Pemain Itali Tinggalkan Bilik Persalinan Dalam Keadaan Menjijikkan

jepun fitnah

Pemain dan pasukan Itali telah melakukan satu perbuatan yang tidak masuk akal apabila telah sepahkan bilik persalinan dengan begitu teruk lagi menjijikan selepas mereka tewas kepada North Macedonia.

Buat pertama kali dalam sejarah pasukan yang mempunyai kisah padu dalam bola sepak ini gagal menjejakkan kaki ke Piala Dunia dua kali secara berturut-turut pada Piala Dunia 2018 dan 2022.

Itali gagal ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 selepas tewas kepada Sweden juga di pusingan play-off yang dilangsungkan secara timbal balik.

Dua kali alami benda sama tak la sedih sangat kan? Tapi dengan status juara Eropah tu yang jadi pedih.

Kegagalan Itali ini telah menjadi satu kejayaan paling agung untuk North Macedonia dan menjadi antara kejutan terbesar dalam sejarah kelayakan Piala Dunia. Tiada dakwa-dakwi lagi.

Bayangkan Portugal pula kena makan dengan North Macedonia. Akan jadi antara kisah terhebat dalam bola sepak.

Jelas dapat dilihat kekecewaan pemain Itali selepas pengadil meniup wisel penamat. Terlampau yakin mungkin menjadi punca kekalahan Itali yang gagal menjaringkan gol dalam 32 percubaan.

Panik melanda pemain Itali apabila gagal menjaringkan gol dan berganda-ganda cuak apabila Aleksandar Trajkovski menjaringkan gol ketika masa perlawanan hampir tamat.

Dengan kegagalan ini pemain seperti Marco Verratti, Lorenzo Insigne, Jorginho dan Ciro Immobile hampir tidak dapat merasai nikmat beraksi di Piala Dunia apabila karier antarabangsa hampir ke penamat.

Itali mempunyai hak untuk kecewa dan meratapi kegagalan ini dan tiada siapa yang menghalang. Namun ada peristiwa yang tidak enak berlaku di Palermo selepas perlawanan yang kini menjadi bualan.

Keadaan di mana selepas pasukan Itali meninggalkan bilik persalinan usai tewas kepada North Macedonia tidak boleh diterima oleh akal waras seorang manusia.

Bilik persalinan Itali di Stadium Stadio Renzo Barbera di Palermo yang menjadi medan perlawanan telah ditinggalkan dengan longgokan sampah.

Botol minuman sudah kelihatan bersepah di luar bilik persalinan dan di dalam pula amat teruk dengan bekas makanan tisu dan plastik bertaburan dilantai temasuklah di dalam sinki.

Sangat tidak beradab dan bertamadun melihatkan kepada cara bilik persalinan ini ditinggalkan oleh pasukan Itali. Kecewa sekalipun tak perlu berkelakuan seperti ini.

Menurut pengguna Twitter yang memuat naik rakaman video suasana bilik persalinan yang bersepah dan kotor, ini merupakan kali pertama pasukan meninggalkan stadium dalam keadaan yang menyedihkan.

“Cara Nazionale meninggalkan bilik persalinan selepas disingkirkan North Macedonia.. Ini kali pertama pasukan meninggalkan stadium dalam keadaan menyedihkan.”

“Saya tidak mempunyai kata-kata, Memalukan.”

Ketika meninggalkan bilik persalinan, para pemain mungkin tidak mampu meninggalkan bilik dengan sempurna seperti pasukan Jepun namun keadaan ini terlalu menjijikkan.

Sudah pasti kakitangan kebersihan Stadio Renzo Barbera akan memaki hamun. Dah la kalah kena buat taik pulak dengan pasukan sokongan mereka.

Sudah pasti ramai akan menunggu bagaimana bilik persalinan yang akan ditinggalkan pasukan Itali selepas mereka menentang Turki pada selasa nanti.

Pasukan Jepun tenang meninggalkan bilik persalinan dengan suci lagi murni selepas tewas dengan kebangkitan Belgium di Piala Dunia 2018.

Roberto Mancini tidak menunggu lama untuk melakukan rombakan, Insigne, Jorginho, Berardi, Mancini dan Immobile dilaporkan telah meninggalkan kem dan dihantar ke kelab masing-masing.

Berardi dan Mancini dihantar pulang kerana mengalami kecederaan dan tidak akan dapat beraksi menentang Turki.

Situasi untuk Insigne, Jorginho dan Immobile tidak jelas untuk bersama pasukan Itali dan ada menyarankan mereka supaya terus bersara dari Arena antarbangsa.

