Kekasaran Paling Jahat Dalam Sejarah Bola Sepak

Pemain penyerang Rangers, Kemar Roofe telah melakukan satu aksi kekasaran yang paling jahat lagi kejam dalam sejarah bola sepak ke atas penjaga gol Slavia Prague, Ondrej Kolar.

Kejadian yang tidak diingini dan tidak sepatutnya ini terjadi dalam perlawanan kedua Rangers menentang Slavia Prague di peringkat pusingan 16 terbaik Europa League.

Kemar Roofe telah mengejar bola hantaran panjang rakan sepasukannya yang menuju ke kawasan gol dan, penjaga gol Slavia Prague, Ondrej Kolar keluar untuk menangkap bola.

Ketika bola hampir ke dakapan Ondrej Kolar, Kemar Roofe masih mahu mencuba dan tidak berputus asa dengan dengan menerbangkan kakinya ke udara untuk menolak bola ke gawang.

Dengan larian yang laju disusuli kaki berterbangan di udara mustahil untuk Kemar Roofe menghentikan pergerakan beliau yang berjaya menyentuh sedikit bola.

Pecutan badan dengan kaki Kemar Roofe meneruskan luncuran lalu hingga ke muka Ondrej Kolar yang terus rebah ke tanah menahan kesakitan.

Tanpa ragu lagi, pengadil terus melayangkan kad merah kepada Kemar Roofe yang baru sahaja masuk ke padang untuk tempoh kurang 7 minit.

Kemar Roofe masuk pada minit ke-55 menggantikan Scott Arfield dan pada minit ke-62, Kemar Roofe sudah terpaksa meninggalkan padang.

Selepas menerima rawatan kecemasan dipadang, Ondrej Kolar terus diusung keluar dan digantikan dengan Matyas Vagner.

Terbelah dahi penjaga gol Slavia Prague, Ondrej Kolar kesan daripada kasut bola ke muka.

Ketika perebutan bola itu mata Kemar Roofe tertumpu kepada bola namun sudah menjadi tanggungjawab pemain untuk menjaga kaki masing-masing.

Sebab itulah ada peraturan pemain tidak boleh mengangkat kaki terlalu tinggi demi menjaga ketenteraman dan kesejahteraan pemain lain di padang.

Tiada bantahan yang dilakukan dari kem Rangers dengan layangan kad merah kepada Kemar Roofe itu dan nyata itu keputusan yang terbaik dari pengadil.

Berselang 10 minit kemudian Rangers terpaksa bermain 9 pemain apabila pemain pertahanan, Leon Balogun dilayangkan kad kuning kedua.

Rangers tewas 2-0 dalam perlawanan ini hasil jaringan Peter Olayinka dan Nicolae Stanciu sekaligus melayakkan Slavia Prague ke suku akhir dengan agregat 3-1.

BACA:  Marcus Rashford Merupakan Atlet Kedua Paling Teruk Kena 'Abused' Di Dunia