10 Syarat Pelik Tak Terjangkau Dek Akal Dalam Kontrak Bola Sepak

Pembelian pemain bola sepak antara kelab dengan beberapa syarat tambahan seperti bonus kemenangan, bonus jaringan, bonus menang piala temasukalah klausa pelepasan sudah menjadi lumrah.

Perpindahan pemain hanya akan berlaku dan menjadi kenyataan apabila kesemua syarat termasuk terma peribadi dipersetujui antara kelab dan pemain. Syarat yang dikenakan boleh datang dari pihak pemain atau kelab.

Lionel Messi ketika ini sudah gelepar dodam-dodam mahu keluar daripada Barcelona namun kelab Catalan itu mahukan 700 juta jika mana-mana kelab berminat mendapatkan Messi sebagai mana termaktub dalam klausa pelepasan.

Perpindahan Carlos Tevez ke kelab China telah disertakan satu syarat utama – Tevez tidak boleh bersara atau kembali bermain di Amerika Selatan dalam tempoh 12 bulan pertama dan sekiranya syarat tersebut diingkari, maka Boca Juniors bakal membayar 60% daripada nilai pembelian.

Namun syarat itu tidak cukup pelik berbanding lagi 10 lagi kontrak yang boleh dikatakan pelik dan kelakar serta tak terjangkau dek akal. Berikut adalah 10 syarat pelik tersebut.

Pemain Perlu Makan Buah Zakar Biri-biri

Spencer Prior telah menyertai Cardiff City dari Manchester City pada tahun 2001 dan antara syarat kontrak yang diletakkan oleh pemilik kelab ketika itu, Sam Hammam, ialah ; makan buah zakar biri-biri.

Buah zakar biri-biri sememangnya satu menu yang pelik lagi menggelikan bagi orang barat namun Hammam, yang berasal dari Lebanon, sebenarnya mahu pemain barunya itu mengecapi resipi rahsia negara asalnya.

Hasilnya, Prior telah makan hidangan ini dengan perahan lemon dan herba pasli. Sebelum makan, Prior telah kukus, gril, panggang, kukus, gril, panggang terlebih dahulu makanannya.

Tidak Dibenarkan Menggigit

Siapa lagi kalau bukan Luiz ‘Dracula’ Suarez. Sebelum menyertai Barcelona, Suarez telah mempunyai tiga rekod jenayah menggigit pihak lawan.

Tiga mangsanya ialah Otman Bakkal ketika Ajax menentang PSV, Branislav Ivanovic (Liverpool vs Chelsea) dan Giorgio Chiellini (Uruguay vs Itali).

Jadi untuk mencegah insiden tersebut berulang, Barcelona telah meletakkan syarat bahawa Suarez tidak dibenarkan menggigit manusia ketika di padang dan jika perkara ini berlaku, Suarez bakal didenda oleh kelab.

Setakat ini Suarez masih mampu untuk menahan nafsu menggigitnya ketika jodohnya bersama Barcelona sudah sampai ke penghujung.

Kelas Memasak

Pemain dari Congo, Rolf-Christel Guie-Mien telah menyertai Eitracht Frankfurt dari Karlsruher  SC pada 1999. Sekiranya Frankfurt mahu tandatandannya, Rolf-Christel telah meletakkan syarat bahawa kelab perlu membiayai isterinya untuk menyertai kelas memasak.

Dan kelab bersetuju dengan syarat tersebut yang agak misteri itu.

Tidak diketahui perbezaan hasil masakan isterinya sebelum dan selepas menghadiri kelas memasak tersebut. Harap-harap lebih sedap, atau sekurang-kurangnya boleh dimakan.

Tak Boleh Maki Kelab

Syarat ini dikenakan kepada Thiago Silva ketika menyertai Paris Saint Germain dari AC Milan. Tidak dapat dipastikan samada syarat ini juga dikemukakan oleh Chelsea ketika mendapatkan pemain pertahanan veteran ini.

Silva memang terkenal sebagai seorang yang cakap lepas dan akan mengutuk, mengkomen, meng’like’, meng’unlike’,mem’follow’, dan mengeji sesiapa sahaja sama ada dari pasukan sendiri atau lawan secara umum – baik di media sosial atau ketika ditemuramah wartawan.

Jadi, untuk mengelakkan ketidak amanan bilik persalinan berlaku, maka pengurusan PSG menegaskan Silva tidak boleh memberi komen buruk tentang kelab dan warganya secara umum.

Thiago Silva juga perlu berkelakuan baik sebaik umat. Jika Silva ingkar, dia akan didenda berat.

Rumah Lego

Penyerang Jerman, Giuseppe Reina telah meletakkan syarat kepada kelab yang baru disertainya, Arminia Bielefeld bahawa kelab mesti membinanya sebuah rumah dalam tempoh sepanjang tiga tahun kontraknya.

