Pendapatan untuk seorang pemain bola sepak profesional boleh mencecah jutaan dollar setiap seorang bergantung kepada perjanjian dalam kontrak para pemain.
Mempunyai kehidupan yang luar biasa mewah sudah menjadi kebiasaan bagi seorang pemain bola sepak yang boleh dikatakan menjadi ikutan masyarakat juga.
Namun bukan semua mereka pandai untuk menguruskan kewangan dengan bijak. Terdapat ramai antara mereka yang membelanjakan wang ke jalan yang merugikan seperti judi, dadah, alkohol dan perempuan.
Did you know that gambling can ruin you no matter how rich you are? Check out how it made Ronaldinho and other football greats go bankrupthttps://t.co/sAEgd7dybg pic.twitter.com/1NW6v3xmtO
β Lekan Onabanjo's Blog (@LekanOnabanjo7) May 30, 2020
Berikut merupakan senarai 10 pemain yang pernah mempunyai kemewahan luar biasa dan menjadi miskin dan ada yang diisytiharkan muflis.
1) Celestine Babayaro
Beliau merupakan pemain yang pernah beraksi dalam saingan premier league dan sangat signifikan dengan pasukan Chelsea dan Newcastle United.
Celestine Babayaro antara pemain Afrika yang pernah menerima bayaran yang sangat lumayan ketika kariernya dahulu.
Namun dek kerana tabiat borosnya, beliau telah diisytiharkan muflis pada tahun 2011 lalu.
Do you know π³π¬Celestine Babayaro remains the youngest player to ever feature in #ChampionsLeague?
He was 16 yrs 87 days old, when he played for Anderlecht against Steaua Bucharest in 94.
He's the 1st African Chelsea player and made nearly 200 appearances for Blues.#UCL pic.twitter.com/PsMpAuK9Xt
β FAST TRACK π³π¬ (@FastTrackNaija) September 17, 2019
2) Paul Gascoigne
Gazza merupakan salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak England. Ramai anak muda yang menjadikannya sebagai idola termasuk bintang bola sepak, Wayne Rooney.
Gazza hampir diisytiharkan sebagai seorang muflis pada tahun 2016, kerana dituduh mengelak untuk membayar cukai sebanyak Β£42,000, selain itu beliau turut mempunyai hutang sebanyak Β£200,000.
Antara masalah lain yang perlu beliau hadapi selain dituduh tidak membayar cukai dan berhutang, beliau turut berdepan dengan kecaman hingga menyatakan beliau mengalami tekanan dan depresi.
Happy 53rd Birthday to Paul Gascoigne, one of the greatest players to pull on an England shirt.. π
Shearer π£οΈ "Gazza used to wake us all up every morning at England's team hotel by playing Three Lions at full blast."
π¦π¦π¦ pic.twitter.com/j2CBHmf7kk
β Footy Accumulators (@FootyAccums) May 27, 2020
3) Keith Gillespie
Keith Gillespie merupakan seorang bakat dari akademi Manchester United dan beliau antara pemain yang mempunyai masalah ketagihan berjudi.
Beliau pernah hilang hampir Β£7.2 juta hanya kerana berjudi. Ketika kariernya, Keith Gillespie cemerlang membantu Newcastle ke saingan Liga Juara-juara.
Mempunyai pendapatan yang luar biasa di premier league serta ada sikap ketagih judi menyebabkan beliau jatuh miskin ketika diusia 36 tahun.
βSaya kehilangan sejumlah wang yang sangat banyak kerana ketagihan untuk berjudi selama bertahun-tahun.β
βSaya juga kehilangan banyak aset serta wang pelaburan saya.β
Jelas Gillespie ketika dalam satu temuramah bersama The Guardian.
Peter Beardsley and Keith Gillespie Newcastle United #NUFC pic.twitter.com/k3zESfH4DB
β OldToonFan (@old_toon) May 6, 2016
4) Lee Hendrie
Lee Hendrie juga merupakan seorang lagi pemain yang mempunyai ketagihan untuk berjudi yang membuatkan dirinya hidup susah walaupun menerima pendapatan Β£30,000 seminggu di Villa Park.
Pendapatan yang beliau terima ketika itu sangat lumayan sebenarnya, namun kerana masalah yang beliau hadapi, pada Januari 2012, beliau sudah diisytiharkan muflis dan hartanya disita.
Hendrie pernah membuat pengakuan kepada Sky Sports tentang masalah yang beliau hadapi dan kejadian itu membuatkan beliau deprasi serta pernah bertekad untuk bunuh diri.
Beliau akhirnya berjaya keluar daripada masalah depresi dan kini menjadi salah seorang duta kepada organisasi kesihatan mental.