North Macedonia Singkir Itali

Juara Eropah yang merangkul gelaran EURO 2020 pada bulan Julai yang lalu, Itali hanya mampu berputih mata selepas disingkir keluar oleh North Macedonia dipusingan play-off kelayakan Piala Dunia 2022.

Maka dengan ini disahkan tiada kelibat Itali untuk Piala Dunia 2022, Itali berada dalam Path C di pusingan play-off bersama Portugal, Turki dan North Macedonia.

Ketika undian play-off ini dibuat, ternyata Portugal atau Itali yang menjadi pilihan untuk bertemu di perlawanan akhir memandang lawan yang dihadapi adalah lebih lemah.

Namun North Macedonia melakukan kejutan dengan terus menamatkan impian Itali dengan penuh dramatik sekali apabila gol kemenangan dijaringkan pada minit akhir perlawanan.

Kegagalan Itali mara secara automatik adalah kerana kesilapan sendiri di mana Itali hanya sekadar seri dalam dua perlawanan terakhir ketika menentang Switzerland dan Nothern Ireland je kot.

Itali menguasai perlawanan sepenuhnya dan apa yang kurang adalah sentuhan penyudah selepas tempoh 90 minit permainan dengan rentetan peluang demi peluang.

Aleksandar Trajkovski menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-92 untuk menyingkirkan pasukan Roberto Mancini daripada kelayakan dan meletakkan Macedonia dalam perlawanan akhir bertemu Portugal minggu depan.

Wisel penamat membawa suasana yang sangat luar biasa untuk pemain pelawat, ketika mereka mengorak langkah besar ke final pertama mereka dalam kejohanan besar.

https://twitter.com/LG_65/status/1507118057088589835

Italy secara keseluruhannya telah melakukan 32 percubaan dalam perlawanan ini, dengan menguasai 66 peratus permainan tetapi hanya lima daripadanya sahaja yang tepat ke sasaran namun tiada jaringan terhasil.

Pada minit ke-92, dengan hanya tiga minit masa kecederaan berbaki dan permainan menuju ke masa tambahan, rembatan cemerlang, gemilang dan terbilang Trajkovski dari luar kotak masuk ke sudut bawah.

Setelah memenangi Piala Dunia pada tahun 2006, rekod Piala Dunia Itali dalam tempoh 16 tahun selepas itu agak teruk dan kurang memberangsangkan. Lebih banyak surut dari pasang.

Itali telah gagal melepasi peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2010 dan 2014, walaupun menewaskan England dalam perlawanan pembukaan mereka.

Juara dunia empat kali itu tidak berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia empat tahun lalu, juga selepas tewas di pusingan play-off kepada Sweden.

Setelah merangkul kejuaraan Eropah hanya sembilan bulan lalu, Roberto Mancini, pemainnya dan seluruh negara menjangkakan untuk layak ke Qatar, sebaliknya mereka akan melalui musim sejuk dengan kekecewaan.

Sejak dibawah kendalian Roberto Mancini, Itali sangat cemerlang dan bangkit dari kecewa gagal ke Piala Dunia 2018 dengan rekod kemenangan tanpa kalah sehingga muncul juara EURO 2020.

Gian Piero Ventura telah dipecat selepas gagal ke Piala Dunia dan adakah Roberto Mancini akan menerima nasib yang sama.

Walaupun tanpa Leonardo Bonucci dan Federico Chiesa sepatutnya tiada masalah untuk Itali menewaskan pasukan kerdil seperti North Macedonia.

Portugal menanti North Macedonia dalam perlawanan akhir Play-off Path C. Adakah pasukan kerdil ini akan mencipta kejutan lagi dan membuatkan Cristiano Ronaldo menangis?

Kejayaan North Macedonia menewaskan Itali ini boleh dianggap sebagai kisah dongeng dan membuktikan keindahan bola sepak yang digemari ramai dulu, kini dan selamanya.

Portugal tidak berdepan masalah untuk mencapai kemenangan yang dijangkakan selepas menewaskan Turki dengan tiga jaringan berbalas satu.

Otavio dan sundulan tajam Diogo Jota meletakkan Portugal selesa mendahului dua gol untuk rehat masa pertama walaupun Turki memberi cabaran hebat.

Burak Yilmaz merapatkan jurang pada minit ke-66 namun telah mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-85.

Matheus Luiz masuk dari bangku simpanan telah menjaringkan gol ketiga Portugal seminit sebelum masa kecederaan tamat untuk terus menghidupkan peluang Portugal ke Piala Dunia.

BACA:  Gianni Vio - Jurulatih Pasukan Itali Yang Mencipta 4830 Set-Piece