Kesilapannya Reina, tidak menyatakan jenis rumah. Satu kesilapan besar kerana membuat syarat yang tidak jelas.

Hasilnya, selepas tiga tahun, kelab telah membina sebuah rumah lego untuknya. Harap-harap rumah lego tersebut tidak dirembat orang.

Satu Billion Euro

Cristiano Ronaldo adalah pemain terbaik dunia ketika ini dan selepas memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada tahun 2013 Ronaldo telah menjaringkan 30 gol pada separuh musim.

Memandangkan Real Madrid amat sayang pemain ini, maka Madrid telah meletakkan harga penebusan kontrak yang bernilai €1 billion bagi pasukan yang mahu membelinya.

Pada hari ini, hanya kelab China yang mampu berbuat demikian. Astaga.

Namun atas dasar perniagaan yang berlandaskan akal fikiran maka Ronaldo dilepaskan Real Madrid ke Juventus dengan nilai 100 juta.

Satu harga yang tinggi buat pemain yang sudah memasuki fasa veteran, namun nilai komersial yang tidak membolehkan Ronaldo dijual.

Larangan Pergi ke Angkasa Lepas

Bintang Sweden, Stefan Schwarz telah menyertai Sunderland pada 1999, dan ketika itu, Schwarz telah mendaftarkan diri untuk satu kempen penerbangan komersial ke angkasa lepas.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, kelab telah meletakkan syarat bahawa Schwarz tidak boleh menyertai mana-mana ekspedisi ke angkasa lepas.

Nasib baik tiada syarat Schwarz tidak boleh ‘time travel’.

Menerima Lawatan Rakan-rakan

Neymar menyertai Barcelona pada 2013 dan kontroversi perpindahannya masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.

Walaubagaimanapun, itu tidak menghalang Neymar untuk meletakkan syarat supaya Barcelona menampung perbelanjaan sepenuhnya buat rakan-rakan Neymar untuk datang melawat pemain ini, dari Brazil, untuk setiap dua bulan.

Sebenarnya admin pun salah seorang daripada kawan Neymar tu.

Tiga Mata

Pada 1999, Eugen Hach telah dilantik menjadi pengurus Alemannia Aachen, dan syaratnya ialah Hach akan dipecat sekiranya kelab berada di bawah tiga mata dari zon penyingkiran, selepas hari kelapan liga bermula – dengan kata lain selepas minggu pertama.

Menariknya Hach bertahan selama dua tahun sebelum dipecat juga akhirnya.

Tidak Boleh Naik Kapal Terbang

Dennis Bergkamp mungkin dikenali sebagai pemain yang cukup kreatif dan berbisa buat Arsenal namun tidak ramai yang tahu bahawa sebenarnya dia ada satu masalah – takut untuk menaiki kapal terbang.

Maka sebelum menandatangani kontrak bersama The Gunners, Bergkamp telah meletakkan syarat bahawa dia tidak wajib untuk menyertai pasukan dalam perlawanan yang perlu menaiki penerbangan.

Bayangkan kalau Arsenal ada perlawanan di Russia, dan ketandusan pemain. Kiralah berapa jam pandu kereta dari London ke Moscow.

Katakan Tidak Kepada Perkauman!

Penjaga gol berbangsa Jerman, Georg Koch telah menyertai PSV Eindhoven pada 1997 dan dia hanya kekal di sana selama tiga bulan.

Selepas itu Koch kembali ke pangkal jalan di Jerman dan bermain untuk kelan Arminia Bielefeld dan meletakkan syarat bahawa dia boleh meniggalkan kelab pada bila-bila masa sahaja sekiranya dia menerima kutukan berbaur perkauman.

Tidak dapat dipastikan kenapa Koch menjadi mangsa perkauman sedangkan dia dilahirkan di Jerman Barat, dengan kata lain memang dia bangsa Jerman, muka pun boleh tahan kacaknya. Pelik betul.

Lembik Lutut

Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa sebenarnya bekas bakal pemenang Ballon D’Or, Radamel Falcao pernah bermain untuk Manchester United di era cemerlang Louis Van Gaal, secara pinjaman dari AS Monaco.

Hadirnya Falcao ke Old Trafford pun sebenarnya selepas berehat enam bulan akibat kecederaan lututnya.

Sebelum menandatangani Falcao, kem Syaitan Merah Durjana telah meletakkan syarat sekiranya lutut Falcao kembali lemau dan layu, United ada hak untuk menghantar semula ‘barang yang rosak’ tersebut.

Hiburan Malam

Ronaldinho sememangnya tak pernah tak ‘handsome’, sama ada di atas padang atau luar. Pada 2011, Ronaldinho kembali ke Brazil setelah lebih sedekad berkelana di eropah dan menyertai Flamengo dan telah meletakkan satu syarat khas kepada kelab.

Ronaldinho mahu kelab memberikan kebenaran kepadanya untuk berlibur sebanyak dua malam dalam masa seminggu, dan diterima dengan gembira oleh kelab tanpa rasa melekit.

