Phil Foden Telah Dinamakan Sebagai Pemain Paling Bernilai Dalam Dunia Bola Sepak Ketika Ini

Pemain midfield Manchester City, Phil Foden ketika ini merupakan pemain paling bernilai dari kesemua pemain yang bersaing dalam lima liga utama Eropah.

Data dari CIES Football Observatory menunjukkan bahawa Foden ketika ini merupakan pemain paling bernilai dengan beliau dinilai lebih dari £150 juta.

Pemain midfield yang ketika ini berusia 21 tahun itu baru-baru ini telah dinamakan sebagai PFA Young Player of The Year.

Beliau setakat ini telah beraksi 56 kali untuk kelab dan negara sepanjang kempen 2020/21 dan turut menjaringkan 18 gol secara keseluruhannya.

Beliau juga telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengumumkan dibawah kendalian Pep Guardiola sepanjang musim ini.

Beliau menjadi watak penting dalam membantu kelab kesayangannya itu memenangi gelaran Premier League dan turut menjadi nadi City di kejohanan Eropah.

Beliau juga bakal memainkan peranan penting untuk skuad kendalian Gareth Southgate untuk aksi kejohanan Euro 2020 yang akan dilangsungkan beberapa hari sahaja lagi.

Bahkan, pemain midfield kelahiran Stockport itu turut dinilai lebih tinggi dari barisan pemain terhebat dunia yang lain mengikut nilainya ketika ini.

Untuk menentukan nilai seseorang pemain, pasukan penganalisis CIES akan mengambil kira beberapa kriteria penting sebelum menentukan nilai pemain tersebut.

Ia termasuklah umur, tahap pertandingan, keputusan, pencapaian, persembahan, pengalaman, tahap di peringkat antarabangsa, kontrak dan posisi.

Dengan kesemua kriteria tersebut, mereka menganggarkan nilai setiap pemain berdasarkan kepada kesemua kriteria yang ditetapkan.

Menurut laporan penuh CIES, Foden dinilaikan bernilai £164.4 juta dan diletakkan di kedudukan pertama di atas duo Manchester United, Mason Greenwood ( £153 juta) dan Marcus Rashford ( £137 juta).

Bruno Fernandes merupakan seorang lagi pemain Manchester United yang berada di kedudukan tertinggi dengan beliau dinilaikan bernilai £132 juta.

Sementara pemain Premier League terakhir yang berada dalam senarai 10 pemain paling bernilai ini adalah Mason Mount yang dinilaikan bernilai £106.1 juta.

Untuk pemain dari pasukan luar Premier League pula, penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland telah dinilaikan bernilai £134 juta.

Dan terdapat juga beberapa nama besar yang lain dalam senarai ini seperti, Frenkie de Jong ( £119 juta), Pedri ( £114 juta), Alphonso Davies (£113 juta) dan Joao Felix ( £110 juta).

Di luar senarai 10 pemain paling bernilai ini kebanyakkannya merupakan pemain dari saingan premier league dengan mereka mendominasi kedudukan 20 pemain paling bernilai.

Jadon Sancho berada di kedudukan ke-11 dengan beliau telah dinilaikan dengan nilai £103.3 juta, Sementara Ferran Torres, Kai Havertz, Trent Alexander Arnold, Timo Werner, Raheem Sterling dan Gabriel Jesus berada di kedudukan 20 pemain paling bernilai.

BACA:  44 Tahun Kisah Luar Biasa Seorang Pengurus Bola Sepak - Guy Roux