum bangun dari tidur.

Malah ada yang masih belum berseluar. Situasi ini seolah-olah menunjukkan bahawa pemain pemain tersebut tidak mementingkan aspek kecergasan dengan tidur yang cukup dan bangun pada awal pagi.

Dari satu sudut lain, para pemain tersebut juga dilihat tidak begitu ambil peduli sama ada mereka berjaya berada dalam senarai akhir ataupun tidak.

Bahasa mudahnya para pemain yang bertaraf profesional ini tidak mempunyai tahap disiplin yang diperlukan untuk menjadi seorang pemain bola sepak.

Itu antara yang membezakan pemain pemain tersebut dengan pemain lain yang lebih baik dan Louis Van Gaal dilantik pada Ogos 2021 adalah untuk membawa bola sepak belanda ke jalan yang benar.

Van Gaal memang dikenali dengan sidang media yang penuh kejutan sebagai seorang pengurus.

Van Gaal berkata: β€œSaya hubungi para pemain yang saya tak panggil [untuk tugasan Piala Dunia] dari 8.00 pagi sehingga 10 pagi.”

β€œSaya memanggil pemain, pemain masih bertelanjang, masih terbaring atas katil, pagi ini tadi, ketika saya harus menghubungi mereka.”

Ditanya tentang sasarannya pada kali ini, Van Gaal mensasarkan menjadi juara Piala Dunia 2022.

Van Gaal berkata:

β€œKami ada peluang besar menjadi juara dunia. Tak ramai pengurus yang berani berkata begini, namun saya di sini nak cakap dengan kamu tentang ini.”

β€œSaya nak jadi juara dunia. Dan pemain pemain saya pun nak menjadi juara dunia.”

Dan inilah senarai 26 pemain Belanda yang dibawa Van Gaal ke Piala Dunia 2022 kerana tidak tidur ketika dihubungi.

Penjaga Gol:

Justin Bijlow (Feyenoord)
Andries Noppert (Heerenveen)
Remko Pasveer (Ajax)

Pertahanan:

Nathan AkΓ© (Manchester City)
Virgil van Dijk (Liverpool)
Denzel Dumfries (Inter Milan)
Jeremie Frimpong (Bayer Leverkusen)
Matthijs de Ligt (Bayern Munich)
Tyrell Malacia (Manchester United)
JurriΓ«n Timber (Ajax)
Stefan de Vrij (Inter Milan)
Daley Blind (Ajax)

Tengah:

Steven Berghuis (Ajax)
Frenkie de Jong (Barcelona)
Davy Klaassen (Ajax)
Teun Koopmeiners (Atalanta)
Marten de Roon (Atalanta)
Xavi Simons (PSV Eindhoven)
Kenneth Taylor (Ajax)

Penyerang:

Steven Bergwijn (Ajax)
Memphis Depay (Barcelona)
Cody Gakpo (PSV)
Vincent Janssen (Antwerp)
Luuk de Jong (PSV)
Noa Lang (Club Brugge)
Wout Weghorst (Beşiktaş)

Belanda diletakkan di dalam kumpulan A bersama tuan rumah, Qatar berserta Ecuador dan juga Senegal yang boleh dikatakan sebagai laluan mudah.

Belanda di atas kertas diletakkan pilihan sebagai untuk menjadi juara kumpulan A dan kekuatan Belanda yang dibarisi muka baru masih lagi menjadi misteri dan Qatar menjadi medan mereka buktikan sesuatu.

BACA:Β  Jepun Difitnah Hanya Kemaskan Bilik Persalinan Selepas Menang Sahaja