9 Kelab Tarik Diri Dari Super League Telah Dijatuhkan Hukuman

Sembilan pasukan pengasas European Super League termasuklah pasukan ‘big six’ Premier League yang telah menarik diri dari liga haram itu telah dijatuhkan hukuman oleh UEFA.

Walaupun sudah menarik diri sembilan pasukan ini tidak terlepas dari hukuman dan agak ringan hukuman ini kerana hanya melibatakan denda wang ringgit sahaja.

Mereka bersembilan – Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Tottenham Hotspur di sususli AC Milan, Inter Milan dan Atletico Madrid telah berikrar sumpah setia bersama UEFA dan kejohanan kelolaan mereka.

AC Milan yang berbeblah bahagi akhirnya menarik diri. Real Madrid, Barcelona dan Juventus masih berkeras dan bakal berdepan hukuman yang setimpal dan masih lagi dalam proses siasatan disiplin UEFA.

Real Madrid, Barcelona dan Juventus mungkin berdepan hukuman pergantungan dari kejohana UEFA seperti Champions League dan Europa League selama dua tahun.

Kesemua 9 daripada 12 pasukan itu telah kembali bersatu bersama UEFA selepas mengemukakan Club Commitment Declaration atau Deklarasi Komitmen Kelab serta mengakui bahawa mereka telah melakukan kesalahan untuk menyertai Super League.

Di bawah deklarasi atau aku janji ini 9 kelab tersebut telah bersetuju untuk berkongsi dan menderma sebanyak £13.4 juta kepada pembangunan sepak kanak-kanak, belia dan akar umbi. Berapa je satu kelab kena bayar.

Pemotongan sebanyak 5 peratus dari pendapatan yang akan diterima dari pertandingan kelab UEFA selama semusim. Kalau tak layak main Eropah kena potong ke tak?

Dalam deklarasi itu juga telah dimasukkan denda €100 juta jika mereka menyertai liga haram di masa akan datang dan dengan €50 juta jika melanggar deklarasi komitmen lain yang telah dipersetujui.

Kalau sertai semula Super League akan dapat duit penyertaaan €300-400 juta, lepas bayar denda ada lagi baki €200-300 juta.

Inilah intipati deklarasi yang telah dipersetujui oleh setiap kelab yang curang:

1. Tanpa ragu mengakui dan menerima hakikat terikat dengan Statut UEFA.

2. Tetap komited dan akan mengambil bahagian dalam mana-mana Pertandingan Kelab UEFA setiap musim di mana kelab tersebut layak berdasarkan prestasi sukan.

3. Akan bergabung semula dengan European Club Association (ECA) yang merupakan satu-satunya badan perwakilan untuk kelab yang diiktiraf oleh UEFA

4. Akan mengambil semua langkah semampu mungkin dengan tujuan untuk menghentikan penglibatan mereka dalam syarikat yang ditubuhkan untuk membentuk dan mengendalikan Liga Super dan menghentikan sebarang tindakan yang berkaitan undang-undang.

5. Sebagai tanda muhibah dan bersama-sama dengan kelab-kelab lain, akan memberikan sumbangan berjumlah €15 juta yang akan digunakan untuk kepentingan bola sepak kanak-kanak, belia dan akar umbi di komuniti tempatan di seluruh Eropah, termasuk UK

6. Akan dikenakan pemotongan 5% dari pendapatan yang akan mereka terima dari pertandingan kelab UEFA selama satu musim, yang akan diagihkan semula.

7. Bersetuju untuk dikenakan denda besar sekiranya mereka ingin bermain dalam pertandingan yang tidak dibenarkan (€100 juta) atau jika mereka melanggar komitmen lain yang telah mereka buat dalam Pernyataan Komitmen Kelab (€50 juta)

8. Akan memberikan komitmen individu kepada UEFA di mana semua prinsip dan nilai yang dinyatakan dalam Memorandum Persefahaman 2019 yang diterima antara UEFA dan Persatuan Kelab Eropah.

