Adidas Hentikan Penjualan Jersi Authentic Musim Baharu Arsenal, Penyokong The Gunners Malu

Adidas terpaksa menghentikan penjualan jersi musim baharu Arsenal selepas mendapat kritikan penyokong kelab itu yang mengesan kesilapan memalukan di rekaan jersi tersebut.

Menurut penyokong setia yang The Gunners yang marah, syarikat sukan Jerman itu melakukan kesilapan pada rekaan jersi versi authentic.

Arsenal melancarkan jersi baharu itu pada Mei lalu dan mendedahkan rekaan kali ini mengambil inspirasi daripada kejayaan skuad invicibles pasukan itu pada musim 2003-04.

Skuad kendalian Arsene Wenger pada musim tersebut menjuarai Premier League tanpa tewas walaupun satu perlawanan, dan setelah 20 tahun Arsenal mahu memperingati kembali kejayaan tersebut melalui rekaan jersi pada musim hadapan.

Untuk rekaan jersu baharu itu, salah satu bahagian atau jalur pada jersi dijahit dengan rekod perlawanan menang atau seri mengikut turutan daripada awal musim seperti yang dilalui pada musim 2003-04.

Berdasarkan jahitan pada jersi, sepatutnya kesemua 26 kemenangan dan 12 perlawanan dijahitk pada jalur jersi tersebut mengikut susunan. Tanpa disedari oleh Adidas, kesilapan sebenarnya berlaku.

Ini kerana penyokong Arsenal mendapati jersi tersebut hanya merekodkan 32 perlawanan dan bukan 38 seperti yang sepatutnya.

Penyokong setia Arsenal yang menyedari kesilapan tersebut mendapati Adidas tidak merekodkan dua keputusan seri menentang Portsmouth dan Birmingham, selain empat kemenangan yang dilalui sepanjang musim tersebut.

Berikutan kesilapan tersebut, jersi authentic (player issue) itu kini terpaksa dihentikan penjualannya daripada laman sesawang Adidas dan Arsenal.

Pada masa ini hanya jersi replika sahaja yang boleh didapati daripada Adidas secara atas talian.

Menurut laporan The Sun, Arsenal melalui hantaran email mengesahkan kesilapan pada rekaan jersi tersebut. “Kami menyedari kesilapan pada rekaan jersi authentic home musim 2023/24.

“Malang sekali kami tidak boleh memenuhi tempahan dan permintaan anda sekarang,” jawab Arsenal melalui email tersebut.

“Kami kini dalam proses penilaian semula terhadap jersi 23/24 authentic home, dan akan menetapkan tarikh baru bila ia boleh didapatkan.

“Buat masa ini, anda boleh lihat jersi replika home yang sedia untuk ditempah dan dihantar ke alamat anda.”

Kesilapan rekaan itu kini turut mendapat kritikan di media sosial.

“£110 (Rm652) untuk jersi itu? Ini lebih daripada kelakar. Macam mana depa boleh buat silap?”

Seorang lagi penyokong berkata: “Saya baru dapatkan satu. Amat kecewa kerana ia tidak merekodkan semua 38 perlawanan..”

Jersi bola sepak sesebuah sentiasa dianggap keramat oleh penyokong kerana ia adalah gambaran identiti sesebuah kelab.

Maka kemaluan penyokong Arsenal boleh difahami apabila rekaan yang sepatutnya menjadi kebangaan mereka dirosakkan oleh Adidas.

BACA:  Kad Kuning Granit Xhaka Musim Lalu Disiasat Agensi Siasatan Jenayah Britain