Video Dasyat: Ultras AC Milan Dan Venezia Berperang Di Tengah Laut

Ultras kedua-dua pasukan AC Milan dan Venezia bertempur di tengah laut mencuri perhatian para peminat seluruh dunia hari ini.

Pertempuran antara kedua-dua mereka menyajikan aksi yang sungguh menakjubkan dengan video insiden tersebut sedang tular di laman media sosial pada ketika ini.

The Rossoneri berkunjung ke Venice untuk aksi dalam saingan Serie A yang dilangsungkan di Stadio Pierluigi Penzo pada awal pagi semalam.

Para penyokong sejati AC Milan memutuskan untuk pergi menonton perlawanan tersebut, dan mereka pergi menggunakan jalan laut.

Namun begitu, para penyokong Venezia sendiri juga, mereka turut sama berada di perairan yang dilalui oleh penyokong Milan dan ketika mereka bertembung, maka berlakulah peperangan yang sungguh dasyat antara kedua-dua kumpulan penyokong tersebut.

Bom asap dan flare dilihat berterbangan di merata tempat dengan insiden tersebut seolah-olah seperti tentera laut sedang berperang bunga api.

Mereka saling melempar bom asap dan flare ke arah boat lawan dengan penyokong lain yang berada di daratan begitu teruja menyaksikan insiden tersebut.

Rakaman perperangan antara kedua-dua kumpulan penyokong ini tular di media sosial, dan ia telah mencuri perhatian para peminat seluruh dunia.

Peperangan antara ultras sudah sering berlaku dalam dunia bola sepak dan ia bukan lagi satu hal yang aneh untuk diketahui oleh umum.

Namun peperangan antara ultras di tengah laut berhampiran bandar sepertinya ini kali pertama berlaku dan kerana itulah ia telah mencuri perhatian para peminat seluruh dunia.

Tidak pasti siapa yang memulakan dulu lempar melempar bom asap dan flare, namun satu hal yang pasti, rakaman yang tular menunjukkan mereka sedang saling melempar antara satu sama lain.

AC Milan berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-0 menewaskan Venezia yang terpaksa bermain dengan 10 orang pemain, selepas Michael Svoboda dilayangkan kad merah pada minit ke-59 permainan.

Zlatan Ibrahimovic berjaya membuka tirai jaringan seawal minit kedua dalam perlawanan ini, untuk meletakkan Milan satu gol dihadapan.

Masuk aksi babak kedua, Theo Hernandez tenang meledak gol kedua untuk Milan sebelum beliau menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.

Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat, seterusnya mengesahkan kemenangan selesa 3-0 AC Milan menewaskan Venezia.

Venezia sendiri baru sahaja dinaikkan untuk beraksi dalam saingan Serie A pada musim lalu, selepas 19 tahun mereka gagal untuk berada dalam kancah liga utama saingan bola sepak Itali itu.

Sepanjang tempoh 19 tahun itu, mereka sempat merasa beraksi dalam saingan Serie B, Serie C dan Serie D sebelum akhirnya berjaya untuk kembali ke Serie A selepas menewaskan A.S Cittadella dalam perlawanan akhir play-off pada tahun lalu.

Mereka sepertinya mungkin tidak akan kekal lama dalam saingan Serie A, dengan Venezia kini berada di kedudukan ke-17 dalam carta saingan liga.

Mereka kini hanya empat mata sahaja berada di zon selamat dan jelas sekali Venezia sangat berpotensi untuk tersingkir ke saingan Serie B musim hadapan.

Skuad mereka pada ketika ini turut dibarisi pemain berkelas dunia seperti bekas penjaga gol Manchester United, Sergio Romero dan juga pemain pinjaman dari Chelsea, Ethan Ampadu.

AC Milan sementara itu berada di kedudukan kedua dalam carta saingan Serie A pada ketika ini, dengan mereka hanya satu mata sahaja dibelakang Inter Milan.

Walau bagaimanapun, Inter Milan mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan, dan perebutan saingan Serie A pada ketika ini benar-benar terbuka untuk kedua-dua pasukan ini.

BACA:  Serie A 2020/21: AC Milan 2-0 Bologna