3 Pegawai Perlawanan Digantung Kerana Tak Berikan Wolves Penalti Selepas Onana Rempuh 2 Pemain Lawan

Ketua pengadil Simon Hooper, pengadil utama VAR, Michael Sailsbury dan penolong pengadil VAR Richard West semuanya telah digantung daripada tugasan perlawanan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini selepas gagal memberikan penalti kepada Wolves ketika insiden melibatkan Andre Onana.

United menang 1-0 menerusi jaringan separuh masa kedua Raphael Varane, tetapi mereka sepatutnya melepaskan sepakan penalti lewat selepas Andre Onana merempuh Sasa Kalajdzic dan Craig Dawson pada minit terakhir masa kecederaan.

Tayangan semula jelas menunjukkan bahawa Onana – yang membuat penampilan sulung dalam Liga Perdana Inggeris – gagal untuk menyentuh bola sepenuhnya, sebaliknya melakukan kontak ke atas dua pemain Wolves itu.

Hooper berdepan dengan protes daripada pemain dan jurulatih Wolves sementara menunggu emeriksaan VAR yang panjang oleh pegawai di Stockley Park.

Walaubagaimanapun,  bukannya Hooper memutuskan bahawa keputusan awalnya dikekalkan, tiada penalti. Hooper ke tepi padang bukannya untuk menyemak monitor VAR sebaliknya untuk melayangkan kad kuning kepada pengurus Wolves.

Pengadilan itu sangat mengecewakan pengurus Wolves, Gary O’Neil.

Bercakap sejurus selepas kekalahan itu, O’Neil mendedahkan bahawa Jon Moss, pengurus kepada pegawai perlawanan elit Liga Perdana Inggeris, telah mengakui bahawa pelawat sepatutnya diberikan sepakan penalti kerana insiden itu.

“Kami baru sahaja bercakap dengan Jon Moss dan fairplay kepadanya kerana tampil terus dan meminta maaf dan mengatakan ia adalah penalti yang terang-terangan dan sepatutnya diberikan,” katanya.

“Saya menghabiskan waktu petang bersamanya hari ini, meluangkan banyak hari dan persediaan untuk cuba memahami garis panduan baharu dan cuba untuk tidak membuat diri saya dilayangkan kad pada perlawanan pertama saya berdasarkan garis panduan baharu, namun saya gagal.”

“Fairplay kepada Jon kerana mengatakan ia adalah kesilapan yang jelas dan jelas dan dia sendiri tidak percaya bahawa pengadil di atas padang tidak memberikannya, dia juga seolah olah tidak percaya bahawa VAR tidak campur tangan. ”

“Ianya membuatkan saya rasa lebih teruk sebenarnya, kerana mengetahui bahawa saya sebenarnya betul untuk membantah keputusan pengadil.”

Dan berikutan keputusan hasil penilaian prestasi daripada PGMOL, ketiga-tiga pegawai telah diketepikan daripada senarai pegawai bertugas untuk perlawanan liga teratas minggu ini. Ini kali kedua dalam beberapa bulan Sailsbury telah digantung tugasan. Dia pernah digugurkan pada April berikutan kesilapan semasa kekalahan kontroversi Brighton kepada Tottenham.

Erik ten Hag pula bersetuju dengan keputusan pengadil bahawa itu bukan penalti. Ia bukan perkara yang menghairankan kerana pasukannya memperoleh kemenangan pada hari pembukaan dalam aksi yang sangat sukar untuk mereka peroleh  3 mata.

“Ini mengenai pengadil dan VAR. Saya rasa dua pemain dari Wolves, mereka datang bersama dan Andre tidak terlibat dalam perlanggaran mereka. Aksi daripada kedua-dua mereka, pertama adalah sentuhan pada bola, saya rasa daripada Dawson dan kemudian datang Andre.”

Bekas pengadil Liga Perdana, Dermot Gallagher menyelar keputusan itu dan menyatakan bahawa kesalahan itu sangat jelas, ia sepatutnya dibuat terus di atas padang oleh Hooper.

“Apabila anda melihat imej, saya rasa pengadil di atas padang harus membuat keputusan [tanpa perlukan bantuan VAR],” katanya kepada Sky Sports.

“Jika anda melihat di mana Simon Hooper berdiri dan sejauh mana Andre Onana datang, dia datang jauh dan Simon boleh melihatnya sepanjang insiden itu. Onana merempuh pemain itu dan ia hanya perlu diberikan penalti.”

“Saya fikir VAR sepatutnya menterbalikkan keputusasn pengadil di atas padang.”

BACA:  Premier League 2020/21: Wolverhampton Wanderers 2-1Chelsea