Pengerusi bersama Manchester United Joel Glazer akan membayar sebahagian daripada sumbangan muhibah atau kebajikan dan menanggung pemotong 5 peratus serta tidak akan menggunakan dana kelab.

Pemilik Arsenal, Kroenke Sports and Entertainment, berkomitmen untuk memenuhi semua kos yang ditanggung kerana menyertai ESL.

Dany Levy, pemilik Tottenham Hotspurs menytakan: “Setiap denda akan menjadi tanggungjawab pemiliknya.”

Hukuman denda yang dikenakan kepada kelab pengkhianat ini boleh dikatakan sangat rendah dan tidak mendatangkan kesan kepada kelab.

Kelab Super League Bakal Diharamkan Sertai Champions League

Kelab yang masih lagi mahu menyertai liga haram, European Super League bakal berdepan kemungkinan diharamkan daripada menyertai UEFA Champions League selama dua tahun.

Pasukan yang masih berdegil Real Madrid, Barcelona, Juventus dan AC Milan bakal berdepan hukuman jika mereka berterusan masih mahu meneruskan pembentukan liga haram itu.

Pembentukan European Super League hancur berkecai selepas dua hari diumumkan secara rasmi tentang kewujudan mereka seperti dibadai ribut.

Daripada 12 pasukan kini hanya tinggal empat pasukan selepas Chelsea, Manchester City, Arsenal, Manchester United, Liverpool, Tottenham Hotspur, Inter Milan dan Atletico Madrid menarik diri.

AC Milan pada awalnya mahu menarik diri namun rupa-rupanya masih setia bersama idea ini.

Pasukan yang masih mahu meneruskan idea akan menghadapai masalah besar kerana UEFA seperti yang dilaporkan oleh ESPN mahu mengenakan hukuman yang berat.

Hukuman berat dan semaksima mungkin yang menanti adalah pengharaman dari kejohanan UEFA termasuklah Champions League dan kelab yang menarik diri mungkin terlepas dari hukuman.

Kelab yang masih setia dengan liga haram ini kemungkinan akan disabitkan dengan kesalahan melanggar artikel 51 UEFA yang menyebut:

“Tidak ada gabungan atau pakatan antara kelab yang berafiliasi, secara langsung atau tidak langsung, dengan Persatuan Ahli UEFA yang lain yang mungkin dibentuk tanpa kebenaran UEFA.”

Badan pemantau bola sepak Eropah sedang menjalankan kerja secara perlahan dan tenang bagi memastikan idea ini berakhir dan terdapat khabar angin pasukan yang menarik diri masih lagi berminat untuk menyertai.

Setakat ini 7 kelab telah bersetuju secara rasmi untuk menarik diri, 2 masih goyang dan ragu-ragu. Jika 9 pasukan rasmi keluar maka tamatlah riwayat kesan degil.

Lantaran itulah kenapa Andrea Agnelli dan Florentino Perez masih lagi menolak untuk menamatkan liga haram ini secara rasmi kerana mereka mahu memujuk kembali beberapa Founding Club.

Apakah Itu European Super League?

Menatang apakah itu European Super League yang tiba-tiba meletup lalu menjadi sebutan dan bualan dunia bola sepak yang dilaporkan akan diumumkan secara rasmi penubuhannya dalam masa terdekat ini?

European Super League boleh dikatakan liga baru yang akan ditubuhkan bagi menyaingi UEFA Champions League yang kini mendominasi bola sepak Eropah dan terkenal di seluruh dunia.

Liga orang kaya ini akan disertai oleh kelab-kelab yang kaya-raya di Eropah bagi menambahkan lagi kekayaan kelab lebih tepat kekayaan pemilik sebenarnya.

Sebanyak 12 kelab dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai gagasan baru yang melibatkan 6 kelab Inggeris 3 kelab Sepanyol dan 3 kelab Itali

Premier League (England) – Manchester United, Liverpool, Manchester City, Arsenal, Chelsea, Tottenham.

