Bekas pertahanan Manchester United, Patrice Evra dijatuhi hukuman penjara setahun, peguamnya juga telah memfailkan rayuan terhadap hukuman itu.
Patrice Evra telah dikenakan hukuman penjara yang ditangguhkan kerana gagal membayar hutang serta tanggungan anak anak kepada bekas isterinya.
Menurut laporan Mirror, hakim di kota Paris, Perancis iaitu Nanterre memutuskan Evra sengaja mengabaikan Sandra Evra (bekas isteri) dan anak-anak mereka, dan tindakan Evra dianggap sebagai melampau serta cuba menjadi lebih besar daripada undang undang.
Evra ada dua orang anak, iaitu seorang lelaki yang kini berumur 19 tahun dan seorang perempuan yang berumur 10 tahun.
Patrice Evra dituduh berhutang dengan bekas isterinya £814,000 atau sekitar RM4.94 juta wang alimoni.
🚨 Patrice Evra has been sentenced to prison for family abandonment in France. 🇫🇷
The former captain of the France team was found guilty by a criminal court and sentenced to 12 months in prison with suspended probation. 🤯
He owes close to €1 million in unpaid alimony.… pic.twitter.com/ZP322aAC7M
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 12, 2024
Peguam Patrice Evra segera bertindak pantas untuk merayu keputusan pada hari Selasa waktu tempatan, yang merupakan hasil litigasi selama bertahun-tahun.
“Hukuman yang dikenakan ialah 12 bulan penjara, digantung selama dua tahun,” kata sumber pendakwaan di Mahkamah Hauts-de-Seine pada Jumaat.
“Pasukan undang-undang Encik Evra segera memfailkan rayuan,” tambah kenyataan itu kepada The Mirror.
Selain hukuman setahun yang menantinya, Evra juga dikehendaki membayar denda kepada bekas isterinya sebanyak £3,360 sebagai pampasan, dan £1,700 dalam kos guaman.
Peguam bekas isteri Evra, Nathalie Dubois berkata, kes ini akan menjadi pengajaran penting buat bekas pemain Manchester United itu yang selalu menjerit ‘I LOVE THIS GAMEEEE’.
Menurut Dubois, Evra mesti sedar bahawa dia tidak berada di atas undang-undang walaupun dia adalah bintang bola sepak terkenal yang kacak dan berharta.
Lebih mengecewakan Evra menceraikan isterinya dan mengabaikan anak anaknya selepas dia bertemu dengan betina lain dan merelakan dirinya disondol tanpa bertindak.
“Saya harap, terima kasih kepada keputusan ini, Patrice Evra akhirnya akan memahami bahawa dia tidak berada di atas undang-undang dan kita tidak boleh meninggalkan isteri dan anak-anak kita dalam sekelip mata.”
“Lebih-lebih lagi apabila mereka kali pertama bertemu pada usia 15 tahun dan dia wanita ini telah mengikutinya ke seluruh dunia untuk menyokong kerjaya bola sepaknya,” kata peguam Sandra Evra.
“Izinkan saya menutup berita sampah ini: lihat betapa saya menikmati diri saya di penjara,” tulis kapsyen Evra dalam nada sindiran di laman Instagram peribadinya.
Patrice Evra on Instagram: "Let me shutdown this rubbish news…" pic.twitter.com/dSVnb3wHFT
— UtdDistrict (@UtdDistrict) July 12, 2024
Adalah diketahui bahawa Evra telah berkahwin dengan Sandra sejak 2007 dan bercerai pada 2020. Punca perceraian itu ialah hubungan sulit Evra dengan model Denmark, Margaux Alexandra.
Sejak itu, Evra dan Margaux Alexandra mempunyai dua anak bersama, dan dipercayai tinggal di Dubai di kediaman mewah.
Selepas bersara dari dunia bola sepak, Evra kini aktif sebagai pundit di penyiar terkenal, seperti Sky Sports, beIN Sports, dan lain-lain.
Pemain pertahanan kelahiran Senegal itu memulakan kerjaya profesionalnya dengan kelab Itali Marsala dan bermain untuk Monza, Nice dan Monaco.
Prestasi baiknya ketika itu akhirnya membuatkan Manchester United berminat untuk menandatanganinya dengan harga £5.5 juta.
Bersama MU, Evra berjaya memenangi pelbagai gelaran berprestij termasuk Liga Juara-Juara 2007/08, dan memenangi Liga Perdana sebanyak lima kali.
Evra juga antara pemain yang selalu diberikan kepercayaan untuk menjadi kapten Manchester United. Selepas meninggalkan United dia sempat bersama dengan Juventus, Marseille dan juga West Ham United, sebelum dia bersara sepenuhnya daripada bola sepak.
Dia menjadi tokoh yang sangat disenangi peminat kerana dia seorang yang kelakar. Tidak sangka pula dia ni jenis kaki curang dan mengabaikan anak isteri demi betina lain.