10 Pemain Yang Ramai Tak Sedar Pernah Beraksi Bersama Hoffenheim

1899 Hoffenheim bukanlah satu pasukan yang kaya dengan kejayaan atau pasukan gergasi, namun mereka sebenarnya antara pasukan yang terkenal di Jerman.

Ramai pemain berprofil tinggi yang pernah beraksi bersama Hoffenheim, tidak kira sebagai pemain berstatus pinjaman mahupun pemain yang ditandatangani sendiri oleh kelab.

Beberapa bintang handalan dalam dunia bola sepak, yang pernah beraksi bersama Hoffenheim telah berjaya mencipta nama ketika mereka beraksi bersama kelab lain.

Bahkan, Rhein-Neckar-Arena turut boleh dianggap rumah kepada beberapa bintang besar dalam dunia bola sepak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Mungkin ada peminat yang tidak sedar atau tidak perasan beberapa pemain berprofil tinggi dalam dunia bola sepak ini sebenarnya pernah beraksi bersama Hoffenheim.

Alaba ketika dipinjamkan untuk beraksi bersama Hoffenheim dari Bayern Munich

Berikut merupakan 10 pemain yang mungkin ramai sudah lupa bahawa mereka sebelum ini pernah beraksi bersama Hoffenheim.

1. David Alaba

Hoffenheim: 2011
Kelab Sekarang: Real Madrid
Rekod Perpindahan: £0 (Ke Bayern Munich dan Real Madrid)

Bayern Munich sepertinya perlu mengucapkan terima kasih kepada Hoffenheim, kerana pada Januari 2011, David Alaba mula mencipta nama dalam saingan Bundesliga selepas dipinjamkan untuk beraksi ke Rhein-Neckar-Arena.

Kerana tidak mendapat tempat bersama Bayern, maka beliau telah dipinjamkan ke Hoffenheim untuk memberi peluang kepadanya beraksi dalam kesebelasan utama.

Pemain left-back itu berjaya menjaringkan dua gol dari 17 penampilan bersama Hoffenheim ketika separuh musim kedua kempen 2010/11.

Alaba selepas mempamerkan kecemerlangan bersama Hoffenheim, beliau telah dipanggil semula untuk beraksi bersama Bayern Munich yang mana selepas itu beliau berjaya memenangi 10 gelaran Bundesliga, enam Jerman Cup, dan dua Champions League sebelum menyertai Real Madrid musim panas ini.

Beliau menyertai Real Madrid sebagai pemain free ejen selepas kontraknya bersama Bayern Munich tamat pada penghujung musim lalu.

Alaba turut pernah memenangi anugerah Austrian Footballer Of The Year sebanyak tujuh kali sepanjang kariernya.

2. Demba Ba

Hoffenheim: 2007-2011
Kelab Sekarang: FC Lugano
Rekod Perpindahan: £11.7m (Ke Shanghai Shenhua)

Walau ada pasang dan surut dalam karier seseorang pemain, tidak dinafikan Demba Ba akan sentiasa menjari penjaring utama tidak kira beliau beraksi bersama kelab mana sekali pun.

Sudah tentu gol jaringan beliau yang paling diingati oleh para peminat adalah gol jaringannya ketika memanfaatkan kesilapan Gerrard yang tergelincir ketika aksi saingan Premier League pada tahun 2014.

Beliau berjaya menjaringkan 40 gol dari 103 penampilan untuk Hoffenheim sebelum meninggalkan Jerman untuk beraksi di England.

Beliau sempat mencipta nama dengan beraksi bersama West Ham United, Newcastle United dan juga bersama Chelsea.

Selepas itu, beliau terus berkelana mencari pengalaman di luar dengan beraksi dalam saingan bola sepak di Turki dan China.

Demba Ba memenangi Piala utama pertamanya pada musim 2016/17 yang mana beliau ketika itu membantu Besiktas untuk menjuarai saingan Super Lig, dan beliau turut berjaya melakukan hal yang sama ketika beraksi bersama Istanbul Basaksehir.