La Liga (Sepanyol) – Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid.

Serie A (Itali) – Inter Milan, AC Milan and Juventus.

Liga Eropah yang baru ini akan melibatkan sejumlah wang yang sangat besar dan akan dinikmati oleh kelab yang menyertai European Super League.

Sebanyak $6 bilion dan ada laporan menyebut $5 bilion telah disediakan untuk projek baru ini dan pembiayaan ini dilakukan melalui American bank JP Morgan.

Idea ini bukan perkara baru dan terus direalisasikan selepas kewangan kelab teruk dibadai oleh wabak melanda sejak setahun yang lalu sehingga kita semua tidak dapat balik kampung untuk beraya.

Ini merupakan salah satu sebab kenapa kelab besar Eropah merasakan inilah masa terbaik untuk liga orang kaya ini dilaksanakan.

Bagaimana European Super League akan dijalankan?

Menurut laporan The Times, gadisku dalam koma seriuskah keadaannya? telah mendedahkan kertas kerja bagaimana European Super League akan dijalankan mengikut format pertandingan dan pembahagian wang untuk pasukan bertanding.

Modal Awal

Sebanyak 15 pemilik kelab yang digelar Founding club akan akan berkongsi modal awal sebanyak €3.5 bilion (£3.1 bilion) sebagai ‘geran infrastruktur’ yang dibelanjakan untuk stadium, fasiliti latihan atau tempat perlawanan yang bebas dari wabak.

Untuk modal awal ini setiap kelab akan mengeluarkan wang dari £89 juta sehingga £310 juta dan ini mungkin bergantung kepada kekayaan kelab.

Format European Super League

Format European Super League akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan dihuni oleh 10 pasukan yang akan bermain di home dan juga away. Maknanya akan ada 20 pasukan di European Super League.

15 Founding club ini akan kekal di European Super League sampai kiamat dan lima lagi pasukan akan melalui pusingan kelayakan.

European Super League akan bermula pada bulan Ogos dan perlawanan akhir pada bulan Mei. Sama macam jadual Champions League.

Tiga pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke suku akhir dan dimainkan secara timbal balik dan perlawanan akhir seperti biasa dengan satu perlawanan tunggal sahaja.

Pasukan tempat ke-4 dan ke-5 akan bermain play-off secara timbal balik untuk merebut dua tempat suku akhir yang berbaki.

Perlawanan akan diadakan pada pertengahan minggu dan kelab masih lagi boleh beraksi di liga domestik.

Kelab yang menyertai European Super League ini akan diberikan hak penyiaran sebanyak empat perlawanan semusim dan boleh menyiarkan perlawanan di platform digital mereka sendiri ke seluruh dunia.

Pembahagian Wang

Pendapatan daripada TV dan penajaan sudah tentu akan dinikmati oleh kelab yang mengeluarkan modal awal atau Founding club di mana 32.5 peratus akan dibahagikan sama rata antara 15 kelab ini.

Manakala 32.5 peratus lagi akan dinikmati oleh semua kelab yang bertanding di liga orang kaya ini termasuklah lima kelab yang melepasi pusingan kelayakan.

Founding club ini saja dah makan 65 peratus dah. Masyuk. Nampak tak?

Sebanyak 20 peratus akan dibahagikan secara merit sebagaimana yang dilakukan oleh Premier Leageu. Setiap pasukan akan mendapat bahagian mereka berdasarkan kedudukan mereka di European Super League. Juara dapat paling banyak.

Baki 15 peratus lagi dipanggil ‘commercial share’ akan dibahagikan mengikut populariti kelab. Semakin popular kelab semakin tinggi nilai komersial dan paling banyak dapat makan.

Untuk mengawal kelab tidak berbelanja sewenang-wenangnya, had dikenakan, hanya 55 peratus daripada pendapatan yang dibenarkan dibelanjakan untuk gaji dan pindahan.

