Real Madrid, Barcelona Dan Juventus Mahu Hidupkan Kembali Super League

Hampir setahun penubuhan European Super League telah terkubur, kini Real Madrid, Barcelona dan Juventus merupakan pasukan yang masih setia dengan idea itu dilaporkan cuba menghidupkan kembali European Super League (ESL).

European Super League telah mencetuskan kegemparan dalam dunia bola sepak terutamanya di Eropah apabila cetusan idea liga untuk kelab kaya Eropah cuba direalisasikan pada April 2021.

Menurut laporan dari The Telegraph, Real Madrid, Barcelona dan Juventus akan melancarkan kembali projek mega European Super League (ESL) pada minggu ini.

Perancangan awal European Super League yang terdiri dari 12 pasukan telah gagal di mana kelab terbabit telah menarik diri dan hanya tinggal Real Madrid, Barcelona dan Juventus.

Ketiga-tiga kelab penentang ini dilaporkan akan menjenamakan semula European Super League dengan menggunakan konsep baru di mana tiada lagi pasukan tetap di Super League.

Presiden Juventus, Andrea Agnelli dilaporkan bersedia untuk mengumumkan rancangan untuk membatalkan model yang sangat tidak popular itu yang menyaksikan persaingan mengekalkan gergasi Eropah sebagai ahli tetap.

European Super League kini akan mempunyai kelayakan liga domestik tradisional kerana Juventus, Real Madrid dan Barcelona, ​​berharap dapat meningkatkan persepsi orang ramai terhadap rancangan mereka.

Trio Eropah itu juga akan berharap untuk mendapatkan perbicaraan yang baik menentang UEFA di Mahkamah Keadilan Eropah pada akhir tahun ini.

Dengan usaha mereka untuk penjenamaan semula, keputusan perbicaraan yang baik akan dapat menyaksikan projek ESL disambung semula dengan lebih bersungguh-sungguh.

ESL juga terus menjadi sangat kritikal terhadap UEFA dan mengecam kelab yang dibiayai oleh Negara Teluk dalam kenyataan yang dikeluarkan.

“Uefa mempunyai hubungan rapat dengan pemilik kelab tertentu dari negara bukan ahli yang merupakan penaja komersial pertandingan dan kelab tertentu, merupakan pembeli utama hak media untuk pertandingan yang dikendalikan oleh UEFA dan menganggotai jawatankuasa eksekutif UEFA, sambil mempengerusikan ECA tanpa sebarang proses pilihan raya yang telus.

“Memandangkan dalam EU, sebuah kelab tidak boleh mendapat manfaat daripada bantuan negeri (SIC) daripada negara anggotanya sendiri, mengapa perlu dibenarkan pasaran bola sepak diganggu, untuk faedah eksklusif beberapa kelab milik kerajaan kerana bantuan kerajaan datang dari negara bukan ahli?”

Kecaman bersama dari Real Madrid, Juventus dan Barcelona ini merujuk kepada Pengerusi Paris Saint Germain, Nasser Al-Khelaifi yang merupakan pengerusi European Club Association (ECA) dan juga merupakan hak penyiaran UEFA di Timur Tengah.

Menatang Apakah Itu European Super League?

Pada bulan April 2021 European Super League yang tiba-tiba meletup lalu menjadi sebutan dan bualan dunia bola sepak apabila dilaporkan akan diumumkan secara rasmi penubuhannya pada ketika itu namun menemui kegagalan.

European Super League boleh dikatakan liga baru yang akan ditubuhkan bagi menyaingi UEFA Champions League yang kini mendominasi bola sepak Eropah dan terkenal di seluruh dunia.

Liga orang kaya ini akan disertai oleh kelab-kelab yang kaya-raya di Eropah bagi menambahkan lagi kekayaan kelab lebih tepat kekayaan pemilik sebenarnya.

Sebanyak 12 kelab dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai gagasan baru yang melibatkan 6 kelab Inggeris 3 kelab Sepanyol dan 3 kelab Itali

Premier League (England) – Manchester United, Liverpool, Manchester City, Arsenal, Chelsea, Tottenham.

La Liga (Sepanyol) – Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid.

Serie A (Itali) – Inter Milan, AC Milan and Juventus.

Liga Eropah yang baru ini akan melibatkan sejumlah wang yang sangat besar dan akan dinikmati oleh kelab yang menyertai European Super League.

