10 Pemain Tengah Terbaik EPL

Copa 90 melalui laman webnya telah mengeluarkan senarai 10 pemain tengah terbaik di Liga Perdana Inggeris. sebelum ini Copa 90 telah mengeluarkan senarai 10 pemain pertahanan tengah terbaik.

Jika anda mempunyai pilihan sendiri sila hantar kepada kami.

10. Roy Keane

Roy Keane merupakan antara pemain bolasepak Ireland yang berjaya sepanjang zaman. Jeneral hebat di tengah padang lebih dari 10 tahun. Seorang pemain tengah yang kental,keras, dan kadang kala ganas melampau.

Di padang Keane lebih rela mati keletihan daripada mengalami kekalahan. Di sebabkan semangat itu Keane telah memenangi 17 trofi utama dalam kariernya dan 17 daripadanya ketika bersama Manchester United.

Roy Keane kini merupakan penolong pengurus pasukan kebangsaan Republic Ireland.

roy-keane

9. Patrick Vieira

Berhijrah dari AC Milan ke Arsenal pada 1996. Sepanjang 9 tahun bersama Arsenal Vieira telah bermain sebanyak 406 perlawanan dan telah memenangi 3 gelaran liga dan 4 Piala FA.

Vieira memegang 107 cap, merupakan pemain yang memenangi Piala dunia 1998 dan Euro 2000 bersama Perancis. Selepas meninggalkan Arsenal, Vieira telah bermain dengan Juventus, Inter Milan dan menamatkan kariernya di Manchester City pada 14 July 2011.

Kini Patrick Vieira merupakan ketua jurulatih pasukan New York FC.

vieira

8. Steven Gerrard

Pemain tengah Versatil ini dinobatkan sebagai salah seorang pemain tengah terbaik. Gerrard telah beraksi sebanyak 700 perlawanan bersama Liverpool dan menjaringkan 186. Cap dagang Gerrard melalui rembatan jarak jauhnya yang padu serta laju hanya akan berhenti pabila menerjah jaring.

Selepas meninggalkan Liverpool, Gerrard telah menyertai La Galaxy dan pada 15 November 2016 kontraknya bersama La Galaxy tamat. Gerrard kini menyertai pasukan kejurulatihan Liverpool.

gerrard

7. Frank Lampard

Pemain tengah yang mempunyai teknik yang menawan dengan etika kerja keras menjadi teras permainan. Penjaring terbanyak Chelsea sepanjang zaman dengan 211 gol satu kehebatan luar biasa bagi seorang pemain tengah.

Lampard juga telah menjaringkan 20 gol lebih untuk 5 musim berturut-turut bersama Chelsea bermula musim 2005/06 sehingga musim 2009/10. Lampard juga merupakan satu-satunya pemain tengah yang menjaringkan lebih 150 gol di liga perdana Inggeris.

Lampard kini bersara dan menghabiskan masa lapang dengan menjual kuih akok di England.

lampard

6. Paul Scholes

Lagenda Manchester United merupakan salah seorang produk Class of 92 dan juga “One Man Club” senantiasa Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Bersama United Scholes telah membuat 700 penampilan dalam tempoh 20 tahun yang penuh cemerlang, gemilang dan terbilang.

Seorang lagi pemain tengah yang mempunyai teknik yang hebat. Scholes telah menjulang 11 gelaran juara liga, 3 Piala FA, 2 liga eropah dan 2 piala liga. Scholes menjaringkan 107 gol di liga perdan dan 155 gol dalam semua kejohanan.

Kini Scholes menjadi pundit selepas menandatangani kontrak selama 4 tahu bersama BT Sports pada bulan Julai 2014. Scholes juga muncul di ITV untuk perlawanan Liga Juara Eropah dan pasukan England.

paul-scholes

5. Claude Makelele

Claude Makelele berpindah dari Real Madrid ke Chelsea pada 2003. Permulaan kerjaya Chelsea tidak begitu indah bagi Makelele dan beliau bergelut untuk mempamerkan aksinya yang terbaik tetapi Claudio Ranieri pengurus Chelsea ketika itu menganggap Makelele seperti bateri yang memberi kuasa kepada pasukan.

