Adidas Mengimbau Nostalgia Dengan Mengumumkan Kasut ‘Predator’ Versi Retro

Adidas Soccer hari ini membawa keceriaan kepada jutaan peminat bola sepak seluruh dunia apabila melancarkan ’25 Years of Predator Pack’ sempena ulang tahun ke-25 jenama kasut Predator diperkenalkan kepada umum.

Beberapa barangan sukan keluaran Adidas di bawah jenama Predator akan dilancarkan tidak lama lagi diilhamkan oleh dua ikon bola sepak dunia iaitu David Beckham dan Zinedine Zidane.

Beckham dan Zidane kembali bersatu demi Predator !

Zidane dan Beckham kembali berganding bahu untuk sama-sama melancarkan ’25 years of Predator Pack’ menerusi satu video yang dimuat naik oleh Adidas Football.

Mereka berdua duduk menonton sejumlah klip video untuk mengenal pasti siapa yang layak untuk menerima kasut ‘Predator’ dari Adidas. Antara mereka yang berjaya menambat hati adalah pemenang gol paling cantik di Piala Dunia 2018, Benjamin Pavard.

Paul Pogba juga layak menerima kasut selepas mengambil sepakan penalti sambil berjalan-jalan anak. Beckham turut menghantar mesej kepada Pogba untuk memberitahu beliau mengenai kasut tersebut.

Kedua-dua ikon bola sepak ini bukan lagi asing dengan jenama Predator. Mereka merupakan duta kepada Adidas untuk sekian lama dan menggunakan kasut ‘Predator’ untuk satu tempoh yang lama dalam karier mereka.

Kasut ‘Predator Accelerators’ yang dipakai Zidane suatu ketika dahulu akan diberi wajah baru oleh Adidas. Ia dicipta untuk Zidane selepa pemain terebut membimbing Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 di halaman sendiri. ‘Predator Accelerator’ bakal tampil dengan warna emas.

Bagi Beckham pula, kasut ‘Precision’ yang pernah dipakai Beckham pada tahun 2001 turut diberi wajah baru oleh Adidas. ‘Precision’ versi baru akan tampil dengan dua pilihan warna tali kasut iaitu merah dan putih.

Kasut-kasut ini akan mula dijual pada 7 March nanti dan boleh didapati di Adidas.com atau penjual-penjual terpilih.

BACA:  Maguire Terharu Dapat Panggilan Telefon Daripada David Beckham Yang Nasihatkannya Untuk Terus Kuat