Sebanyak $6 bilion dan ada laporan menyebut $5 bilion telah disediakan untuk projek baru ini dan pembiayaan ini dilakukan melalui American bank JP Morgan.

Idea ini bukan perkara baru dan terus direalisasikan selepas kewangan kelab teruk dibadai oleh wabak melanda sejak setahun yang lalu sehingga kita semua tidak dapat balik kampung untuk beraya.

Ini merupakan salah satu sebab kenapa kelab besar Eropah merasakan inilah masa terbaik untuk liga orang kaya ini dilaksanakan.

Bagaimana European Super League akan dijalankan?

Menurut laporan The Times, gadisku dalam koma seriuskah keadaannya? telah mendedahkan kertas kerja bagaimana European Super League akan dijalankan mengikut format pertandingan dan pembahagian wang untuk pasukan bertanding.

Modal Awal

Sebanyak 15 pemilik kelab yang digelar Founding club akan akan berkongsi modal awal sebanyak €3.5 bilion (£3.1 bilion) sebagai ‘geran infrastruktur’ yang dibelanjakan untuk stadium, fasiliti latihan atau tempat perlawanan yang bebas dari wabak.

Untuk modal awal ini setiap kelab akan mengeluarkan wang dari £89 juta sehingga £310 juta dan ini mungkin bergantung kepada kekayaan kelab.

Format European Super League

Format European Super League akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan dihuni oleh 10 pasukan yang akan bermain di home dan juga away. Maknanya akan ada 20 pasukan di European Super League.

15 Founding club ini akan kekal di European Super League sampai kiamat dan lima lagi pasukan akan melalui pusingan kelayakan.

European Super League akan bermula pada bulan Ogos dan perlawanan akhir pada bulan Mei. Sama macam jadual Champions League.

Tiga pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke suku akhir dan dimainkan secara timbal balik dan perlawanan akhir seperti biasa dengan satu perlawanan tunggal sahaja.

Pasukan tempat ke-4 dan ke-5 akan bermain play-off secara timbal balik untuk merebut dua tempat suku akhir yang berbaki.

Perlawanan akan diadakan pada pertengahan minggu dan kelab masih lagi boleh beraksi di liga domestik.

Kelab yang menyertai European Super League ini akan diberikan hak penyiaran sebanyak empat perlawanan semusim dan boleh menyiarkan perlawanan di platform digital mereka sendiri ke seluruh dunia.

Pembahagian Wang

Pendapatan daripada TV dan penajaan sudah tentu akan dinikmati oleh kelab yang mengeluarkan modal awal atau Founding club di mana 32.5 peratus akan dibahagikan sama rata antara 15 kelab ini.

Manakala 32.5 peratus lagi akan dinikmati oleh semua kelab yang bertanding di liga orang kaya ini termasuklah lima kelab yang melepasi pusingan kelayakan.

Founding club ini saja dah makan 65 peratus dah. Masyuk. Nampak tak?

Sebanyak 20 peratus akan dibahagikan secara merit sebagaimana yang dilakukan oleh Premier Leageu. Setiap pasukan akan mendapat bahagian mereka berdasarkan kedudukan mereka di European Super League. Juara dapat paling banyak.

Baki 15 peratus lagi dipanggil ‘commercial share’ akan dibahagikan mengikut populariti kelab. Semakin popular kelab semakin tinggi nilai komersial dan paling banyak dapat makan.

Untuk mengawal kelab tidak berbelanja sewenang-wenangnya, had dikenakan, hanya 55 peratus daripada pendapatan yang dibenarkan dibelanjakan untuk gaji dan pindahan.

Dengan itu ‘Financial Sustainability Group’ atau ‘Kumpulan Kelestarian Kewangan’ diwujudkan bagi memantau perbelanjaan kelab.

UEFA Tekad Hentikan European Super League

Union of European Football Associations (UEFA) dan rakan kongsi tekad untuk menghentikan European Super League (ESL) yang dianggap mengarut dan tidak menerapkan semangat kesukanan yang diamalkan dalam bola sepak.

Tindakan tegas dan keras akan dikenakan kepada pasukan yang terlibat dengan European Super League (ESL) yang boleh melenyapkan kelab dan pemain dari peta bola sepak.

