Vietnam Kempunan Tidak Dapat Makan Babi Disepanjang Kejohanan Piala AFF

Pelatih pasukan Vietnam, Park Hang Seo telah meluahkan kekecewaan selepas pemain pasukannya kempunan dan tidak berpeluang untuk menikmati hidangan babi sepanjang kejohanan Piala AFF 2020 berlangsung di Singapura.

Pasukan Vietnam yang mendapat jolokan Golden Star Warriors tiba di Singapura pada rabu, 1 disember selepas mengharungi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2020 Qatar.

Vietnam kini dalam situasi kepenatan dan menjadi antara pasukan yang tiba awal di Singapura tetapi sejak tiba mereka tidak mendapat apa yang mereka mahu dan idamkan.

Dalam sidang media menjelang kejohanan yang akan bermula pada 5 disember, Park Hang Seo mendedahkan bahawa pasukannya menghadapi masalah kekangan dari penganjur kejohanan.

“Hari ini saya bercakap dengan pemain. Selain letih secara fizikal, mental dan psikologi pemain juga semakin kepenatan. Terpaksa hidup dengan perjalanan terhad di mana makan dan minum juga bermasalah.” kata Hang Seo, dipetik dari Tuoitre.

“Kesukaran yang tidak dapat diatasi. Kini kami hanya boleh berfikir secara optimis, berfikiran positif untuk meneruskan kejohanan.” Tambah Hang Seo lagi.

Singapura telah melaksanakan standard operating procedure (SOP) yang ketat bagi melindungi ‘sports bubble’ ini dari sebarang masalah berkaitan wabak.

Salah satu kekecewaan terbesar Vietnam tentang masalah kekangan makanan di Piala AFF 2020 yang dikatakan jurulatih Korea Selatan ialah mereka tidak boleh makan dan menikmati daging babi.

“Buat masa ini pasukan Vietnam menginap di hotel Mercure Roxy bersama empat pasukan lain. Masalahnya semua 5 pasukan makan menu yang sama sedangkan setiap pasukan berbeza agama dan budaya.”

“Makan menjadi masalah jika kita terpaksa makan menu yang sama. Pemain pasukan Vietnam sahaja sudah mempunyai agama dan budaya yang berbeza dan kami perlu menghormatinya.”

“Sebagai contoh, orang Vietnam suka makan daging babi, sehingga hari ini kita semua perlu makan ayam. Saya rasa penganjur harus lebih fleksibel dan mengatur menu makanan dengan lebih tepat.”

Jika dikira tarikh ketibaan Park Hang Seo dan pasukan Vietnam maka sudah empat hari mereka tidak dapat menikmati daging babi.

Makanan yang disediakan oleh chef hotel ini agak teruk. Makan malam pertama, pasukan Vietnam makan 3 keping ikan dengan sos gaya Singapura, 2 ketul ayam rebus, 1 mangkuk kecil kentang putar, 1 mangkuk kecil sup, 1 mangkuk salad kacang, 1 mangkuk nasi dan 2 biji pisang .

Sehingga pagi semalam, kotak makan tengah hari sekali lagi termasuk 1 mangkuk telur dengan sos, 2 roti kecil, 1 bola avokado kecil, 2 sosej mini, 1 mangkuk salad, 1 pisang, 1 epal, 1 yogurt tanpa gula, 1 botol air, 1 secawan kopi hitam.

Pengurusan Vietnam sudah menyatakan bahawa menu tersebut mungkin akan membuatkan para pemain mereka sukar berlatih. Namun doktor pasukan Doktor Choi yang ditugaskan mengawal pemakanan di kem Vietnam menyatakan bahawa, mereka sudah menyediakan makanan yang sihat.

Choi menegaskan bahawa, paling penting adalah makanan secukupnya dengan nutrisi yang tepat berbanding dengan makanan yang berlebihan dan tak sesuai dengan diet.

Vietnam terbang ke Singapura dua minggu selepas bermain perlawanan keenam mereka dalam Kumpulan B pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 di zon Asia. Dalam enam perlawanan itu, Vietnam tewas kesemua perlawanan dengan hanya menjaringkan 4 gol dan bolos 12 gol.

Vietnam telah diundi untuk berada di Kumpulan B bersama empat lagi pasukan iaitu Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Kumpulan B

Vietnam
Malaysia
Indonesia
Kemboja
Laos

Indonesia Kecewa Makan Nasi Bungkus

Kejohanan Piala AFF 2020 belum pun bermula namun kontroversi sudah tercetus apabila melahirkan rasa tidak puas hati dengan penganjur, Persatuan Bola Sepak Singapura yang hanya menyajikan nasi bungkus.

Piala AFF 2020 akan membuka tirai pada 5 Disember 2021 dan mengikut jadual perlawanan, pertembungan antara pasukan Timor Leste dan Thailand akan menjadi perlawanan pembukaan.

Jika Indonesia mengkritik makanan nasi bungkus yang diterima mereka, Vietnam pula mengadu tidak berpuas hati dengan kuantiti makanan yang disediakan terlalu sedikit di masak pula dengan cara masakan Singapura.

Kem Indonesia mengomel dan mengkritik pengurusan Piala AFF Suzuki 2020 Singapura yang menyediakan makanan tapau kepada mereka.

Pasukan Indonesia baru sahaja tiba di Singapura pada 2 Disember lalu dan menginap di Hotel Orchard, Singapura. – yang merupakan sebahagian daripada kawasan gelembung sukan (Sport Bubble) kejohanan tersebut.

Namun hanya selepas sehari tinggal di sana, pembantu Jurulatih Indonesia, Dzenan Radoncic, mengeluh soal makanan yang disediakan tuan rumah.

Di mana Dzenan membuat hantaran di Instagram berkongsi kekecewaannya itu. Dzenan secara menyindir:

“Beginilah cara mereka melayan orang-orang di penginapan ‘gelembung’ di Singapura!.. Bukan manusia! Semoga berjaya di Piala AFF !” Getus beliau lagi.

Dzenan berkata, biasanya pasukan mereka disediakan buffet di hotel ketika menginap, untuk mana mana kejohanan sebelum ini.

Malang sekali kali ini, para pemain dan staf terpaksa makan makanan yang sudah diletakkan dalam bekas / container ataupun secara bungkus.

Ini kerana, jika disediakan secara buffet, ia akan melibatkan banyak sentuhan ketika mereka memegang sudu atau senduk makanan.

Selain itu, PSSI juga mendengar luahan para pemain yang kecewa kerana mereka tidak boleh ‘tambah nasi’ – istilah kita untuk tambah lagi nasi dan lauk.

Di mana penganjur hanya menghantar terus makanan berdasarkan kuantiti yang mereka sediakan dan pemain hanya dibenarkan makan di bilik masing-masing dan bukannya diruangan bilik makan seperti kebiasaan.

Menu yang disediakan oleh penganjur adalah makanan yang sihat. Namun para pemain Vietnam dan Indonesia meminta agar mereka diberikan ruang untuk memilih sendiri makanan mereka.

Walaupun dikritik oleh kem Indonesia dan Vietnam, pihak penyelia makanan menyatakan bahawa, penyediaan makanan secara catering dan bukannya buffet, dibuat untuk meminimumkan risiko jangkitan wabak.

Mereka merasakan bahawa layanan daripada FAS ini sebagai salah satu perang saraf untuk menganggu persiapan pasukan mereka.

Para pemain Vietnam berkampung di Hotel Mercure Roxy. Semua pemain harus menjalani ujian saringan wabak setiap 2 hari sekali.

BACA:  Park Hang Seo: Malaysia vs Vietnam Adalah Final Awal