Wenger Memberi Pandangan Tentang Messi Dan Ronaldo Serta Pengganti Mereka

Arsene Wenger mengakui sukar untuk memilih siapa lebih hebat antara Cristiano Ronaldo dengan Lionel Messi.

Namun beliau juga mendedahkan bahawa dia faham mengapa kebanyakkan pengurus pasukan lain lebih memilih pemain Barcelona itu berbanding Ronaldo.

Pengurus legenda berusia 70 tahun itu pernah terlibat dalam satu sesi soal jawab dengan peminat pada tahun 2019 dan beliau telah ditanya tentang dua pemain itu.

Siapa akan jadi pemain terbaik dunia sekarang sekiranya kedua-dua pemain itu bersara serentak.

Dan pewawancara itu juga sempat bertanya kepada Wenger siapa lebih hebat antara bintang Juventus, Cristiano Ronaldo dan ketua pasukan Barcelona, Lionel Messi.

Pengurus legenda Arsenal itu menolak untuk memilih salah satu dari mereka sebaliknya beliau telah mengenal pasti sifat-sifat dan kebolehan berharga milik Messi dan Ronaldo.

Tetapi Wenger percaya bahawa kemampuan “artistik” Messi menjadikannya lebih menggoda untuk dipilih oleh pengurus serta legenda lain berbanding seterunya Ronaldo.

“Saya boleh katakan bahawa mereka sangat bagus dan sukar untuk memilih antara mereka. Dalam 10 kali anugerah pemain bola sepak terbaik dunia, mereka menang lima setiap seorang, itu menunjukkan mereka berada ditahap yang sama.”

Jelas Wenger kepada beINSPORT ketika itu.

“Secara artistik, Messi juga merupakan pemain yang dapat memberikan bola terakhir, jadi dia mungkin pemain yang lebih kreatif berbanding Ronaldo.”

“Ronaldo lebih kepada penyudah, lebih baik di udara, lebih athletic dan Messi lebih artistic.”

“Jadi, secara dasarnya ramai pengurus yang lebih tertarik dengan pemain seperti Messi.”

Wenger turut mendedahkan bahawa beliau yakin bintang Paris Saint Germain, Kylian Mbappe akan mengatasi Ronaldo dan Messi di puncak terbaik bola sepak dunia.

“Lionel Messi…. Kami tidak pernah melihat pemain seperti dia yang boleh saja untuk menjadi sangat kreatif tidak kira dalam apa jua situasi.”

Jelas bekas pengurus pasukan Arsenal itu.

“Kedua-dua pemain ini sekarang sudah hampir ke penghujung karier, Ronaldo dan Messi. Sekarang tentang generasi seterusnya dan saya rasa generasi seterusnya milik Perancis.”

“Buat masa ini yang mungkin akan menjadi pengganti Ronaldo dan Messi adalah Mbappe. Sudah tentu Neymar juga, kita tahu. Tetapi England, saya percaya mereka mempunyai peluang yang baik. Sekarang mereka sedang usahakan dari akar umbi.”

“Mereka sudah buat yang terbaik dengan Gareth Southgate ketika di Piala Dunia lalu. Saya sangat berharap di peringkat Eropah mereka akan menjadi salah satu pencabar terkuat kali ini.”

BACA:  Arsene Wenger Menyesal Kerana Bersama Arsenal Terlalu Lama