Premier League 2022/23: Wolves 0-1 Manchester United

Manchester United memanjat ke tangga keempat Premier League dan kini mampu menjengah ke tangga ketiga dengan perbezaan dua mata selepas Newcastle United yang bermain lebih satu perlawanan sekadar seri tanpa jaringan.

Setan Merah juga kini empat mata di belakang pasukan jiran, Manchester City yang seri 1-1 ketika menentang Everton dan 11 mata dibelakang pendahulu Arsenal.

Marcus Rashford meneruskan rentak tajamnya selepas Piala Dunia apabila telah menghantar Manchester United ke top 4 melalui jaringan tunggalnya ketika menewaskan Wolverhampton Wanderers.

Tiga mata berharga ini melonjakkan Manchester United ke tangga keempat dengan dua mata di depan Tottenham Hotspur dan empat mata mengatasi Liverpool dan hanya satu mata dibelakang Newcastle United.

Harry Maguire berada dalam senarai bangku simpanan lagi di mana Luke Shaw terus bergandingan dengn Raphael Varane sebagai pertahanan tengah.

Kecederaan Diogo Dalot telah memberi peluang kepada Aaron Wan Bissaka yang diramalkan akan pergi untuk bermula dari kesebelasan utama sekali lagi.

Marcus Rashford telah digugurkan dalam senarai kesebelasan utama menentang Wolves kerana telah melanggar peraturan dalaman kelab namun masih berada dalam senarai pasukan.

Erik Ten Hag enggan mengulas lanjut dan hanya menyebut itulah peraturan kelab.

Awal babak kedua Marcus Rashford masuk menggantikan Alejandro Garnacho yang agak huru-hara permainannya dan Rashford nyata memberikan impak sebagaimana dimahukan Erik Ten Hag.

Pada minit ke-76, selepas menerima hantaran Bruno Fernandes, Marcus Rashford telah melakukan aksi solo menggelecek pemain Wolves sebelum menewaskan Jose Sa dari jarak dekat.

Marcus Rashford kini telah menjaringkan lima gol kemenangan perlawanan apabila masuk sebagai pemain gantian, menyertai gol terbanyak dari bench dalam sejarah Liga Perdana.

Lapan minit berselang Marcus Rashford menggandakan kedudukan dan terus membunuh perlawanan dengan satu gol yang tertampan ke dalam gawang dari tepisan Jose Sa.

Video Assistant Referee (VAR) meniliti gol itu sebelum disahkan lalu mendapati bola terkena tangan Rashford dan masuk lalu gol itu segera dibatalkan.

Wolverhampton Wanderers tidak mahu mengalah dan berterusan mengasak sukurang-kurangnya dapat gol penyamaan bagi tidak menghampakan penyokong sendiri.

David De Gea menafikan perkongsian mata dari Wolves apabila menafikan percubaan bahaya Raul Jimenez di minit akhir perlawanan dengan penyelamatan adiwira.

Selepas perlawanan Marcus Rashford telah mendedahkan kenapa dia digugurkan dari kesebelasan utama dan terpaksa menghadapi tindakan disiplin walaupun Erik Ten Hag terus menolak untuk memberi penjelasan.

β€œSaya lewat sedikit. Saya tidur, saya terlebih tidur,” katanya kepada BT Sport.

β€œIa adalah peraturan pasukan dan kesilapan boleh berlaku. [Saya] Kecewa tidak bermain tetapi saya faham keputusan itu. Saya gembira kami berjaya memenangi perlawanan itu. Saya fikir kami boleh membuat garisan di bawahnya dan lupakannya.”

Kemenangan penting diraih Manchester United bagi mencari tempat ke Champions League musim hadapan dan Marcus Rashford telah menebus kesilapannya itu.

Kesebelasan utama: Wolves (4-3-3) : Jose Sa; Semedo, Collins, Kilman, Bueno; Nunes, Neves, Moutinho; Hwang, Costa, Podence.

Pemain Simpanan: Sarkic, Ait-Nouri, Jonny, Toti, B Traore, Hodge, Jimenez, Guedes, A Traore.

Kesebelasan utama Man Utd (4-1-2-3) : David de Gea; Aaron Wan-Bissaka, Raphael Varane, Luke Shaw, Tyrell Malacia; Casemiro; Bruno Fernandes, Cristian Eriksen; Antony, Anthony Martial, Alejandro Garnacho.

Pemain Simpanan: Tom Heaton, Victor Lindelof, Harry Maguire, Williams, Fred, Donny Van de Beek, Mainoo, Marcus Rashford, Elanga.

Pengadil Perlawanan: Robert Jones.

BACA:Β  Premier League 2024/25:Joshua Zirkzee Wira Kemenangan United