Suku Akhir UCL: Atletico Ke Manchester Sekali Lagi, Liverpool Jumpa Benfica

UEFA telah melakukan peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah di ibu pejabatnya, Nyon, Switzerland, semalam. Hasil undian, juara bertahan Chelsea akan menentang juara paling banyak dalam sejarah UCL iaitu Real Madrid.

Kejohanan Liga Juara Juara Eropah merupakan kejuaraan yang paling beprestij di eropah. Ianya sangat besar maknanya. Maka setiap tahu berebut rebut pasukan yang mahu merebut slot mara ke UCL.

Oleh sebab itu, gagal beraksi di UCL dianggap satu aib untuk mana mana pasukan berstatus pasukan elit di eropah.

Champions League Anthem lyrics

Ce sont les meilleures équipes
Es sind die allerbesten Mannschaften
The main event

Die Meister
Die Besten
Les grandes équipes
The champions

Une grande réunion
Eine grosse sportliche Veranstaltung
The main event

Die Meister
Die Besten
Les grandes équipes
The champions

Ils sont les meilleurs
Sie sind die Besten
These are the champions

Chelsea masih mempertahankan kejuaraan

Walaupun dilanda pelbagai masalah, Chelsea tetap berjaya mara ke pusingan suku akhir. Lawan mereka pastinya bukan lawan yang mudah. Real Madrid ada 13 kejuaraan UCL.

Dalam aksi 16 akhir sebelum ini, Real Madrid menewaskan Paris St Germain yang sarat dengan bintang handalan.

Real Madrid dianggap sebagai pakar UCL kerana mereka memiliki reputasi yang sangat baik dalam kejuaraan ini.

Musim lalu Chelsea memenangi UCL selepas menewaskan Manchester City. Ini juga akan menjadi perlawanan yang menyakiskan Eden Hazard dan Thibaut Courtois akan berdepan kelab lama mereka.

Liverpool berdepan Benfica

Seterusnya juara 6 kali, Liverpool akan bertemu dengan Benfica. Skuad bimbingan Jurgen Klopp sedang dalam prestasi terbaik mereka dengan 9 kemenangan berturut turut dalam saingan liga.

Benfica pasti akan memberikan tentangan sengit buat Liverpool yang sebelum ini menyingkirkan Inter Milan daripada saingan.

Liverpool antara pasukan yang dianggap sangat berpotensi menjuarai UCL walaupun mereka tanpa pertahanan score if you can.

Adakah Liverpool akan menjuarai UCL ketujuh dalam sejarah kelab mereka?

Atletico berkunjung ke Manchester sekali lagi

Sebuah lagi kelab Inggeris yang berpangkalan di Manchester, iaitu Manchester United, ehh tersasul, Manchester City akan berdepan dengan Atletico Madrid.

Atletico Madrid nampaknya perlu berkunjung ke Manchester sekali lagi. Sebelum ini mereka berdepan dengan bekas bakal juara UCL musim ini, Manchester United.

Diharap Diego Simoene tidak dibaling botol sekali lagi dalam kunjungannya ke bandar Manchester yang sarat dengan sejarah.

Mana tidaknya, Bruno Fernandes antara yang menyatakan keyakinan bahawa Manchester United akan menjadi juara Piala UCL dan Piala FA pada baki saingan.

Malang buat United apabila Atletico Madrid menyingkirkan mereka.

Ianya pertemuan di antara Guardiola dan Simeone sebagai pengurus. Kedua dua pengurus tersebut memiliki gaya permainan yang berbeza sama sekali.

Bayern jumpa Villarreal

Satu lagi perlawanan adalah melibatkan Villarreal yang akan bertemu dengan Bayern Munich. Bayern jelas sekali menjadi pasukan pilihan dalam perlawanan ini.

Bayern masih lagi pasukan yang digeruni di eropah. Kehadiran Julian Nagelsmann benar benar membuatkan Bayern terus menuai hasil di atas padang. Di mana Bayern antara pasukan yang mencatatkan gol yang banyak musim ini.

Jadi berikut adalah jadual penuh aksi suku akhir Liga Juara Juara Eropah 2021/22. Dengan laluan separuh akhir sudah ditentukan.

Jadi pada pandangan anda semua, pasukan mana yang akan menjadi juara Eropah musim ini? Adakah Chelsea akan mempertahankan kejuaraan mereka.

Kongsikan pandangan anda dengan kami.

BACA:  Manchester City Kini Jadi Kelab Inggeris Keenam Pernah Julang UCL