12 Bintang Bola Sepak Yang Mempunyai Bakat Dalam Bidang Lain

Secara teorinya jika difikirkan, setiap pemain bola sepak akan menghabiskan masa mereka untuk memberi tumpuan kepada sukan itu sahaja.

Mereka bangun tidur, berlatih, pulang ke rumah, bermain FIFA, berlatih, tidur dan mengulang semula kesemua aktiviti itu setiap hari.

Tetapi kenyataan sebenarnya mereka juga mempunyai kehidupan yang lain dan selain bermain bola sepak mereka turut mempunyai bakat semula jadi yang lain.

Menurut laporan dan kajian dari GiveMeSport, mereka telah memilih 12 pemain yang mempunyai bakat hebat selain dari bola sepak.

Berikut adalah senarai 12 pemain yang mempunyai bakat luar biasa selain dari hebat beraksi dalam lapangan bola sepak.

1. Memphis Depay โ€“ Rapper

โ€˜Fall Backโ€™, โ€˜5 Milliโ€™ dan โ€˜No Loveโ€™ merupakan antara lagu terkenal yang dinyanyikan oleh penyerang pasukan Lyon, Memphis Depay.

Selain hebat menyumbat gol ke gawang lawan beliau juga penyanyi yang berbakat.

2. Daniel Agger โ€“ Pelukis Tattoo

Daniel Agger seorang yang mempunyai cinta mendalam terhadap kesenian tattoo.

Beliau merupakan seorang pelukis tattoo profesional selain dari seorang pemain bola sepak terkenal.

3. Petr Cech โ€“ Drummer

Dalam channel Youtube peribadi milik Peter Cech, beliau sering memuat naik video aksinya bermain drums.

Beliau pernah cover lagu-lagu dari Foo Fighters, Coldplay, The Script dan Rihanna. Beliau turut mempunyai lagu sendiri berjudul โ€˜Thatโ€™s Footballโ€™.

4. Juan Mata โ€“ Piano

Apa je sebenarnya yang Juan Mata tidak mampu lakukan?

Banyak sebenarnya pencapaian Mata antaranya beliau pernah Memiliki ijazah, Mata juga ada menubuhkan badan kebajikan sendiri dan beliau juga handal bermain piano.

Tetapi beliau tiada kaitan dengan aksi Sanchez bermain piano ketika mula menyertai setan merah dahulu.

5. Ivan Perisic โ€“ Bola Tampar Pantai

Ivan Perisic selain mewakili Croatia dalam sukan bola sepak, beliau juga mewakili negaranya dalam sukan bola tampar pantai.

Beliau telah melakukan debutnya dalam sukan bola tampar pantai untuk Croatia pada tahun 2017.

6. David Luiz โ€“ Magic

Dengan gaya rambut menggerbang begitu, sukar untuk membayangkan David Luiz beraksi di atas pentas menggunakan helah kad silap mata.

Pada tahun 2016, David Luiz pernah mengagumkan rakan sepasukannya di Chelsea dengan aksi silap matanya yang hebat.

7. Alisson Becker โ€“ Penyanyi Dan Pemain Gitar

Ketika beliau menyertai Liverpool pada tahun 2018, Alisson Becker menghiburkan para pemain lain dengan menyanyikan lagu dari Oasis โ€˜Dont Look Back In Angerโ€.

Beliau turut pernah bersama bintang Scouse, Jamie Webster mempersembahkan aksi bermain gitar lagu โ€˜Allez, Allez, Allez.

8. David Meyler โ€“ YouTuber

Bekas pemain midfield Republic Ireland, David Meyler bersara dari dunia bola sepak ketika berusia 30 tahun pada Ogos tahun lalu.

Selepas bersara beliau membuka channel Youtube sendiri dengan memuat naik video FIFA dan sudah mempunyai lebih dari 360,000 subscriber.

9. Les Ferdinand โ€“ Pilot Helicopter

Ketika beliau menyertai Newcastle pada tahun 1995, beliau mencuba untuk mencari hobi. Beliau kemudian belajar untuk menaikki motor besar, bermain saxophone dan memasak.

Tetapi beliau menjumpai bidang yang paling sesuai dengannya apabila mula belajar memandu helicopter. les Ferdinand mendapat lesen penuh sebagai pilot selepas lepas tujuh peperiksaan.

10. Harry Kane โ€“ Golf

Harry Kane selain dari hebat untuk menyumbat bola ke gawang, beliau juga pandai menyumbat bola ke lubang.

Penyerang utama Tottenham dan England itu pernah bermain golf secara professional pada tahun 2018.

11. Clint Dempsey โ€“ Rapper

Clint Dempsey bersara dari dunia bola sepak pada tahun 2018 dan selepas dari itu beliau terus menceburi bidang rap dengan menggunakan nama pentas โ€˜Deuceโ€™.

12. Andrey Arshavin โ€“ Pereka Fesyen

Bekas pemain sayap Arsenal, Andrey Arshavin merupakan seorang pakar pereka pakaian wanita.

Beliau melanjutkan pelajaran di State University Of Technology and Design di St Petersburg dan pernah menyiapkan beberapa design pakaian dan hasilnya masih disimpan di musim University tersebut.

Begitulah bakat-bakat terpendam yang dimilki oleh kesemua 12 pemain bola sepak profesional ini.

BACA:ย  Kekasaran Paling Jahat Dalam Sejarah Bola Sepak