5 Sebab Kenapa Indonesia Yakin Tendang Malaysia Keluar Dari Piala AFF

Media Indonesia telah menggariskan lima sebab kenapa mereka teramat yakin Timnas Indonesia mampu menendang keluar Malaysia dari saingan Piala AFF Suzuki 2020 dan mara ke separuh akhir.

Pertembungan paling panas di Asia Tenggara tidak lain tidak bukan pastilah perlawanan Indonesia menentang Malaysia tidak kira dalam apa jua sukan dan terpaling panas adalah bola sepak.

Jika tidak panas masakan penyokong dan pemain Malaysia terpaksa menaiki Barracuda selepas dikepung penyokong Indonesia apabila beraksi ditempat mereka, bukan sekali terjadi perkara tidak diinginkan ini.

Tahun ini situasinya berubah bukan untuk bola sepak malahan untuk sukan yang lain. Namun kehangatan di media sosial tidak pernah padam.

Lantaran itu media Indonesia yakin bahawa Sang Garuda mampu menumbangkan Harimau Malaya dengan menggariskan lima faktor utama:

1. Shin Tae-Yong Mahir Dengan Pelbagai Taktikal

Jurulatih dari Korea Selatan, Shin Tae-Yong menjadikan pasukan kebangsaan Indonesia bukan sahaja lebih hebat, tetapi juga mempunyai corak permainan yang jelas.

Evan Dimas dan rakan sekerja kini boleh bermain 90 minit dengan intensiti yang hampir sama. Shin Tae-Yong jelas apa yang beliau mahukan dari perlawanan samada untuk menang atau seri.

Sementara itu, daripada tiga perlawanan yang telah berlangsung dalam Piala AFF, Shin Tae-yong sentiasa menggunakan taktikal dan memainkan komposisi pemain yang berbeza.

Ini menjadikan cara bermain Indonesia sukar dibaca oleh lawan. Perlawanan menentang Vietnam, jelas Shin Tae-yong mahukan keputusan seri dengan permainan parking bas berlapis-lapis.

Kepelbagaian taktik Shin Tae-yong akan menjadi faktor penentu bagi Skuad Garuda. Macam kepelbagaian bio la.

2. Kekuatan Mental

Indonesia dan Malaysia mencapai keputusan yang berbeza apabila bertemu Vietnam. Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam, manakala pasukan kebangsaan Indonesia bermain seri tanpa jaringan.

Keputusan seri itu dirasakan bagaikan kemenangan buat pasukan kebangsaan Indonesia. Kerana pada Jun lalu, Indonesia kalah 0-4 kepada Vietnam. Kini, Indonesia berada dalam keadaan mental yang sangat baik.

“Ia boleh dilihat daripada pemain, langkah demi langkah, keadaan bertambah baik, keyakinan meningkat. Saya percaya saya boleh mendapat keputusan yang baik menentang Malaysia,” kata Shin Tae-yong.”

Permainan penuh berdisiplin dan bertahan secara ultra sepanjang 90 minit nyata bukan sahaja memerlukan kekuatan stamina yang padu malah kepaduan kekuatan mental.

4. Elkan Baggott

Prestasi pertahanan Indonesia sangat mantap menentang Vietnam. Walaupun tanpa kehadiran Baggott yang telah diarahkan menjalani pengasingan oleh pihak berkuasa Singapura.

Elkan Baggot merupakan ayam tambatan Indonesia di barisan pertahanan. Pemain tersebut beraksi untuk Ipswich Town di Liga Inggeris dan mempunyai kemampuan yang lebih berbanding pemain yang ada di Piala AFF Suzuki.

Walaupun baru berusia 19 tahun, Elkan Baggott berada pada tahap yang berbeza dan terbaik ketika ini dan membuktikan kualitinya yang beraksi di Eropah.

Elkan Baggott boleh meningkatkan tahap permainan untuk pasukan kebangsaan Indonesia dan itu telah terbukti. Seperti Dion Cools di pasukan Malaysia, Baggott akan menjadi aspek penting untuk Indonesia.

Dilahirkan di Bangkok, Baggott telah dibesarkan di England dan layak untuk bermain bersama Sang Garuda menerusi ibunya.

Baru berusia 19 tahun, dia telah mewakili Indonesia bersama pasukan peringkat umur bawah-19 pada tahun lalu ketika menentang Macedonia Utara.

Bersama Ipswich, Baggott telah hanya sempat bermain sekali sahaja bersama skuad utama dalam perlawanan EFL Trophy, sebelum dipinjamkan ke kelab divisyen lima, King’s Lynn.

5. Semua Pemain Mampu Jaring Gol

Kelebihan Indonesia di Piala AFF Suzuki adalah mempunyai barisan pemain yang bukan sahaja boleh beraksi dengan pelbagai corak permainan malahan ramai pemain Indonesia mempunyai penyudah yang bagus dan hampir semua pemain mampu menjaringkan gol.

Prestasi penyerang Indonesia dianggap media Indonesia lebih baik sedikit berbanding Malaysia. Kerana ada pemain lincah bernama Ezra Walian yang menjaringkan kini hanya menjaringkan satu gol. Ezra memang handal, walaupun bukan penjaring utama gol Indonesia.

Pada Piala AFF 2020, Indonesia telah menjaringkan sembilan gol dan gol itu telah dijaringkan tujuh pemain berbeza. Indonesia boleh menjaringkan gol dari sesiapa sahaja dan dari apa jua keadaan.

Sepakan sudut Indonesia sangat berbahaya dengan Evan Dimas dan Pratama Arhan sebagai pelaksana. Pasukan kebangsaan Indonesia juga boleh menjaringkan gol daripada permainan terbuka, sama ada melalui serangan balas, hantaran silang, atau kemahiran individu.

6. Prestasi Malaysia Meragukan

Pasukan kebangsaan Malaysia berada dalam keadaan yang belum ideal. Dion Cools dan Akhyar Rashid sudah boleh bermain, namun masih ada pemain yang tidak hadir dalam perlawanan menentang Indonesia.

Gandingan utama pertahanan tengah, Aidil Zafuan dan Shahrul Saad pastinya tidak dapat beraksi. Dominic Tan mungkin dipaksa menjadi bek tengah sekali lagi.

Tambahan pula, prestasi barisan hadapan pasukan kebangsaan Malaysia tidak begitu memberangsangkan. Dua penyerang utama, Guilherme de Paula dan Luqman Hakim Shamsudin masih jauh dari memuaskan.

Kedua-duanya masih belum menjaringkan gol setakat ini.

BACA:  KETUM PSSI Kecewa Dengan Keputusan Aneh Singapura dan Laman AFF Suzuki Cup Diserang