Kenyataan daripada bersama dan sebulat suara UEFA, English Football Association, Premier League, the Royal Spanish Football Federation (RFEF), LaLiga, Italian Football Federation (FIGC) dan Serie A hadir selepas European Super League (ESL) dilaporkan bakal membuat pengumuman rasmi.

UEFA juga turut memuji pasukan dari Liga Perancis, Ligue 1 dan Jerman, Bundesliga kerana tidak menyertai liga yang mengarut ini.

Menurut kenyataan bersama UEFA dan rakan kongsi:

UEFA, Persatuan Bola Sepak Inggeris dan Liga Perdana, Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) dan LaLiga, dan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) dan Lega Serie A telah mengetahui bahawa beberapa kelab Inggeris, Sepanyol dan Itali mungkin merancang untuk mengumumkan penciptaan liga tertutup yang dipanggil Super League.

Sekiranya ini berlaku, kami ingin mengulangi bahawa kami – UEFA, FA Inggeris, RFEF, FIGC, Liga Perdana, LaLiga, Lega Serie A, tetapi juga FIFA dan semua ahli persatuan kami – akan tetap bersatu dalam usaha kami untuk menghentikan projek yang sinis ini, projek yang didasarkan pada kepentingan diri beberapa kelab pada masa ketika masyarakat memerlukan solidariti lebih daripada sebelumnya.

Kami akan mempertimbangkan semua langkah yang tersedia untuk kami, di semua peringkat, baik kehakiman dan sukan untuk mencegah hal ini terjadi. Bola sepak didasarkan pada pertandingan terbuka dan prestasi sukan; ia tidak boleh dilakukan dengan cara lain.

Seperti yang diumumkan sebelumnya oleh FIFA dan keenam Gabungan, kelab-kelab yang bersangkutan akan dilarang bermain dalam pertandingan lain di peringkat domestik, Eropah atau dunia, dan pemain mereka tidak diberi kesempatan untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka.

Kami mengucapkan terima kasih kepada kelab-kelab di negara lain, terutamanya kelab Perancis dan Jerman, yang enggan mendaftar. Kami menyeru kepada semua pencinta bola sepak, penyokong dan ahli politik, untuk turut serta dalam memerangi projek seperti ini sekiranya ia akan diumumkan. Kepentingan diri berterusan oleh segelintir umat ini telah terjadi terlalu lama. Cukuplah cukup.

Selain UEFA ramai pihak termasuk bekas pemain bola sepak dan pengurus tidak bersetuju dengan idea penubuhan European Super League (ESL) yang dilihat akan membunuh bola sepak itu sendiri.

European Super League Sah Digantung!

Pembentukan Liga haram, European Super League akhirnya tergantung sepi selepas seekor demi seekor Founding Club telah menarik di terutamanya secara berjemaah di England.

Semuanya bermula dengan penarikan diri secara sah kelab Inggeris, Manchester United, Manchester City, Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Tottentham Hotspurs.

Kemudianya Inter Milan secara sahnya juga menarik diri, AC Milan dan diikuti oleh Atletico Madrid yang tampak berbelah bahagi.

Pasukan yang tinggal kini hanya tiga iaitu Juventus, Barcelona dan Real Madrid yang tidak menyatakan apa-apa pendirian lagi tentang perkara ini.

Namun dengan penggantungan ini secara mudahnya boleh dikatakan liga haram ini sudah terhenti dengan sendirinya tanpa kelab yang mencukupi.

Menurut Fabrizio Romano liga haram ini dihentikan bagi pembentukan semula projek. Ibarat tak kalah tapi kemenangan ditangguhkan.

Tanpa pasukan daripada Premier League terutamanya Liverpool dan Manchester United tidak wujudlah liga ini kerana jenama komersil yang kuat yang ada pada pasukan Inggeris.

Kerana itulah hak penyiaran liga Inggeris dapat dijual dengan harga yang tinggi kepada syarikat penyiaran.

Dengan penarikan diri kelab Inggeris secara automatik, Liga Super menggantung diri namun pihak super league masih tidak berputus asa dan membuat pengumuman terkini.

Super League dalam kenyataannya masih mengutuk sistem pertandingan bola sepak eropah yang tidak berfungsi dan merekalah penyelamat.

BACA:  Menatang Apakah Itu European Super League?