Kemudian The Special One tiba bagaikan pelangi tak bercahaya tapi kau berseri. Di bawah Mourinho, Makelele mampu memberikan yang terbaik sebagai pemain tengah yang mampu membuat terjahan yang tepat dan mampu membaca permainan dengan hebat.

Makelele Role merupakan gelaran yang diberi kepada Makelele kerana membuat revolusi dalam permainannya sebagai pemain tengah bertahan. Makelel role ni penulis akan bercerita dalam artikel lain.

claude-makelele

4. Yaya Toure

Pemain tengah Manchester City yang menjadi nadi kebangkitan City dalam perjuangan merebut kejuaraan liga. Menjaringkan 74 gol dalam 254 perlawanan. Telah dinobatkan sebagai pemain Afrika terbaik selama 4 tahun berturut-turut.

Pemain tengah yang bijak, bertenaga serta berkemahiran tinggi pernah dipinggirkan oleh Pep Guardiola kerana kelancangan mulut ejennya. Toure sudah meminta maaf tetapi masih terpinggir sebelum mereka berdamai.

Mereka pun hidup aman bahagia walaupun tanpa piala dan kejuaraan.

yaya-toure

3. Gary Speed

Gary Speed merupakan pemain pertama yang membuat 500 penampilan di liga perdana. Speed telah menyumbang tenaga bersama Leeds United, Everton dan Newcastle United dalam tempoh 20 tahun. Mempunyai tandukan yang membunuh dan merbahaya.

Seorang pemain tengah yang versatil boleh bermain dimana-mana asalkan di padang yang mampu mencipta peluang dan juga menjaringkan gol. Speed boleh bermain di bahagian tengah , kiri atau sebagai pertahanan kiri tetapi selalunya Speed bermain main di sebelah kiri sebagai pemain tengah menyerang.

Pada 27 November 2011, Speed ditemui mati tergantung oleh isterinya dan polis mengklasifikasikan kematiannya sebagai bunuh diri.

garyspeed-1969-2011

2. Xabi Alonso

Xabier “Xabi” Alonso Olano atau nama pendeknya Xabi Alonso dibeli oleh Liverpool pada bulan Ogos 20014 dari Real Sociedad dengan har ga £10.5 juta. Alonso merupakan seorang pemain tengah yang rajin, konsisten, versatil, baik hati dan suka menolong orang tua.

Membuat 210 penampilan bersama Liverpool dan menjaringkan 19 gol. Gol yang diingati adalah dua golnya yang dijaringkan dari garisan tengah padang. Alonso terkenal dengan hantaran panjang yang tepat serta maut.

Alonso membuktikan Long Ball tidak bodoh jika digunakan pada masa dan ketika yang tepat.

xabi-alonso

1. Cesc Fabregas

Meninggalkan akademi Barcelona untuk menyertai kelab London, Arsenal pada 2003. Memulakan karier bersama Arsenal pada usia 17 tahun dan telah menjaringkan 57 gol dalam 250 penampilan. Fabregas telah berpindah ke Barcelona pada 2011.

Pada 2014 Fabregas telah kembali ke London tetapi menyertai Chelsea. Setakat ini bersama Chelsea Fabregas membuat 75 penampilan dan menjaringkan 8 gol. Kini Fabregas bergelut untuk mendapat tempat dalam pasukan.

cesc_fabregas

0.1 Amaro Rohidan

Pemain kelahiran Kedah ini, memainkan peranan penting selaku “holding midfielder” untuk skuad negara ketika menjuarai Piala AFF pada edisi 2010.

amarrohidan
Amar berlakon seolah-olah terkejut diasak pemain Australia

Amar turut menjelmakan persefahaman baik bersama Safiq Rahim di bahagian tengah dalam merangka gerakan buat barisan negara.

amar-rohidan
Berbatov mengaku kalah dengan kehebatan Amar sehingga melutut di tengah padang
BACA:  Senarai Perlawanan Terpower Premier League Musim 2020/21