UCL 2023/24: Bayern 1 Arsenal 0 (agg 3-2)

Arsenal meneruskan aib mereka dalam pertandingan Eropah utama iaitu UCL. Skuad Mikel Arteta yang dianggap sebagai pilihan untuk menang pusingan ini, ternyata masih tidak dapat menamatkan badi di UCL dan juga badi menentang Bayern Munich.

Arsenal sebelum ini berjaya mengikat Bayern di Emirates menerusi jaringan ajaib pemain gantian, Trossard.

Mereka turun ke Emirates selepas dikalahkan Aston Villa minggu lalu, yang menyaksikan mereka melepaskan peluang untuk berada di puncak liga sekali lagi pada masa itu.

Di Allianz Arena, skuad bimbingan sang genius taktikal, Mikel Arteta disingkirkan oleh skuad bimbingan Thomas Tuchel. Pengurus buangan Chelsea dan juga akan dibuang Bayern pada akhir musim ini.

Jaringan tunggal Joshua Kimmich pada separuh masa kedua sudah cukup untuk juara UCL enam kali itu meneruskan kemaraan dan menamatkan cabaran Arsenal di peringkat suku akhir.

Selepas tamat perlawanan Arteta menyatakan dia dan skuadnya sangat kecewa kerana gagal mara ke separuh akhir. Ini kerana mereka sebelum ini mengambil masa tujuh tahun lamanya untuk kembali semula ke UCL. Dan terpaksa menelan kekalahan yang perit di Jerman.

Arteta berkata: “Pada ketika ini, keadaan di bilik persalinan, semua orang masih tergamam. Saya hilang kata kata, dan saya mengucapkan selamat maju jaya buat Bayern.

“Kami dah cuba melawan pasukan yang lebih berpengalaman. Dalam dua perlawanan ini, jurang kualiti antara kami adalah sikit sahaja. Dalam momen ini, kami lebih baik. Tetapi kami melepaskan 2 gol sebelum ini. Ianya adalah kelebihan yang sangat besar yang kami lepaskan.

“Kami membuat kesilapan di dalam kotak penalti, kesilapan yang sangat besar. Dan kami melepaskan bolos pada hari ini.

“Inilah masa untuk kita berada di sebelah pemain untuk menyokong mereka. Kerana mereka adalah orang yang membawa kita sejauh ini dalam perjalanan kali ini.

*Kelab ini tanpa aksi UCL selama tujuh tahun lamanya. Kami mahu bermain di musim pertama UCL kami di separuh akhir atau final. Dan kami pun sangat sangat mahukannya.

“Namun di sinilah kamu boleh tengok bahawa ada kelab mengambil masa enam atau tujuh tahun untuk berada di pentas itu. Kami sangat hampir sampai ke sana. Namun itulah realitinya.

“Kami ada enam perlawanan lagi dan enam mata di belakang Manchester City. Ianya jadual yang sukar untuk semua orang.

“Dan esok kami akan bangun dengan sikap yang sama yang kami bawa ke sini dan berharap dapat menewaskan Wolves.”

BACA:  Bas Bermasalah Tak Menghalang Manchester United Catat Seri Bermaruah Demi Najib Razak