Premier League 2022/23: Liverpool 2-0 Wolves

Liverpool seakan kembali ke jalan yang benar selepas beberapa pemain utama dan tonggak mereka kembali dari kecederaan apabila dilihat semakin konsisten mengutip mata.

Sejak kembali Virgil Van Dijk, Diogo Jota dan Kostas Tsimikas lebih tidaklah menjadi pasukan yang hebat tetapi bukan lagi menjadi menu rahmah dan pasukan belasahan di Premier League.

Wolverhampton Wanderers sejak awal tahun menjadi duri dalam daging buat Liverpool apabila sering mengecewakan Jurgen Klopp dan anak buahnya.

Separuh masa pertama yang agak membosankan dengan Wolves seperti tidak langsung memberi cabaran menyaksikan berakhir tanpa jaringan. Selepas lebih 70 minit barulah gol yang sah hadir.

Darwin Nunez menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-66 dengan rembatan jarak dekat namun Video Assistant Referee (VAR) membatalkan jaringan itu selepas Diogo Jota mengasari pemain Wolves lebih awal.

Pada minit ke-73 tandukan dengan bahu Virgil Van Dijk berjaya ditepis Jose Sa malangnya sampai kepada Diogo Jota untuk melambungkan kembali untuk ditanduk Van Dijk ke dalam gawang.

Empat minit kemudian larian deras Kostas Tsimikas dari kiri memotong masuk ke kotak Wolves sebelum mengumpan kepada Mohamed Salah yang disudahkan dengan tolakan menggunakan lutut.

Mohamed Salah mengekalkan rekodnya menjaringkan sekurang-kurangnya 20 gol semusim setiap tahun di Liverpool kerana golnya membantu memastikan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang membawa mereka lebih dekat ke empat teratas Liga Perdana.

Pemain antarabangsa Mesir itu membalas hantaran lintang Kostas Tsimikas pada minit ke-77 untuk menggandakan kelebihan yang diberikan kepada mereka menerusi tandukan jarak dekat Virgil van Dijk beberapa saat sebelum itu untuk gol liga ke-127nya untuk kelab itu.

Ia meletakkan dia satu di belakang Robbie Fowler, yang berada di tempat keenam dalam senarai penjaring liga sepanjang masa The Reds.

Liverpool kini hanya 6 mata dari top 4 di belakang Tottenham Hotspur dan mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan dan mampu mengurangkan kepada 3 mata.

Kesebelasan Utama Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Konate, Van Dijk, Tsimikas, Fabinho, Bajcetic, Elliott, Salah, Nunez, Jota.

Pemain Simpanan: Kelleher, Milner, Firmino, Henderson, Oxlade-Chamberlain, Gakpo, Robertson, Carvalho, Matip.

Kesebelasan Utama Wolverhampton Wanderers: Sa, Semedo, Dawson, Kilman, Bueno, Lemina, Neves, Nunes, Moutinho, Jimenez, Sarabia.

Pemain Simpanan: Bentley, Ait-Nouri, Collins, Neto, Podence, Jonny, Costa, Gomes, Traore.

BACA:  Liverpool Diundi Sebagai Pasukan Paling Dibenci Di England