Bekas penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor berkata Arsenal pada masa yang lepas tidak mempunyai sebarang peluang untuk mencatatkan kemenangan di Old Trafford dengan pemain ‘budak-budak’, dan menambah beliau adalah pemain paling kuat dalam pasukan ketika itu.
Adebayor menjelaskan lagi beliau bermain dengan sekumpulan pemain ‘budak-budak’ ketika bersama Arsenal, dan berkata Tomas Rosicky boleh mengalami kecederaan dengan mengucapkan ‘apa khabar’ sahaja kepada pemain tengah berasal dari Republik Czech ini.
Pemain antarabangsa Togo ini menyertai Arsenal dari Monaco pada Januari 2006 dan menghabiskan masa selama 3 tahun setengah di Emirates sebelum mengambil keputusan yang penuh kontroversi untuk berpindah ke Manchester City.
📆 10 Years Ago Today:
⚽ @E_Adebayor scored for @ManCity against former club @Arsenal…
😳… then ran the length of the pitch to knee-slide in celebration in front of the traveling @Arsenal fans.
😅 An iconic @PremierLeague celebration. pic.twitter.com/6Ieh1u9ovn
— SPORF (@Sporf) September 12, 2019
Adebayor meninggalkan Arsenal dengan tangan kosong, selepas gagal meraih sebarang piala ketika bersama The Gunners.
Beliau berpendapat kegagalan Arsenal meraih sebarang piala ketika itu adalah berpunca dari kedegilan Arsene Wenger yang mahu pasukannya dibarisi pemain yang teknikal dan berskil tinggi sahaja.
Adebayor yang kini bermain di Liga Paraguay bersama pasukan Club Olimpia, percaya pemain yang sering dilanda kecederaan seperti Tomas Rosicky adalah lambang kegagalan Arsenal pada masa tersebut.
SEA, It was about 2AM local time when I landed. Tons of you still showed up at the Airport. Thank you for such a great welcome in Paraguay. Merci là-bas ! 🇹🇬❤️❤️❤️🇵🇾💪🏾⭐️✅🔟🌍#GodFirst #LiveLife #MarechalSEA #teamSEA #AfricaUnited #228Forever #Lifesgood #25 #SEAAsuncion pic.twitter.com/SSSDV7Qkgk
— Emmanuel Adebayor (@E_Adebayor) February 14, 2020
Rosicky adalah pemain tengah Arsenal ketika itu dan lebih dari separuh masanya bersama Arsenal dihabiskan dalam bilik rawatan bagi merawat pelbagai kecederaan.
Adebayor ketika ditemuramah akhbar berpengkalan dari Perancis, So Foot turut berkata beliau adalah pemain yang paling kuat fizikalnya dalam pasukan Arsenal ketika itu.
“Saya adalah pemain paling kuat dalam pasukan, walaupun saya hanya mempunyai berat badan sekitar 73kg. Chelsea mempunyai Michael Essien dan Michael Ballack untuk bahagian tengah mereka, tetapi kami mempunyai Tomas Rosicky.”
“Jika kamu bertanya ‘apa khabar’ sahaja kepada Rosicky, nescaya beliau akan mengalami kecederaan dan terkeluar dari pasukan selama 2 bulan setengah.”
Emmanuel Adebayor on Arsenal: "I was the strongest player on the team, despite the fact that I weighed 73kg. Chelsea had Essien & Ballack in midfield. We had Rosicky. If you said as much as "how are you" to him, he would then be injured for 2 and a half months." (So Foot)
— Get French Football News (@GFFN) November 20, 2017
Walaubagaimanapun, Adebayor tidak menyalahkan Rosicky sepenuhnya atas kegagalan Arsenal untuk bersaing, dengan kekurangan pasukan bimbingan Arsene Wenger dari segi fizikal adalah punca utama mereka gagal bersaing dengan pasukan kuat yang lain dalam peringkat domestik dan Eropah.
“Dalam perlawanan biasa, bakat boleh mengubah keputusan perlawanan, tetapi kamu tidak akan memenangi perlawanan di Old Trafford dengan hanya menurunkan ‘budak-budak’.”
Dalam waktu yang singkat bersama Arsenal, Adebayor berjaya menjaringkan 62 gol dari 142 penampilan dengan kempen 2007/08 adalah musim terbaiknya dari segi produktiviti, di mana sepakan beliau berjaya menemui jaring sebanyak 30 kali dalam semua pertandingan.
Selepas meninggalkan Arsenal untuk mnyertai revolusi yang berlaku di Manchester City, pemain yang berusia 33 tahun ini gagal menampilkan persembahan yang meyakinkan dan kerap berpindah randah.
Antara kelab yang diwakilinya selepas City adalah Real Madrid, Tottenham, Crystal Palace, Istanbul Başaksehir dan Kayserispor di Liga Turki.
Kali Terakhir Adebayor Menggegarkan Dunia Bola Sepak?
Kali terakhir Adebayor mendapat perhatian dunia bola sepak adalah pada bulan Mac yang lalu yang bukan kerana aksi yang padu atau menjaringkan gol yang menarik tetapi kerana menendang pemain lawan.
Ketika Adebayor beraksi bersama kelab Paraguay, Olimpia, bekas pemain Arsenal itu telah dilayangkan kad merah kerana melakukan satu kekasaran paling teruk dalam tahun 2020 ini.
Dalam satu perebutan bola tinggi yang melambung ke langit, Adebayor telah masuk dengan menggunakan kaki mencabar pemain pertahanan Defensa y Justicia.
Emmanuel Adebayor was sent off in Paraguay last night. Remember when he blamed his poor form at Spurs on his mother doing witchcraft on him?
Good times. pic.twitter.com/0LDH8am2sY— Fun With Flares (@Funwithflares) March 12, 2020
Tendangan terbang Adebayor terus hinggap ke leher pemain Defensa y Justicia yang tekun menunggu bola jatuh. Belum sempat bola pemain tersebut terlebih dahulu jatuh ke tanah.
Pengadil tidak teragak-agak untuk terus melayangkan kad merah tanpa rasa melekit dan reaksi Adebayor sangat menakjubkan.
Seperti tidak bersalah dengan tindakan tidak masuk akal itu, Adebayor cuba membela diri menyatakan dia cuba merebut bola. Gila.
SEA, tough game today! What a great team spirit, and what a win boys @elclubolimpia. Sad to leave the pitch early on a Jackie Chan challenge. It was never my intention to hurt my opponent, And I am glad he is okay 🤜🏾👏🏾🙏🏾⭐️❤️🤜🏾🙌🏾#GodFirst #teamSEA #25 #SEAAsuncion #Lifesgood pic.twitter.com/TqruWfqtKm
— Emmanuel Adebayor (@E_Adebayor) March 12, 2020
Selepas perlawanan Adebayor telah memohon maaf tentang insiden itu dan mungkin baru menyedari tindakannya itu sangat ganas.
“SEA, Perlawanan yang sukar hari ini! Semangat pasukan yang padu dan menang apakah ini Olimpia.”
“Sedih terpaksa meninggalkan padang kerana tendangan Jackie Chan. Bukan niat aku untuk mencederakan lawan. Aku gembira beliau okay.”
Nasib baik sedar, minta maaf pakai emkoji je. Power.