Ada Apa Dengan FFIRA MIKAH Yang Dikecam Ramai?

Ada apa Dengan FFIRA MIKAH yang dikecam Ramai? Media arus perdana dan media-media yang melawan arus serta akaun media sosial mula berbicara dan menaip-naip nama FFIRA MIKAH yang tular sekarang.

Nama sebuah stadium di Kuala Nerang, Kedah telah menjadi bualan peminat bola sepak tempatan dan para netizen selepas KN Kiara Football Club telah mengumumkan nama baru.

Majlis perasmian Mini Stadium FFIRA MIKAH, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman itu telah diadakan pada 7 Disember 2020 bersamaan 21 Rabiulakhir 1442 hijrah.

Mini Stadium FFIRA MIKAH ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Padang Terap merangkap Yang DiPertua Majlis Daerah Padang Terap, Tuan Haji HAKIM ARIFF Bin MD Noor.

Sebelum KN Kiara FC menyatakan:

“Perbincangan antara KN KIARA FOOTBALL CLUB dengan Pihak MDPT & Pejabat Belia dan Sukan Padang Terap… berkaitan Pengurusan MINI STADIUM KUALA NERANG..”

“Secara lisan pihak KN KIARA FOOTBALL CLUB bersetuju untuk ambil alih Pengurusan Mini Stadium Kuala Nerang bagi menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan bola sepak akar umbi khusnya bagi Daerah Padang Terap.”

“InsyaAllah pihak Kelab Bolasepak KN Kiara sedaya upaya berusaha akan mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak bawah 12 tahun yang sistematik dan menyeluruh untuk memberi peluang pemain-pemain luar bandar mendapat latihan dan pendedahan ke arah meningkatkan kualiti pemain dalam memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap Khususnya.”

Dan pada 30 November, nama stadium Kuala Nerang ditukar kepada Mini Stadium FFIRA MIKAH yang dikatakan oleh orang ramai merupakan anagram nama Hakim Ariff.

Pada 7 Disember KN Kiara FC mengumumkan bahawa mereka menerima penyerahan Stadium Mini FFIRA MIKAH.

Kenyataan dibaca:

“Penyerahan dari Pihak MDPT kepada pihak KN KIARA FOOTBALL CLUB yang disempurnakan oleh Haji Hakim Ariff bin Md Nor AMK., BCK. Pegawai Daerah Padang Terap, merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap.”

Pengumumn itu mendapat reaksi bercampur baur daripada peminat.

Ada yang mempersoalkan kenapa tukar nama stadium mini awam itu kepada nama individu? Adakah tuan DO (Pegawai Daerah) merupakan orang yang bertanggungjawab membina stadium itu.

Netizen menyatakan, tidak perlu Majlis Daerah cuba menertebalikkan nama Pegawai Daerah, lebih baik eja dengan betul dan terang.

Ada juga menganggap tindakan itu tak ubah seperti budak wicet sedang bercinta.

Bukan sesuatu yang pelik nama stadium sempena nama tokoh. Namun biasanya ia merujuk kepada legenda dan juga orang yang berjasa dalam membina stadium ataupun pasukan.

Namun kita sama sama menunggu penjelasan tuan Pegawai Daerah atau District Officer(DO). Mungkin ada salah faham dan mungkin hanya satu kebetulan.

Ataupun memang beliau ada membuat pelaburan dan penajaan di dalam stadium tersebut? Siapa tahu.

Dan reaksi netizen sudah pasti sangat menghiburkan.

BACA:  Gabriel Milito Masukkan Pemain Gantian Ikut Cadangan Penyokong