10 Gol Premier League Paling Pelik, Aneh Dan Tidak Masuk Akal

Gol yang telah dijaringkan oleh Emile Smith Rowe ketika Arsenal menentang Manchester United dianggap antara gol paling pelik, aneh dan tidak masuk akal pernah dijaringkan dalam sejarah Premier League.

Pemain kesayangan peminat Manchester United, Fred buat hal lagi dengan aksi gila dan tidak masuk akal apabila Fred entah dirasuk apa ntah telah memijak kaki David De Gea.

Pemain terbaik Manchester United bulan November itu terus rebah digawang dengan meninggalkan gawang yang terbuka luas ketika permainan masih berlangsung.

Emile Smith Rowe berjaya menjaringkan gol pembukaan namun tidak dikira oleh pengadil pada awalnya kerana David De Gea terlebih dahulu rebah.

Selepas dirujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) tiada kecurangan dari pemain Arsenal ke atas David De Gea dan Fred yang disayangi yang memijak kaki member sendiri.

VAR mengesahkan jaringan dari Emile Smith Rowe untuk gol pembukaan perlawanan dan gol itu dikira kerana bola masuk sebelum pengadil menghentikan perlawanan.

Namun itu bukanlah kali pertama gol paling pelik, aneh dan tidak masuk akal pernah dijaringkan dalam sejarah Premier League dan di bawah senarai gol tersebut.

14. Paul Robinson vs Watford

Penjaga gol menjaringkan gol adalah sesuatu yang agak rare dan biasanya dijaringkan dari situasi bola mati seperti dari sepakan percuma, penalti atau sepakan penjuru.

Pada tahun 2007, Paul Robinson ketika itu merupakan penjaga gol nombor satu England menjaringkan gol dari jarak 70 ela menewaskan Ben Foster yang hanya mampu menggeleng kepala tidak percaya.

Bola clearance dari Paul Robinson jatuh di depan Ben Foster namun bola melantun melepasi jangkauan dan menerjah jaring.

10. Tim Howard vs Bolton

Jika Paul Robinson menjaringkan gol dari jarak 70 ela, Tim Howard pula melakukannya dari jarak 100 ela apabila percubaannya melakukan hantaran panjang terus menghasilkan jaringan.

Kejadian ini terjadi dalam perlawanan Everton menentang Bolton pada tahun 2012, selepas menerima hantaran ke belakang, Tim Howard terus melambungkan bola ke atas.

Bola menggelembung buaya tinggi ke atas dan jatuh diluar kotak namun lantunan bola itu terlalu pelik cukup untuk melemaskan Adam Bogdan.

9. Asmir Begovic vs Southampton

Gol yang dijaringkan oleh penjaga gol Stoke City, Asmir Begovic juga dari jarak jauh lebih kurang seperti yang dilakukan Tim Howard dan Paul Robinson menentang lawan masing-masing.

Namun yang isitmewa jaringan pada tahun 2013 ini adalah terhasil selepas 12 saat perlawanan berlangsung. Penjaga gol Southampton yang diluar kawasan gol jelas kelam-kabut.

8. Dion Dublin vs Newcastle

Gol sangat jahat dan tidak masuk akal yang tidak pernah dihasilkan lagi selepas itu di Premier League, dari Dion Dublin yang bukan seorang penjaga gol.

Dion Dublin berada di belakang Shay Given dan menerkam sebaik sahaja Given menjatuhkan bola. Mudah buat Dublin menolak bola ke gawang terbuka membuatkan Given terpinga-pinga.

Selepas jaringan Dion Dublin ini penjaga gol tidak lagi akan meletakkan bola di atas tanah tanpa melihat ke belakang pada hari ini – dan Dublin harus dipersalahkan!

Satu jenaka yang agak kelakar telah terhasil “Shay Given, the only Irishman who doesn’t know where Dublin is (Shay Given, satu-satunya warga Ireland yang tidak tahu di mana Dublin).”

7. Gareth Bale vs Liverpool

Ini pastinya gol terbaik Gareth Bale menentang Liverpool. Okay, mungkin tidak tetapi ini pasti yang paling gila, aneh, pelik dan tidak masuk akal yang berpunca dari sepakan penjuru.

Untuk bersikap adil, tidak banyak yang Bale boleh lakukan mengenai perkara ini apabila Aaron Lennon merembat bola dari garisan gol dan tepat ke muka pemain Wales itu dan menghasilkan gol sendiri yang kelakar.

Pedih teruk tu. Headshot!

6. Jari Litmanen vs Aston Villa

Gol dari Jari Litmanen menentang Aston Villa ini terhasil dari situasi yang kelakar sebenarnya apabila hadir dengan bantuan gol daripada pengadil perlawanan, Andy D’Urso.

Peter Schmeichel membaling bola untuk memulakan gerakan namun secara tidak sengaja terkena belakang pengadil dan lantunan bola sampai kepada Jari Litmanen.

Jari Litmanen tidak mensia-siakan rezeki datang bergolek dengan melakukan satu percubaan meleret ke gawang terbuka.

5. Michail Antonio vs Sunderland

Michail Antonio menjaringkan gol melalui satu sundulan selepas tertomos atau tersembam ke tanah dalam perlawanan menentang Southampton.

Pemain West Ham itu telah menjaringkan banyak gol untuk West Ham tetapi tidak ada yang lebih baik daripada gol ketika tersandung di dalam kotak.

Ketika jatuh ke tanah bola yang cuba dikeluarkan tepat ke kepada Michail Antonio dan melambung masuk ke gawang.

4. Stan Collymore vs Blackburn

Gol kelakar dari pemain Liverpool Stan Collymore ini pula terhasil kerana permukaan padang yang sangat teruk terutamanya di depan kotak penalti.

Rembatan yang leret yang dilakukan oleh Stan Collymore sangat lemah namun permukaan padang membantu yang melantunkan bola ke atas.

Terkejut Tim Flowers melihat pertukaran arah pergerakan bola yang lalu diatas kepalanya ketika sudah bersedia membuat satu tangkapan mudah.

3.Youl Mawene vs Southampton

Satu jaringan yang tidak ketahuan punca dari Ypul Maweng dari satu sepakan sudut, pemain Southampton mendapat bola dan terus melakukan clearance liar tegak ke atas.

Bola pun jatuh secara meliar betul-betul di depan garisan gol yang terus ditolak masuk Youl Mawene membuatkan penjaga gol Southampton terpinga-pinga.

2. Peter Enkleman vs Aston Villa

Gol sendiri dari penjaga gol Aston Villa, Peter Enkleman dalam perlawanan Birmingham Derby adalah satu malapetaka dalam bola sepak ketika tiada tekanan diberikan dari pemain Birmingham City.

Lontaran ke dalam yang normal dari Erik Olof Mellberg kepada Peter Enkleman menjadi tidak normal apabila kesilapan bacaan dari Enkleman dan bola hanya menyentuh kaki dan meleret ke gawang.

Jika Enkleman tidak menyentuh bola, gol itu tidak akan dikira.

1. Darren Bent vs Liverpool

Gol Darren Bent menentang Liverpool layak diangkat sebagai gol paling pelik, aneh dan tidak masuk akal yang disebabkan oleh kehadiran belon yang dibaling penonton.

Inilah gol paling gila dalam Premier League. Bola rembatan Darent Bent terbias dan terkena belon dan menewaskan Pepe Reina.

BACA:  Lima Bintang Berusia 19 Tahun Terbaik Dalam Dunia Bola Sepak Masa Kini