Kalau dah legend.. Namun kesudahan tidak manis menanti jua akhirnya.

Ballon d’Or!

Lagi kisah mengenai Manchester United di era Louis Van Gaal dan kali ini melibatkan bekas pemain Real Madrid, Angel di Maria.

Di Maria menyertai United dengan rekod kelab ketika itu, £60 juta dan United perlu menambah lagi £5 juta sekiranya Di Maria berjaya memenangi Ballon d’Or, yang seperti kita tahu, Di Maria tidak tercalon.

He he he he he he he.

Bersopan Santun

Bila sebut Mario Balotelli pasti ramai lebih mengingati karenahnya yang boleh diklasifikasikan sebagai nakal.

Mana tidaknya, di Manchester City dia telah bermain mercun di dalam rumah, memandu kereta dengan laju sambil membawa sejumlah tunai yang banyak dan berpakaian seperti perempuan.

Tatkala Brendan Rodgers membelinya dari AC Milan, antara syarat kontraknya ialah berkelakuan baik dan tidak menimbulkan kontroversi dan kekecohan.

Jika pemain ini gagal mematuhi syarat berkenaan, dia akan dikenakan denda yang berat oleh kelab.

Anti-PSG

Paul Pogba menyertai Juventus dan menjadi salah seorang pemain tengah terbaik dunia. Itu cerita dulu lah. Dek kehebatan pemain ini, timbul ura-ura mengatakan bahawa PSG berminat untuk membawanya ke liga Perancis, Ligue 1.

Untuk menjauhkan godaan pasukan lain, Juventus telah membaharui kontrak Pogba dan meletakkan nilai £55juta kepada mana-mana pasukan yang berminat dan buat PSG – tambahan lagi £8 juta kepada nilai tersebut.

Akhirnya Pogba merealisasikan hasrat Juventus untuk menjauhkan diri dari PSG dan menyertai kelab lamanya, Manchester United dengan rekod perpindahan dunia.

Tidak dapat dipastikan sama ada kontrak barunya di United mewajibkannya menukar gaya rambut seminggu sekali.

Jet Peribadi

Ramai yang kurang faham tindakan Samuel Eto’o meninggalkan Inter Milan dan menyertai Anzhi Makhachkala, wilayah Russia yang bersempadan dengan Azerbaijan dan Georgia.

Jarak Makhachkala dari Moscow adalah lebih 1000km dan memandangkan Eto’o lebih gemar tinggal di kawasan bandar, dia memilih untuk tinggal di Moscow.

Pengangkutan untuk ke tempat latihan? Sebuah jet peribadi – disediakan kelab.

Kau hadooo?

2-1

Marcelo Bielsa menyertai Marseille dengan kontrak selama dua tahun pada 2014. Dua tahun adalah kontrak minimum yang dibenarkan kepada jurulatih oleh Badan Liga Bola Sepak Perancis kepada pasukan-pasukan yang bernaung di bawahnya.

Namun, mungkin kerana tidak yakin akan menyesuaikan diri dengan kota Marseille, Bielsa telah meminta agar kelab meletakkan syarat bahawa dia boleh dipecat selepas 12 bulan.

Hasilnya?

Bielsa dipecat dan menyertai Lazio.

Bijak!

Tidak Boleh Bermain!

Alex Oxlade-Chamberlain adalah antara barisan pemain muda Southampton yang dipancing kelab-kelab Liga Perdana. Mungkin peminat Arsenal menyedari bahawa Chamberlain jarang dapat bermain di Arsenal dan semua ini bersebab.

Dalam kontrak antara Arsenal dan Southampton, jika Chamberlain bermain lebih dari 20 minit untuk setiap perlawanan, maka Arsenal perlu membayar Southampton £10,000 untuk setiap perlawanan.

Pandai Southampton Bang Bang Boom Uncle Wenger.

​Tidak Boleh Gemuk

Mempunyai berat badan ideal dan cergas adalah ciri-ciri pemaini bola sepak di seluruh dunia, kecuali Malaysia.

Neil Ruddock menyertai Crystal Palace di penghujung kariernya dan tidak mempunyai berat badan yang baik, atau dalam bahasa mudahnya – dia gemuk.

Memandangkan kelab mendapatkannya menerusi perpindahan percuma, maka Crystal Palace mensyaratkan Ruddock perlu mengekalkan berat badan 99.8 kg dan kurang.

Ruddock akan didenda 10% gajinya setiap kali berat badannya melebihi nilai ini.

Hasilnya, Ruddock didenda lapan kali dalam tempoh enam bulan pertama, malah lebih memalukan lagi dia terlepas perlawanan ‘debut’ kerana tiada seluar pendek yang boleh muat pinggangnya.

Dasar gemuk macam Encik Bakri.

BACA:  Senarai Pembelian Terbaik Manchester United Selepas Era Alex Ferguson