10 Pemain Memenangi Anugerah Pemain Terbaik Terbanyak Sedekad Ini

Perdebatan siapa lebih hebat antara Lionel Messi dengan Cristiano Ronaldo tidak pernah habis dan sememangnya hampir kesemua rekod dalam sukan bola sepak kini dikuasai oleh mereka berdua.

Messi jauh mengatasi Ronaldo dalam rekod memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan dalam tempoh sedekad ini.

Tiada apa yang harus dihairankan kalau dua pemain itu digelar pemain terbaik sepanjang zaman. Dalam tempoh 12 tahun terakhir ini, mereka berdua telah memenangi 11 dari 12 gelaran Ballon d’or yang dipertandingkan.

Mereka berdua adalah pemain paling digeruni didalam padang dan luar padang. Messi dan Ronaldo sering menjadi perhatian setiap kali mereka turun beraksi.

Satu hal yang sangat mengagumkan tentang mereka berdua adalah, Ronaldo dan Messi tidak pernah mengalah dan putus asa, mereka sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik.

Menurut Footy Room, Messi mendahului senarai pemenang pemain terbaik perlawanan sebanyak 225 kali dalam tempoh sedekad ini.

Seteru utama beliau, Cristiano Ronaldo berada dikedudukan kedua dalam senarai dengan 125 kali muncul sebagai pemenang anugerah pemain terbaik perlawanan.

Berikut adalah senarai 10 pemain yang paling banyak memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan dalam tempoh sedekad ini.

10 pemain paling banyak memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan:

1. Lionel Messi, Barcelona – 225 Kali

2. Cristiano Ronaldo, Real Madrid/Juventus – 125 Kali

3. Eden Hazard, Chelsea/Real Madrid – 93 Kali

4. Zlatan Ibrahimovic, AC Milan/PSG/Manchester United/LA Galaxy – 89 Kali

5. Neymar, Barcelona/PSG – 65 Kali

=. Luis Suarez, Ajax/Liverpool/Barcelona – 65 Kali

7. Gareth Bale, Spurs/Real Madrid – 62 Kali

8. Antoine Griezmann, Real Sociedad/Atletico Madrid/Barcelona – 58 Kali

9. Arturo Vidal, Bayer Leverkusen/Juventus/Bayern Munich/Barcelona – 53 Kali

10. Marco Reus, Borussia Monchengladbach/Borussia Dortmund – 50 Kali

Messi mengharungi musim ini dengan agak sepi dari segi kutipan gol, hal ini kerana beliau memulakan musim dengan kecederaan yang menyebabkan beliau tidak boleh turun beraksi.

Walau bagaimanapun, Messi masih lagi memimpin senarai pemain paling banyak memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan dalam semua pertandingan di Eropah.

Pemenang enam kali Ballon d’or itu telah memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan sebanyak 13 kali sepanjang musim ini.

Menurut laporan dari WhoScored.com’s Messi mencatatkan purata ratio 8.61 dalam semua aksi beliau sepanjang musim ini.

Seteru utamanya, Cristiano Ronaldo berada di kedudukan kedua dalam senarai, Ronaldo berjaya muncul sembilan kali sebagai pemain terbaik perlawanan musim ini.

Musim ini Ciro Immobile antara yang terbaik apabila beliau berjaya menjadi pemain terbaik perlawanan sebanyak lapan kali sepanjang musim ini.

Ciro Immobile sudah berjaya menjaringkan 27 gol musim ini mengatasi Cristiano Ronaldo yang cuma mampu menjaringkan 21 gol sahaja sepanjang musim ini.

BACA:  Senarai Enam Penjaga Gol Yang Menjaringkan Gol Di Premier League