3. Ryan Babel

Hoffenheim: 2011-2012
Kelab Sekarang: Galatasaray
Rekod Perpindahan: £11.5m (Ke Liverpool)

Ryan Babel sepertinya hilang dari dunia bola sepak selepas beliau meninggalkan Liverpool. Beliau bahkan gagal untuk memberi impak yang positif ketika musim pertamanya selepas meninggalkan Anfield.

Beliau hanya mampu untuk menjaringkan satu gol sahaja dari 16 penampilan bersama Hoffenheim, dan selepas menghabiskan dua musim, beliau memutuskan untuk kembali ke Ajax.

Bintang Belanda itu kembali mencipta nama pada musim 2017/18, yang mana beliau ketika itu berjaya menjaringkan dua gol dari enam penampilan dalam saingan Champions League bersama Besiktas.

Aksi hebat yang beliau pamerkan di Turki menyebabkan ramai pihak yang mencadangkan kepada Ronald Koeman supaya memanggil beliau untuk kembali sertai skuad kebangsaan Belanda.

Selepas meninggalkan Besiktas, Babel telah menyertai Galatasaray dan kemudiannya beliau dipinjamkan ke Ajax sebelum kembali semula ke pangkuan Galatasaray.

4. Roberto Firmino

Hoffenheim: 2011-2015
Kelab Sekarang: Liverpool
Rekod Perpindahan: £29m (Ke Liverpool)

Mungkin ramai yang akan ingat bagaimana cemerlangnya Roberto Firmino ketika beraksi bersama Hoffenheim sebelum ke Anfield.

Namun dek kerana beliau lebih cemerlang bersama Liverpool dan menjadi nadi terpenting dalam sistem serangan Jurgen Klopp, sepertinya peminat sudah lupa kecemerlangan beliau bersama bekas kelabnya.

Firmino pernah membuat 153 penampilan dalam semua pertandingan ketika beliau beraksi bersama Hoffenheim sebelum menyertai Liverpool.

Beliau ketika ini dianggap sebagai salah seorang pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak, dan Firmino ketika beraksi bersama Hoffenheim, beliau lebih banyak bermain di posisi attacking midfielder.

Dan mungkin kerana itulah beliau mampu menjadi penghubung yang sangat cemerlang untuk Sadio Mane dan Mohamed Salah ketika kariernya di Anfield.

5. Joselu

Hoffenheim: 2012-2014
Kelab Sekarang: Alaves
Rekod Perpindahan: £5.75m (Ke Stoke City)

Joselu boleh dianggap sebagai pemain yang agak lama bertahan bersama Hoffenheim. Pemain kebangsaan Sepanyol itu ketika ini sedang beraksi bersama Alaves.

Namun, beliau sebenarnya sudah bermain bersama lima kelab berbeza sepanjang tempoh antara 2012 hingga 2017 selepas meninggalkan Real Madrid.

5. Heurelho Gomes

Hoffenheim: 2013
Kelab Sekarang: Democrata
Rekod Perpindahan: £6.75m (ke Tottenham Hotspur)

Selepas beliau gagal untuk mencuri tumpuan dan mempamerkan aksi yang baik bersama Tottenham Hotspur, Heurelho Gomes telah dipinjamkan ke Hoffenheim.

Beliau sempat membuat sembilan penampilan bersama Hoffenheim dan tidak mengejutkan untuk peminat lupa beliau pernah beraksi bersama pasukan dari Bundesliga itu.

Gomes kemudiannya menyertai Watford pada 2014 yang lalu, dan beliau hilang tempat sebagai penjaga gol utama selepas Ben Foster mengisi tempat tersebut.

Beliau meninggalkan Watford pada musim panas lalu, selepas kelabnya tersingkir dari saingan premier league sebelum berehat dari dunia bola sepak buat seketika.

