Jepun Difitnah Hanya Kemaskan Bilik Persalinan Selepas Menang Sahaja

jepun fitnah

Malang bertimpa-timpa buat pasukan kebangsaan Jepun selepas tewas kepada Costa Rica, mereka telah difitnah dengan tohmahan hanya akan kemaskan bilik persalinan hanya selepas mereka menang perlawanan sahaja. Jepun pun kena fitnah.

Jepun gagal mengesahkan tempat mereka ke pusingan 16 terakhir apabila tewas tipis dengan percubaan pertama Costa Rica di Piala Dunia 2022 selepas dua perlawanan.

Pada minit ke-81 melalui Keysher Fuller Spence untuk mendapatkan gol kemenangan satu percubaan lencong kaki kiri melemaskan penjaga gol Jepun.

Walaupun mendominasi hampir keseluruhan perlawanan Jepun terhukum lantaran sentuhan penyudah yang sangat mencemburui.

Kejayaan Jepun menumbangkan Jerman 2-1 dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan di Piala Dunia bukan sahaja menjadi satu-satunya perkara yang mengangkat bola sepak negara matahari terbit itu.

Jepun amat dikenali dengan sikap pembersih, Jepun turut meninggalkan bilik persalinan dengan keadaan kemas dan bersih dan budaya itu telah dibawa ke mana saja mereka berada.

Bagi mereka yang sudah lama mengikuti perkembangan Samurai biru itu di mana-mana saja pertandingan antarabangsa, disiplin sedemikian sebenarnya bukan perkara yang asing lagi.

Sikap pembersih bukan sahaja dikenali di kalangan pemain, tetapi juga penyokong bola sepak Jepun yang sanggup tinggal seketika selepas tamat perlawanan untuk membersihkan kawasan stadium.

Malangnya Jepun dituduh hanya memastikan bilik persalinan mereka ditinggalkan di dalam keadaan kemas dan bersih sekiranya pasukan mereka menang. Dan perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya pasukan mereka tewas.

Selepas perlawanan telah tular sebuah foto di media sosial menunjukkan bilik persalinan Stadium Ahmad Bin Ali yang kononnya ditinggalkan oleh skuad Jepun dalam keadaan bersepah.

Timbul tanggapan bahawa pasukan itu hanya membersihkan bilik persalinan yang mereka pakai sekiranya mendapat hasil yang positif sahaja.

Sebenarnya dakwaan ini tidak benar sama sekali. Sudahlah tewas kepada Costa Rica, skuad Samurai Biru itu kemudiannya difitnah dengan perbuatan yang bukan mereka lakukan.

Malah gambar yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu juga bukan bilik persalinan di Stadium Ahmad Bin Ali. Sape la punya kerja, Jepun pun nak fitnah.

Sebaliknya ia adalah bilik persalinan yang ditinggalkan oleh pasukan kebangsaan Itali selepas pasukan itu ditewaskan oleh Macedonia Utara dalam satu perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia Zon Eropah beberapa bulan lalu.

Perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 0-1 kepada Macedonia hasil jaringan minit akhir Aleksandar Trajkovski tersebut berlangsung di Stadium Renzo Barbera yang terletak di Palermo, Itali.

Kekalahan yang menyebabkan pasukan juara Eropah, Itali tidak wujud di Piala Dunia 2022.

Keadaan di mana selepas pasukan Itali meninggalkan bilik persalinan usai tewas kepada North Macedonia tidak boleh diterima oleh akal waras seorang manusia.

Bilik persalinan Itali di Stadium Stadio Renzo Barbera di Palermo yang menjadi medan perlawanan telah ditinggalkan dengan longgokan sampah.

Botol minuman sudah kelihatan bersepah di luar bilik persalinan dan di dalam pula amat teruk dengan bekas makanan tisu dan plastik bertaburan dilantai temasuklah di dalam sinki.

Sangat tidak beradab dan bertamadun melihatkan kepada cara bilik persalinan ini ditinggalkan oleh pasukan Itali. Kecewa sekalipun tak perlu berkelakuan seperti ini..

Kejadian itu terjadi pada Mac yang lalu dan gambar ini telah digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan pasukan Jepun.

Jepun akan turun menentang pasukan Sepanyol pada perlawanan terakhir merekan untuk mara ke pusingan kalah mati dan kemenangan diperlukan tanpa perlu bergantung harap kepada keputusan Costa Rica vs Jerman.

BACA:  Mark Clattenburg Beri Amaran Pengadil Eropah Sertai Liga Arab Saudi Akan Dihalang Ke Piala Dunia