Wenger Pernah Ramal Perpindahan Messi Dan Ramos Pada Hari Ini

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger sebelum ini pernah meramalkan tentang perpindahan pemain berprofil tinggi yang akan berpindah secara percuma.

Beliau pada satu ketika sebelum ini pernah meramalkan hal yang sedang berlaku dalam dunia bola sepak hari ini, ketika beliau memberi komen tentang para pemain merosakkan kontrak mereka.

Musim panas ini sahaja, ramai pemain berprofil tinggi seperti Lionel Messi, Sergio Ramos, Sergio Aguero, Gianluigi Donnarumma dan Wijnaldum telah meninggalkan kelab masing-masing sebagai pemain berstatus free ejen.

Lihat saja bagaimana Paris Saint Germain menandatangani empat pemain berprofil tinggi pada musim panas ini tanpa perlu mengeluarkan yuran perpindahan.

Bercakap pada tahun 2017, Wenger pernah menyatakan bahawa:

“Saya rasa di masa hadapan nanti, kamu akan lihat lebih ramai lagi pemain berpindah secara percuma. Mengapa? Kerana yuran perpindahan terlalu tinggi, bahkan untuk pemain biasa pun tinggi.”

“Kamu akan lihat lebih ramai pemain yang akan masuk ke tahun terakhir dalam kontrak mereka kerana tiada kelab yang mampu membayar yuran perpindahan yang kelab mereka minta.. 10 tahun lagi hal ini akan jadi kebiasaan dalam dunia bola sepak.”

“Saya rasa persembahan (perpindahan pemain) pada hari ini tidak bergantung pada jangka masa kontrak, jika itu adalah benar, kita akan lihat kelab akan terus tandatangani sesiapa sahaja untuk tempoh 20 tahun dan menyimpan mereka supaya tidak pergi secara percuma.”

Disamping pihak kelab tidak mahu kehilangan pemain mereka dengan tidak mendapat apa-apa, Wenger percaya kelab akan mengikat pemain dengan kontrak lebih panjang untuk elak situasi itu berlaku.

Beliau merasakan ia akan menjadi langkah yang lebih bijak dengan pihak kelab secara tidak langsung akan memberikan motivasi kepada pemain supaya bermain lebih baik dan akan ditandatangani oleh kelab lain yang kagum dengan persembahannya.

Sejak komen itu dibuat, Wenger telah membuktikan kata-kata beliau benar-benar menjadi kenyataan dengan ramainya pemain bintang melengkapkan perpindahan mereka secara percuma sahaja.

Selain empat pemain itu yang menyertai PSG secara percuma, Aguero turut menandatangani perjanjian bersama Barcelona secara percuma selepas kontraknya tamat.

Leon Goretzka meninggalkan Schalke untuk sertai Bayern Munich secara percuma pada tahun 2018 dan beliau berkemungkinan akan sertai Manchester United secara percuma juga pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Paul Pogba juga ketika ini berada di tahun terakhirnya bersama Manchester United dan berkemungkinan akan meninggalkan Old Trafford secara percuma pada musim panas akan datang.

Arsene Wenger memang dikenali dengan kepakarannya dalam berteori tentang dunia bola sepak.

Sebelum meninggalkan Arsenal, ramalan terakhir Wenger selaku pengurus adalah menjangkakan bahawa satu liga yang berbentuk elitis akan terbentuk. Ajaibnya Wenger menggelarkan bahawa liga itu mungkin akan diberikan nama Liga Eropah.

Dan pada awal tahun ini, dunia bola sepak dikejutkan dengan berita kewujudan European Super League dan peminat terus teringat dengan ramalan yang dibuat oleh Wenger.

Wenger meramalkan perkara itu 11 tahun yang lalu, dan dia mengingatkan seluruh peminat bola sepak sekali lagi sebelum dia meninggalkan Arsenal.

Bercakap dalam satu sidang media pra perlawanan bertemu Huddersfield pada 2018, Wenger menyatakan bahawa kelab-kelab besar akan berusaha memisahkan diri mereka daripada kelab kelab kecil dan menubuhkan liga sendiri untuk mendapatkan lebih banyak duit.

“Dalam beberapa tahun lagi, kamu hampir pasti akan melihat Liga Eropah sendiri pada hujung minggu. Ianya tak boleh dielakkan. Kenapa? Pertama sekali, kelab kelab besar ini akan mulai merasakan ianya satu masalah dan bebanan untuk berkongsi duit dengan kelab kelab kecil.”