So much respect for Lee Hendrie who opened up during #HarrysHeroes. I watched Lee many times at Villa Park and I had the pleasure to meet him and photograph him last year for a charity football game. That big smile, those silky skills, they were still there. Credit to you, Lee. pic.twitter.com/SWFuXr6xSE
β Michael Harris (@mjyharris) May 22, 2020
5) Brad Friedel
Brad Friedel dilaporkan mempunyai hutang sebanyak Β£5 juta yang dikatakan berpunca dari projek akademi bola sepak serba mewahnya di AS.
Rumah mewah miliknya yang dianggarkan bernilai lebih dari Β£260,000 turut disita. Friedel kemudian cuba untuk memulihkan semula keadaan ekonominya dan beliau memulakan kerjaya sebagai seorang jurulatih.
Happy Birthday to aβ¦
3x #USMNT @FIFAWorldCup veteran
The πΊπΈ's all-time leader in @PLinUSA appearances
2018 @soccerhof inducteeHave a great day, Brad Friedel! π₯³ππ pic.twitter.com/EKV5607XJ7
β U.S. Soccer MNT (@USMNT) May 18, 2020
6) Eric Djemba-Djemba
Beliau pernah bermain bersama ramai legenda ketika beraksi dengan pasukan setan merah seperti, Cristiano Ronaldo, Beckham, Ryan Giggs dan ramai lagi.
Djemba-Djemba diisytiharkan muflis selepas empat tahun beliau berpindah ke Aston Villa.
Pemain midfield Cameroon itu telah beraksi di dalam saingan Liga Super India demi untuk membayar kesemua hutangnya.
Breaking: Manchester United have sealed the signing of Eric Djemba-Djemba for Β£3.5 million #mufc pic.twitter.com/FXvYGRAQuJ
β Slow Sports News (@SlowSportsNews) July 31, 2014
7) John Arne Riise
John Arne Riise telah disenaraikan dalam status muflis oleh pihak berkuasa Norway, dua tahun selepas beliau memenangi UCL bersama Liverpool.
Riise menerima jutaan dollar hasil daripada kariernya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Namun beliau dikatakan menjadi mangsa kepada skim penipuan yang menyebabkan beliau berhutang Β£100,000 di Norway.
John Arne Riise has retired aged 36 ππ»
339 LFC apps π΄
30 goals β½οΈ
7 trophies π'I Wanna Knooooooowwwoowww HOW YOU SCORED THAT GOAL!' pic.twitter.com/iCHXgVPkI3
β Empire of the Kop (@empireofthekop) March 23, 2017
8) Paul Merson
Legenda Arsenal ini menjana pendapatan yang sangat lumayan ketika kariernya.
Namun beliau dikatakan kehilangan Β£7 juta hanya kerana masalah ketagihan terhadap alkohol, dadah dan judi.
Paul Merson akhirnya berjaya keluar daripada masalahnya dan kini beliau telah menjadi seorang pundit di Sky Sports.
Beliau pernah mendedahkan bahawa kariernya sekarang telah banyak menyelamatkannya daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak sihat.
Ex-Arsenal star Paul Merson opens up on recovery from alcoholism β dailymail https://t.co/68twUScKiE pic.twitter.com/AOVRNEK9a2
β David M (@SoberStill) May 23, 2020
9) David James
Sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional, David James berjaya mengumpul Β£20 juta dan menjadi penjaga gol nombor dua di England.
James selain menerima pendapatan lumayan dalam dunia bola sepak, beliau turut mendapat kontrak tajan yang lumayan bersama syarikat peragaan seperti Armani.
Pada 2014 James telah diisytihar muflis dan terpaksa menjual memorabilia sukan miliknya serta beberapa hartanya yang lain.
Bankrupt David James auctions England goalkeeper jersey for Β£672 http://t.co/7srmSgtyyC pic.twitter.com/Prol8cRbRH
β BBC Sport (@BBCSport) November 19, 2014
10) Ronaldinho
Siapa saja peminat bola sepak yang tidak kenal dengan sosok bernama Ronaldinho ini, beliau sangat terkenal dengan skillnya yang luar biasa.
Beliau menerima pendapatan yang sangat lumayan ketika kariernya bersama beberapa pasukan handalan dunia.
Namun kerana mempunyai masalah yang terlalu boros dan suka berhibur, Ronaldinho akhirnya hidup susah dan beliau hanya memiliki Β£5 sahaja di dalam akaun bank miliknya.
Ronaldinho dilaporkan mempunyai hutang sebanyak Β£1.75 juta dan beliau didenda dengan jumlah yang agak besar baru-baru ini kerana didapati bersalah memasuki Paraguay dengan menggunakan passport palsu.