Bintang Sporting Pilih Liverpool Dan Paksa Kelab Tolak Tawaran Dasyat Dari Wolves

Wolves telah menghantar bidaan rasmi untuk mendapatkan pemain midfield Sporting, Matheus Nunes pada awal minggu baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, pemain kebangsaan Portugal itu menolak tawaran tersebut kerana beliau masih menunggu tawaran dari Liverpool yang dikatakan turut berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Menurut sumber laporan dari Correio de Manha, Wolves sebenarnya telah menghantar bidaan yang sungguh luar biasa lumayan untuk mendapatkan khidmat pemain midfield itu.

Bahkan tawaran tersebut sebenarnya sangat sukar untuk ditolak oleh kelab dari Portugal itu kerana ia dianggap sebagai tawaran yang sungguh dasyat.

Namun begitu, walaupun kedua-dua Wolves dan Sporting sudah menyatakan persetujuan masing-masing untuk menamatkan rundingan tersebut, namun Nunes sendiri dilaporkan menolak untuk berpindah ke Molineux pada musim panas ini.

Sebaliknya, pemain berusia 23 tahun yang mempunyai klausa perlepasan bernilai £50.4 juta dalam kontraknya itu, sebenarnya lebih memilih untuk bekerjasama dengan Jurgen Klopp berbanding menyertai Wolves.

Wolves jelas sekali memiliki sejarah yang sangat baik ketika bercakap tentang cara bagaimana mereka kembangkan bakat-bakat pemain dari Portugal.

Hubungan baik antara pimpinan kelab dan super agent, Jorge Mendes menyebabkan ramai bakat-bakat hebat dari Portugal yang mula memperkenalkan diri masing-masing bersama Wolverhampton.

Walau bagaimanapun, Nunes menolak untuk mengikuti jejak langkah pemain seperti Pedro Neto, Ruben Neves, Moutinho dan bintang Liverpool sekarang, Diogo Jota yang mula menaikkan nama mereka bersama Wolves.

Pilihan yang beliau buat jelas sekali menunjukkan yang Nunes sebenarnya mencari jalan singkat untuk menaikkan kariernya dengan menyertai kelab gergasi dalam saingan Premier League.

Manchester City sendiri turut dikaitkan dengan pemain midfield tersebut dengan mereka pada ketika ini dikatakan sedang memantau perkembangan bintang Portugal itu.

Liverpool sementara itu sebenarnya antara kelab yang paling berminat untuk mendapatkan khidmat pemain midfield itu.

Nunes jelas sekali bakal membantu memantapkan lagi barisan midfield Liverpool yang pada ketika ini sedikit bermasalah terutama dari segi kualiti teknikal.

Thiago merupakan satu-satunya pemain yang kerap bermain di posisi deep playmaker dalam sistem kendalian Jurgen Klopp di Anfield.

Fabinho sementara itu lebih ke arah defensive midfielder, sementara Jordan Henderson pula lebih kerap dimainkan pada peranan box-to-box.

Seandainya Jurgen Klopp berjaya mendapatkan khidmat Nunes, ia jelas sekali bakal memberi kelegaan kepada skuad Liverpool seandainya Thiago Alcantara tidak dapat diturunkan pada musim baharu nanti.

Walaupun beliau baru sahaja lagi bersama Liverpool, namun harus diingat yang Thiago Alcantara pada ketika ini sudah berusia 31 tahun.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang era kegemilangan beliau tidak mungkin akan bertahan lebih lama lagi, dan Liverpool sememangnya perlu segera mencari back up.

Liverpool sendiri sememangnya berhasrat mahu mencari pemain pengganti, namun sepertinya mereka masih menunggu masa yang sesuai untuk melakukan hal tersebut.

Walau bagaimanapun, ramai sebenarnya penyokong Liverpool yang berharap agar pihak kelab segera mendapatkan pemain midfield yang baru sebelum jendela perpindahan musim panas ini ditutup.

Hal ini kerana ramai yang percaya pemain baru itu akan mampu untuk menjadi back up kepada Thiago dan yang terpenting sekali beliau boleh belajar sesuatu dari pemain veteran itu.

Posisi midfield Liverpool pada ketika ini tidak dinafikan lagi sememangnya sedang bermasalah dan tak ramai yang berani meletakkan kepercayaan kepada mereka menjelang bermulanya musim baharu ini.

Pembelian Nunes jelas sekali akan sangat membantu Liverpool untuk menyelesaikan masalah tersebut dan secara tak langsung membantu mereka untuk mendapatkan keyakinan menghadapi musim baharu ini.

Seandainya Jurgen Klopp memiliki pandangan yang sama, Nunes jelas sekali bakal ke Anfield pada musim panas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jamie Carragher Percaya Mohamed Salah Tidak Dihargai Oleh Peminat Liverpool