Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander boleh menganggap dirinya bernasib baik kerana tidak menerima kad merah selepas menghalang bola daripada menerjah gawang dengan menggunakan tangannya.
Dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi, Liverpool meneruskan rentetan kemenangan dengan mencatatkan kemenangan tipis 3-2 ke atas Newcastle di St. James Park.
Mereka kembali merampas tempat teratas dalam Liga Perdana Inggeris dari Manchester City dengan liga berbaki satu perlawanan sahaja lagi.
Pertembungan Newcastle-Liverpool berlangsung dengan sengiti dimana kedua-dua pasukan saling serang menyerang. Liverpool terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi tandukan Virgil van Dijk.
Beliau menanduk masuk hantaran pemain muda, Trent Alexander Arnold. Tidak lama selepas itu, berlaku insiden kontroversi yang menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati.
Trent Alexander-Arnold could easily have been sent off for handball on the goal line then. Plus a penalty. Could have been title over #NEWLIV
— Steve Douglas (@sdouglas80) May 4, 2019
Pada minit ke-19, Newcastle melancarkan serangan ke arah kubu Liverpool dan penyerang mereka, Salomon Rondon berjaya melepaskan rembatan ke arah gawang Liverpool.
Alisson sudah tertewas tetapi mujurlah Alexander-Arnold berada di atas garisan gol untuk menghalang bola daripada masuk.
Malangnya, bola rebound jatuh tepat di kaki Christian Atsu dan pemain sayap itu tenang menolak masuk bola untuk gol penyamaan Newcastle.
https://twitter.com/Khornime/status/1124753025585881088
Ulang tayang menunjukkan bola rembatan Rondon sebenarnya terkena tangan Alexander-Arnold. Pemain muda Liverpool itu dilihat mengalihkan tangannya untuk menghalang bola daripada masuk.
Ia merupakan kesalahan kad merah kerana menggunakan tangan untuk menampan bola tetapi pengadil membiarkan insiden itu berlalu tanpa sebarang hukuman kerana Newcastle berjaya menjaringkan gol satu saat selepas itu.
Sekiranya Atsu tidak menjaringkan gol, sudah tentu Liverpool akan bermain tanpa seorang pemain dan sepakan penalti akan diberikan kepada Newcastle atas kesalahan tersebut.
Tetapi itulah bola sepak. Macam-macam boleh berlaku dan pada malam tadi, Liverpool bernasib baik kerana dapat meneruskan permainan dengan 11 orang pemain.
Mind you, Trent Alexander-Arnold should have been sent off for the deliberate handball. And he crosses for the Salah goal. Life's not fair sometimes.
— Peter Edmiston (@peteredmiston) May 4, 2019
Tambah perit, Alexander-Arnold turut memainkan peranan penting untuk gol kemenangan Liverpool yang dijaringkan Divock Origi. Pemain pertahanan itu menamatkan permainan dengan mencatatkan 2 assists !
Adakah anda setuju dengan tindakan pengadil ?