Dengan itu ‘Financial Sustainability Group’ atau ‘Kumpulan Kelestarian Kewangan’ diwujudkan bagi memantau perbelanjaan kelab.

UEFA Tekad Hentikan European Super League

Union of European Football Associations (UEFA) dan rakan kongsi tekad untuk menghentikan European Super League (ESL) yang dianggap mengarut dan tidak menerapkan semangat kesukanan yang diamalkan dalam bola sepak.

Tindakan tegas dan keras akan dikenakan kepada pasukan yang terlibat dengan European Super League (ESL) yang boleh melenyapkan kelab dan pemain dari peta bola sepak.

Kenyataan daripada bersama dan sebulat suara UEFA, English Football Association, Premier League, the Royal Spanish Football Federation (RFEF), LaLiga, Italian Football Federation (FIGC) dan Serie A hadir selepas European Super League (ESL) dilaporkan bakal membuat pengumuman rasmi.

UEFA juga turut memuji pasukan dari Liga Perancis, Ligue 1 dan Jerman, Bundesliga kerana tidak menyertai liga yang mengarut ini.

Menurut kenyataan bersama UEFA dan rakan kongsi:

UEFA, Persatuan Bola Sepak Inggeris dan Liga Perdana, Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) dan LaLiga, dan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) dan Lega Serie A telah mengetahui bahawa beberapa kelab Inggeris, Sepanyol dan Itali mungkin merancang untuk mengumumkan penciptaan liga tertutup yang dipanggil Super League.

Sekiranya ini berlaku, kami ingin mengulangi bahawa kami – UEFA, FA Inggeris, RFEF, FIGC, Liga Perdana, LaLiga, Lega Serie A, tetapi juga FIFA dan semua ahli persatuan kami – akan tetap bersatu dalam usaha kami untuk menghentikan projek yang sinis ini, projek yang didasarkan pada kepentingan diri beberapa kelab pada masa ketika masyarakat memerlukan solidariti lebih daripada sebelumnya.

Kami akan mempertimbangkan semua langkah yang tersedia untuk kami, di semua peringkat, baik kehakiman dan sukan untuk mencegah hal ini terjadi. Bola sepak didasarkan pada pertandingan terbuka dan prestasi sukan; ia tidak boleh dilakukan dengan cara lain.

Seperti yang diumumkan sebelumnya oleh FIFA dan keenam Gabungan, kelab-kelab yang bersangkutan akan dilarang bermain dalam pertandingan lain di peringkat domestik, Eropah atau dunia, dan pemain mereka tidak diberi kesempatan untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka.

Kami mengucapkan terima kasih kepada kelab-kelab di negara lain, terutamanya kelab Perancis dan Jerman, yang enggan mendaftar. Kami menyeru kepada semua pencinta bola sepak, penyokong dan ahli politik, untuk turut serta dalam memerangi projek seperti ini sekiranya ia akan diumumkan. Kepentingan diri berterusan oleh segelintir umat ini telah terjadi terlalu lama. Cukuplah cukup.

Selain UEFA ramai pihak termasuk bekas pemain bola sepak dan pengurus tidak bersetuju dengan idea penubuhan European Super League (ESL) yang dilihat akan membunuh bola sepak itu sendiri.

Apakah Itu European Super League?

Menatang apakah itu European Super League yang tiba-tiba meletup lalu menjadi sebutan dan bualan dunia bola sepak yang dilaporkan akan diumumkan secara rasmi penubuhannya dalam masa terdekat ini?

European Super League boleh dikatakan liga baru yang akan ditubuhkan bagi menyaingi UEFA Champions League yang kini mendominasi bola sepak Eropah dan terkenal di seluruh dunia.

Liga orang kaya ini akan disertai oleh kelab-kelab yang kaya-raya di Eropah bagi menambahkan lagi kekayaan kelab lebih tepat kekayaan pemilik sebenarnya.

