Aaron Wan Bissaka Teruk Dihentam Jamie Redknapp

Jika Saka Arsenal mendapat pujian atas usahanya di padang, lain pula untuk Saka Manchester United iaitu Aarom Wan Bissaka yang teruk dihentam pakar bola sepak di studio, Jamie Redknapp.

Jamie Redknapp telah mengeluarkan kenyataan yang agak kejam bahawa ‘bola bukanlah kawan Bissaka’ kepada pemain yang tidak mempunyai ciri-ciri gaya permainan yang diterapkan oleh Erik Ten Hag.

Aaron Wan Bissaka telah bermain 90 minit ketika Manchester United ditewaskan pendahulu liga, Arsenal dalam perlawanan penuh mendebarkan yang dilabel sebagai perlawanan klasik.

Pemain bek kanan itu kantoi tertidur di tiang ketika Arsenal membolehkan Arsenal menyamakan kedudukan melalui Eddie Nketiah dengan satu tandukan tajam menewaskan David De Gea.

Manchester United cuba bermain dengan membina serangan dari bawah menerapkan falsafah yang mahu digunakan oleh Erik Ten Hag tetapi mereka ditekan (couter press) dengan bagus sekali oleh barisan penyerang Arsenal.

Situasi itu membolehkan Arsenal mendapat sepakan penjuru dan dijaringkan melalui satu hantaran silang jahat Granit Xhaka tepat mencari Edward Nketiah.

Ketika David De Gea cuba mencari Aaron Wan Bissaka untuk memulakan permainan dari bahawa, Bissaka kelihatan sangat tidak selesa dan dengan keras Jamie Redknapp menyindir:

“Bola itu bukan kawannya. Saya sangat bergelut untuk faham perkara ini apabila outfield player memberikan bola kembali kepada penjaga gol.”

Kenyataan itu telah dibuat oleh Jamie Reknapp kepada Sky Sporst dan meneruskan penerangannya akan keburukan Bissaka:

“Dia (De Gea) menghantar bola keluar kepada bek kanan, Aaron Wan Bissaka, bola itu bukan kawannya, dia tidak mahu berada dalam situasi itu.”

“Arsenal menekannya dengan sangat baik, Arsenal berjaya mendapatkan kembali bola dan disitulah mereka mendapat sedikit kejayaan.”

“Ia adalah tindakan sendiri, mereka memenangi sepakan sudut dan kemudian jelas mereka berjaya mendapatkan gol dari situasi itu tetapi ia adalah cara menekan yang sangat bagus dan Arsenal terus mempamerkan permainan menarik selepas itu.”

Peminat merasakan kata-kata dari Jamie Redknapp itu adalah sangat kejam dan untuk melabel Bissaka teruk sepanjang perlawanan adalah tidak benar kerana mereka menentang Arsenal yang terlalu bagus namun hanya ditewas di minit akhir.

Pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, Aaron Wan Bissaka mahu saja dijual tetapi tiada yang berminat dan pada bulan November dan Disember yang lalu Bissaka diletakkan dalam senarai untuk dilepaskan.

Namun segalanya berubah selepas tamat Piala Dunia 2022, di mana Diogo Dalot mengalami kecederaan dan Aaron Wan Bissaka adalah satu-satunya calon tulen yang ada untuk posisi itu.

Sejak itu Wan Bissaka kembali mendapat tempat kerana dia adalah satu-satunya pilihan yang ada namun Erik Ten Hag masih perlu mencari seorang lagi pemain untuk menjadi sandaran sementara Dalot masih lagi belum pulih dan kontraknya masih dalam perbincangan.

Bekas kapten Manchester United, Roy Keane juga berada di studio dan menghina bekas pertahanan Crystal Palace itu kerana kekurangan kecerdasan bola sepaknya. Dia berkata:

“Seolah-olah dia tidak percaya bahawa seseorang datang di belakangnya tetapi dia dapat melihatnya! Dia mengantuk teruk. Ini adalah kekurangan kecerdasan bola sepak, kekurangan tumpuan.”

“Memandangkan kami memuji dia kerana mengatakan dia ‘pertahanan yang baik’. Apabila saya mendengar orang berkata ‘Saya tidak menyedari seseorang di sekeliling saya’, anda perlu sedar!”

“Itulah kerja anda! Ini permainan orang dewasa. Lakukan kerja anda, pergi dan serang bola.”

Segala kritikan yang dilemparkan kepada Bissaka adalah benar-benar belaka tapi cari disampaikan agak kejam kerana dia satu-satunya pilihan pemain yang ada dan mereka seakan tidak mengiktiraf betapa powernya permainan Arsenal dalam perlawanan itu.

BACA:  Aaron Wan-Bissaka Berdepan Hukuman Penjara 6 Bulan