“Kelab besar akan berkata: ‘Jika dua kelab kecil berlawan sesama mereka, siapa nak tengok? Mereka mahukan perlawanan berkualiti. Jadi kita kena kongsi duit kita dengan pasukan yang tiada orang peduli pun.”

“Liga domestik akan dianjak kepada hari Khamis, Selasa atau Rabu. Sebab hujung minggu untuk liga besar ini. Rasanya langkah seterusnya perkara seperti ini, kita akan tengok.”

“Dan ianya dah semakin hampir, kerana cara kelab kelab lain menentang kelab dari EPL. Lihat audien UCL, ada kontras yang besar [banyak game kelab kecil lawan kelab kecil tak ada orang tengok – terutama peringkat kumpulan].”

“Tetapi apabila Real Madrid vs Barca ataupun Real lawan Arsenal ataupun Manchester United vs Bayern setiap minggu, audien akan bertambah banyak.”

“Jika kamu mahu EPL ini lebih menarik, kecilkan jumlah pasukan kepada 16. Dan jadikan ianya lebih kompetitif.”

Namun sebenarnya, sebelum itu, pada 2009, Wenger sudah menyuarakan ramalan yang sama. Cuma pada 2018 itu beliau mengingatkan semula akan perkara itu kepada generasi muda yang baru.

Dalam artikel The Guardian: European Super League Will Be Here In 10 Years, Says Arsene Wenger.

Arsène Wenger percaya, idea itu akan menjadi realiti.

Pengurus dari Perancis itu tidak menentang idea pertandingan elit Eropah dalam format yang ada sekarang [UCL dan UEL]. Namun beliau menyatakan akan ada orang akan cuba menawarkan pertandingan, trofi dan wang yang lebih besar.

Wenger memberitahu pandangan itu ketika dia diminta mengulas idea Rangers dan Celtic masuk ke Liga Inggeris kerana dua pasukan tersebut sahaja yang menarik perhatian publisiti di Scotland. Wenger berkata tak perlu, kerana idea membentuk liga kaya raya sedang berlangsung. Berbentuk antarabangsa.

“Saya melihat lebih banyak liga Eropah berkembang dari masa ke masa dan bukannya satu pasukan keluar dari negara ini.”

“Liga kebangsaan akan bertahan tetapi mungkin dalam 10 tahun, anda akan mempunyai liga Eropah sendiri.”

“Saya tidak pasti 100% bahawa saya betul tetapi saya rasa di dalam permainan kami ada beberapa suara di belakang tabir yang datang untuk melakukan sesuatu mengenai perkara itu, terutama jika peraturan menjadi terlalu ketat untuk kelab-kelab ini.”

Wenger tak pernah ramal Arteta akan jadi pengurus Arsenal

Kekhuatiran bagi Wenger adalah jika liga Eropah dibuat oleh kartel elit atau, menggunakan istilahnya, “francais”,  bermotifkan, hanya mahu melepaskan diri untuk membahagi kekayaan daripada dibina berdasarkan sistem berdasarkan merit, yang melibatkan promosi dari pelbagai liga kebangsaan.

“Secara peribadi, saya percaya hanya pada merit kesukanan. Oleh itu, jika liga seperti itu dibuat, ia harus dilakukan dengan melakukan pertukaran ke atas dan ke bawah, walaupun itu sangat sukar untuk diselesaikan dan kita tidak mahu membunuh liga kebangsaan.”

“Pasukan ini akan bermain di kedua-kedua liga Eropah itu dalam minggu pertengahan dan liga kebangsaan pada hujung minggu. Ini bermaksud semua pasukan ini mempunyai dua pasukan.”

“Cara kita melihat aspek kewangan, bahkan wang yang akan masuk dari Liga Juara-Juara tidak akan mencukupi bagi beberapa kelab kerana mereka menghabiskan terlalu banyak wang.”

“Pendapatan pada dasarnya dimiliki oleh UEFA dan mereka mengagihkan wang itu ke kelab . ”

Nampak macam mana Wenger punya ramalan? Boleh dikatakan setiap yang beliau ramal menjadi kenyataan pada hari ini.

Sumber: talkSPORT

Axello.Net

BACA:  Pandangan Wenger Tentang Keputusan United Tandatangani Semula Cristiano Ronaldo