Sebanyak 12 kelab dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai gagasan baru yang melibatkan 6 kelab Inggeris 3 kelab Sepanyol dan 3 kelab Itali

Premier League (England) – Manchester United, Liverpool, Manchester City, Arsenal, Chelsea, Tottenham.

La Liga (Sepanyol) – Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid.

Serie A (Itali) – Inter Milan, AC Milan and Juventus.

Liga Eropah yang baru ini akan melibatkan sejumlah wang yang sangat besar dan akan dinikmati oleh kelab yang menyertai European Super League.

Sebanyak $6 bilion dan ada laporan menyebut $5 bilion telah disediakan untuk projek baru ini dan pembiayaan ini dilakukan melalui American bank JP Morgan.

Idea ini bukan perkara baru dan terus direalisasikan selepas kewangan kelab teruk dibadai oleh wabak melanda sejak setahun yang lalu sehingga kita semua tidak dapat balik kampung untuk beraya.

Ini merupakan salah satu sebab kenapa kelab besar Eropah merasakan inilah masa terbaik untuk liga orang kaya ini dilaksanakan.

Bagaimana European Super League akan dijalankan?

Menurut laporan The Times, gadisku dalam koma seriuskah keadaannya? telah mendedahkan kertas kerja bagaimana European Super League akan dijalankan mengikut format pertandingan dan pembahagian wang untuk pasukan bertanding.

Modal Awal

Sebanyak 15 pemilik kelab yang digelar Founding club akan akan berkongsi modal awal sebanyak €3.5 bilion (£3.1 bilion) sebagai ‘geran infrastruktur’ yang dibelanjakan untuk stadium, fasiliti latihan atau tempat perlawanan yang bebas dari wabak.

Untuk modal awal ini setiap kelab akan mengeluarkan wang dari £89 juta sehingga £310 juta dan ini mungkin bergantung kepada kekayaan kelab.

Format European Super League

Format European Super League akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan dihuni oleh 10 pasukan yang akan bermain di home dan juga away. Maknanya akan ada 20 pasukan di European Super League.

Empat pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke suku akhir dan dimainkan secara timbal balik dan perlawanan akhir seperti biasa dengan satu perlawanan tunggal sahaja.

Perlawanan akan diadakan pada pertengahan minggu dan kelab masih lagi boleh beraksi di liga domestik.

Kelab yang menyertai European Super League ini akan diberikan hak penyiaran sebanyak empat perlawanan semusim dan boleh menyiarkan perlawanan di platform digital mereka sendiri ke seluruh dunia.

Pembahagian Wang

Pendapatan daripada TV dan penajaan sudah tentu akan dinikmati oleh kelab yang mengeluarkan modal awal atau Founding club di mana 32.5 peratus akan dibahagikan sama rata antara 15 kelab ini.

Manakala 32.5 peratus lagi akan dinikmati oleh semua kelab yang bertanding di liga orang kaya ini termasuklah lima kelab yang melepasi pusingan kelayakan.

Founding club ini saja dah makan 65 peratus dah. Masyuk. Nampak tak?

Sebanyak 20 peratus akan dibahagikan secara merit sebagaimana yang dilakukan oleh Premier Leageu. Setiap pasukan akan mendapat bahagian mereka berdasarkan kedudukan mereka di European Super League. Juara dapat paling banyak.

Baki 15 peratus lagi dipanggil ‘commercial share’ akan dibahagikan mengikut populariti kelab. Semakin popular kelab semakin tinggi nilai komersial dan paling banyak dapat makan.

Untuk mengawal kelab tidak berbelanja sewenang-wenangnya, had dikenakan, hanya 55 peratus daripada pendapatan yang dibenarkan dibelanjakan untuk gaji dan pindahan.

Dengan itu ‘Financial Sustainability Group’ atau ‘Kumpulan Kelestarian Kewangan’ diwujudkan bagi memantau perbelanjaan kelab.

BACA:  UEFA Dan Rakan Kongsi Tekad Hentikan European Super League