3 Cara Bagaimana Eriksen Bantu Man United Menjaringkan Gol

Manchester United akhirnya kembali meletakkan senyuman di wajah para penyokong dalam jendela perpindahan apabila mengumumkan pemain baru kedua mereka pada musim panas ini, Christian Eriksen.

Pemain Denmark yang berusia 30 tahun ini menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama United selepas kontraknya bersama Brentford tamat pada penghujung bulan Jun. Thomas Frank, pengurus Brentford, sebenarnya sangat berkehendakkan si Eriksen ni tetapi pemain dikatakan agak teruja dengan cabaran untuk kembali membawa United ke peta bola sepak dunia.

Selepas segala rundingan berjalan lancar, Eriksen kini kembali bermain di kelab yang mempunyai nama dan dikenali di seluruh dunia, 13 bulan selepas dia hampir bersara awal gara-gara masalah jantung ketika kempen Euro 2020.

Pada musim lalu, Christian Eriksen telah tampil dalam 11 perlawanan buat Brentford selepas menyertai kelab London tersebut pada bulan Januari. Mereka menang tujuh daripada 10 perlawanan yang menampilkan Eriksen diturunkan dalam kesebelasan utama sekaligus meletakkan pasukan lebah ini berada di tangga ke-13 pada penghujung musim.

Tiada siapa yang boleh menyangkal bahawa Eriksen adalah pemain utama di Brentford, tetapi bagaimana dia akan tampil di Old Trafford?

Sejarah Posisi Christian Eriksen

Ketika bermain di bawah Mouricio Pochettino di Tottenham Hotpur, Christian Eriksen banyak diturunkan di posisi pemain tengah serangan (central attacking midfielder) dalam formasi 4-2-3-1.

Tugasnya adalah untuk melakukan hantaran pemecah perpaduan umat pertahanan untuk mencari Harry Kane yang sangat tajam di depan gol.

Kekerapan sentuhan Eriksen bersama Spurs musim 2019-29. Gambar : Athletic

Bersama Inter MIlan, gaya permainan Eriksen semakin diasah apabila dia diletakkan di posisi pemain tengah sejati (central midfielder) – terutamanya dalam sistem tiga midfield di bawah sistem 3-5-2 kendalian Antonio Conte yang menyaksikan Inter menjulang Scudetto pada musim 2020-21.

Posisi Christian Eriksen di Inter Milan di bawah Antonio Conte. Gambar : Athletic

Peranan Eriksen semakin berkembang bersama Brentford di mana dia diletakkan di bahagian kiri padang dan mengutip bola di dalam kawasannya sendiri – lebih kerap berbanding peringkat awal kariernya. Ini membolehkannya untuk menentukan hala tuju permainan dari bawah dan melakukan hantaran diagonal ke seberang padang yang meregangkan pertahanan lawan.

Sentuhan Eriksen bersama Brentford. Gambar : Athletic

Eriksen melakukan debutnya bersama Brentford bila mana dia dimasukkan selaku pemain gantian ketika pasukan tersebut tewas kepada Newcastle 0-2 pada bulan February, dan demi mendapatkan potensi maksima pemain ini, Frank telah menukar formasi daripada 3-5-2 kepada 4-3-3.

Mendapat perlindungan daripada Christian Norgaard dan Vitaly Janelt, Eriksen diberikan kebebasan yang sangat tinggi untuk menentukan hala tuju dan juga memanipulasi perlawanan.

Tiada pemain Brentford yang merekodkan hantaran lebih tinggi berbanding Eriksen sepanjang 90 minit perlawanan – 73.6 kali. Dengan kata lain, setiap serangan dibuat mestilah melalui Eriksen.

Dia telah mencipta peluang sebanyak 30 kali – paling banyak dalam pasukan Brentford meskipun dia hanya bermain satu pertiga daripada jumlah keseluruhan perlawanan pasukan tersebut.

Eriksen di United

Daripada rekod-rekod di atas, agak mudah untuk mengagak di mana dia akan diturunkan di pasukan barunya nanti. Secara tarikhiyyah, Ten Hag lebih suka menggunakan formasi 4-2-3-1 di Ajax, dengan kehadiran watak pemusnah Edson Alvarez bersama pemain berseni Ryan Gravenberch dalam sistem double pivot.

Steven Berghuis pula memegang peranan selaku pemain tengah yang menjadi titik fokal untuk menjana serangan.

Daripada sistem yang diamalkan oleh Ten Hag di kelab juara Belanda itu, timbul persoalan – kan United dah ada pemain tengah nombor 10 iaitu Bruno Fernandes?

Menggandingkan Eriksen dengan Fernandes adalah satu cabaran yang menarik untuk disaksikan tetapi adakah pasukan ini akan mempunyai kekuatan yang cukup bagi mengelakkan barisan pertahanan terdedah dalam transisi menyerang kepada bertahan?

Kekuatan maksima kedua-dua pemain ini adalah dalam menjana serangan dan gaya permainan ini boleh dikatakan mempunyai kelebihan jika bermain menentang pasukan yang parkir bas dan bertahan di bawah.

Akan tetapi, kerap kali juga United dimakan di bahagian tengah padang ketika menentang pasukan Big 6, dan kelemahan gandingan Scott McTominay dan Fred dilihat begitu rapuh.

Di atas kertas, gandingan Eriksen dan Fernandes dilihat akan menjadi lebih bagus berbanding Fernandes dan Pogba. Pemain Perancis tersebut dilihat lebih kasual dan kerap memegang bola dengan begitu lama, manakala Eriksen pula dilihat lebih cekap menggerakkan bola dengan cepat untuk memastikan pasukannya mengekalkan tempo permainan yang tinggi.

Persoalan lain yang timbul adalah – bagaimana pula dengan Frenkie de Jong?

Pemain tengah Belanda ini menjadi sasaran utama United sepanjang jendela perpindahan ini dan dia bermain di posisi yang hampir sama dengan Eriksen iaitu di bahagian tengah kiri. Pemain terbuang, Donny van de Beek pula pasti yakin akan mendapat tempat selepas dua musim tidak diberi peluang untuk turun padang.

Selain menjadi arkitek perlawanan, Eriksen juga mempunyai kemahiran yang bagus dalam set-piece.

Pada musim lalu, United muncul antara pasukan yang paling tumpul dalam situasi ini manakala Brentford pula berada di tangga keenam dalam senarai pasukan yang merekodkan jaringan gol menerusi set-piece.

Man United memerlukan 36 kali set piece untuk mendapatkan satu gol, berbanding Brentford yang hanya perlukan 20 kali set piece. Gambar : The Athletic

Dengan kata lain, Brentford tampil lebih berbahaya dalam sepakan sudut dan percuma, lantas kehadiran Eriksen di Old Trafford, pasti akan menambah lagi sisi kreatif barisan tengah yang dlihat terlalu bergantung kepada Fernandes pada musim lalu sehinggakan kelebihan Cristiano Ronaldo sebagai mesin gol gagal digunakan dengan sepenuhnya.

Menarik untuk dinantikan oleh para penyokong United tentang kehadiran pemain tengah Denmark ini dan jika Ten Hag berjaya membawa masuk pemain tengah pemenang bola dan penyerang padu menggantikan Ronaldo, penyokong Man United sudah boleh menempah tiket bas ke Stadium Bukit Jali.

Bukit Jalil sek kitooo!!

Rujukan : The Athletic

BACA:  Lukaku Dedikasikan Gol Jaringannya Untuk Christian Eriksen