Wan-Bissaka Mahu Tukar Kewarganegaraan Jika Terus Dipinggir Southgate

Pemain pertahanan kanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka tanpa berselindung lagi mahu menukar kewarganegaraan beliau selaku rakyat England jika terus dipinggirkan oleh pengurus England, Gareth Southgate.

Aaron Wan-Bissaka silap kata menjadi penanda dapatkah Kecewa ku menjadi harapan marilah berganding mengharungi badai asmara dunia dikecapi penuh bahgia -Sera Di Badai Asmara.

Aaron Wan-Bissaka mula menyinar bersama pasukan Crystal Palace dan menarik minat Manchester United untuk menjadi suri di hati bagi menjaga pertahanan di bahagian kanan.

Sejak itu Aaron Wan-Bissaka mula memahat nama sebagai salah seorang pemain pertahanan kanan terbaik untuk negaranya ketika ini, England.

Sehingga kini Gareth Southgate masih belum memberi peluang untuk Aaron Wan-Bissaka melakukan debut penuh bersama England di peringkat antarabangsa.

Pemain berusia 24 tahun itu menerima panggilan pertamanya bersama England pada Ogos 2019 dan malangnya terpaksa disisihkan kerana kecederaan dan akhirnya melara.

Sebenarnya agak sukar untuk Aaron Wan-Bissaka menembusi skuad England walaupun beliau merupakan salah seorang pertahanan terbaik di negara Tiga Singa.

Pemain yang sudah pasti menjadi pilihan utama Gareth Southgate tidak lain tidak bukan tentulah Trent Alexander-Arnold bukan kerana beliau pemain Liverpool tetapi Arnold terbukti hebat.

Selepas Arnold nama yang menjadi pilihan samada pemain Chelsea, Reece James dan Kyle Walker dari Manchester City, selepas nama-nama ini bukan nama Aaron Wan-Bissaka yang seterusnya.

England kaya dengan pemain pertahanan kanan dan jangan dilupa kepada Kieran Trippier yang kini berguru dengan Diego Simione yang merupakan pakar bertahan di Atletico Madrid.

Selepas itu barulah nama Aaron Wan-Bissaka menjadi sebutan. Aaron Wan-Bissaka sangat bagus ketika bertahan dan sangat hauk ketika menyerang jika dibandingkan dengan empat nama di atas.

Ketidakseimbangan yang ada pada Aaron Wan-Bissaka yang hanya tahu bertahan telah menjadikan peluang untuk beliau dipilih bermain untuk England menjadi lebih kecil.

Aaron Wan-Bissaka mungkin berada dalam pilihan keempat atau kelima dalam senarai pemain Southgate paling bagus pun dalam pilihan ketiga jauh untuk menjadi pilihan utama dan hanya jadi penanti.

Haruskah.. Aku terus merayu padamu Haruskah… Aku taburi janji beribu Untuk menembusi Tembok hati sanubarimu Ataupun… aku hanya penanti.

Negara Mana Pilihan Aaron Wan-Bissaka?

Mungkin Aaron Wan-Bissaka sendiri sudah menyedari akan hakikat ini maka kerana itulah beliau bercadang mahu menuka kewarganegaraan bagi membolehkan beliau beraksi di peringkat antarabangsa.

Dengan mempunyai nama Wan tidak bermakna Aaron Wan-Bissaka ini mempunyai pertalian darah dengan keturunan Wan yang wujud di Kelantan, Kedah atau Terengganu dan tidak mungkin akan menjadi pemain Malaysia.

Aaron Wan-Bissaka dalam surat beranak beliau lahir di England namun keturunan beliau berasal daripada Republik Congo dan itulah negara yang bakal menjadi pilihan beliau.

Aaron Wan-Bissaka pernah beraksi untuk pasukan Congo bawah 20 tahun pada tahun 2015 namun selepas itu Aaron Wan-Bissaka beraksi bersama skuad England bawah 20 tahun dan seterusnya bawah 21 tahun.

Pada Oktober 2020 Aaron Wan-Bissaka seakan memberi bayangan akan bertukar kewarganegaraan selepas mengemaskini bio di Instagramnya dengan membuang bendera England dan meletakkan bendera Congo.

David Ornstein seorang wartawan daripada The Athletic UK berpendapat Congo akan menjadi pilihan Bissaka jika terus dianak tirikan Southgate.

“Jika beliau terus dipinggirkan Southgate yang mempunya pilihan yang mewah di posisi bek kanan, sumber menyatakan bahawa pemain berusia 23 tahun itu akan memilih Congo.”

BACA:  Van Aanholt Menganggap Bissaka Lebih Hebat Dari Trent Alexander Arnold