6. Luiz Gustavo

Hoffenheim: 2008-2011
Kelab Sekarang: Fenerbahce
Rekod Perpindahan: £13.5m (Ke Bayern Munich)

Nama Luis Gustavo sepertinya tidak begitu dikenali oleh peminat sehingga beliau menyertai Bayern Munich dan mengenalkan namanya pada dunia dengan aksi persembahan yang menakjubkan.

Beliau membuat 100 penampilan bersama Bayern dan merupakan salah seorang pemain yang membantu gergasi Jerman itu memenangi gelaran treble pada musim 2012/13.

Selepas beliau sukar untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Bayern, Gustavo telah berpindah ke Wolfsburg dan kini beraksi bersama Fenerbahce di Turki.

Apa yang menariknya, beliau telah membuat 109 penampilan bersama Hoffenheim sebelum menyertai Bayern, dan menjadi pemain terpenting kelab ketika kariernya di Jerman.

Beliau juga sering dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan Brazil ketika itu dan telah membuat 41 penampilan untuk negaranya di pentas bola sepak antarabangsa.

8. Kevin Kuranyi

Hoffenheim: 2015-2016
Kelab Sekarang: Bersara
Rekod Perpindahan: £6.2m (Ke Schalke 04)

Ketika kemuncak kariernya, Kevin Kuranyi merupakan salah seorang pemain penting untuk skuad kebangsaan Jerman.

Beliau telah mempamerkan aksi permainan yang sungguh menakjubkan ketika kariernya bersama Stuttgart dan Schalke 04.

Beliau kemudiannya mengubah arah kariernya dengan beraksi bersama Dinamo Moscow di Rusia dan turut cemerlang menjaringkan 55 gol dari 142 penampilan.

Kebanyakan peminat luar Jerman mungkin tidak tahu yang Kuranyi sebenarnya telah kembali ke Bundesliga pada musim 2015/16 dan beraksi bersama Hoffenheim.

Mungkin kerana musim terakhirnya itu, beliau gagal untuk menjaringkan sebarang gol, maka tidak hairanlah mengapa peminat terlupa beliau pernah beraksi bersama Hoffenheim.

9. Josip Simunic

Hoffenheim: 2009-2011
Kelab Sekarang: Bersara
Rekod Perpindahan: £5.5m (Ke Hoffenheim)

Peminat mungkin kenal Josip Simunic kerana beliau kerap membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Croatia.

Beliau juga merupakan pemain ketiga dalam sejarah yang membuat penampilan terbanyak bersama skuad kebangsaan dengan membuat 105 penampilan.

Simunic berjaya mencuri tumpuan ketika kariernya bersama Hertha Berlin dengan beliau membuat 275 di sana, dan menjadikan ia sebagai kelab paling lama untuknya.

Beliau juga sempat beraksi bersama Hoffenheim sebelum kembali ke Croatia untuk beraksi bersama Dinamo Zagreb.

10. Eduardo Vargas

Hoffenheim: 2015-2017
Kelab Sekarang: Atlético Mineiro
Rekod Perpindahan: £5m (Ke Hoffenheim and Tigres UANL)

Pada tahun 2013 hingga 2016, Eduardo Vargas telah berjaya menjaringkan 30 gol dari 51 penampilan untuk skuad kebangsaan Chile.

Walau beliau dilihat sebagai mesin pencetak gol untuk skuad kebangsaan Chile, namun agak mengejutkan juga untuk mengetahui yang beliau gagal untuk menjaringkan lebih dari sembilan gol satu musim di peringkat kelab sejak meninggalkan Universidad de Chile pada 2012.

Antara rekod terburuk dalam kariernya adalah ketika beraksi bersama Hoffenheim, yang mana beliau ketika itu hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja dari 30 penampilan.

Sumber: Squawka

BACA:  Senarai 13 Rekod Yang Sukar Untuk Dipecahkan