David Beckham Rayu Zinedine Zidane Supaya Tewaskan Liverpool

Bekas pemain Manchester United, David Beckham merayu rakan baiknya yang juga pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane supaya menewaskan Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang bakal berlangsung hujung minggu ini di Kiev, Ukraine.

Real Madrdi berada dalam landasan terbaik untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut yang mana pencapaian tersebut belum pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan sebelum ini.

Din, tolong settle kan Lolipop malam ni. Biar diorg mandul sampai bila-bila

Tetapi tugas sukar menanti Real Madrid dalam pentas final nanti memandangkan Liverpool memiliki rekod yang cemerlang di peringkat Eropah di samping muncul pasukan paling banyak menjaringkan gol musim ini.

Beckham menyertai Real Madrid dari Manchester United pada tahun 2003 selepas berselisih faham dengan pengurus United ketika itu, Sir Alex Ferguson. Beckham merupakan sebahagian dari skuad Real Madrid yang digelar ‘The Galacticos’ dan bermain bersama Zidane selama 3 tahun sehingga tahun 2006.

Zidane mengambil keputusan untuk bersara dari bolasepak selepas berakhirnya kempen Piala Dunia 2006 dimana beliau berjaya membawa Perancis ke perlawanan akhir sebelum tumpas di tangan Itali menerusi sepakan penalti. Zidane menamatkan kariernya dengan kad merah selepas ‘menanduk’ pemain pertahanan Itali, Marco Materazzi pada waktu tambahan.

Beckham puji pencapaian luar biasa Zidane sebagai pemain dan pengurus

Beckham pula meninggalkan Real Madrid setahun selepas Zidane bersara apabila beliau berhijrah ke Amerika Syarikat untuk bermain dengan LA Galaxy.

Walaupun telah lama meninggalkan Manchester United, Beckham berkata beliau tidak sanggup melihat Liverpool menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah dan berharap rakan baiknya, Zidane dapat menghalang Liverpool dari melakukannya.

“Untuk berjaya sebagai seorang pemain dan juga berjaya sebagai seorang pengurus, pencapaian Zidane amat lah menakjubkan. Saya hanya mahu mengucapkan selamat maju jaya kepada Zizou dan presiden kelab dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah nanti.”

“Dan tolonglah tewaskan Liverpool. Tolong !”

Beckham pernah mengecapi kejayaan menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah bersama Manchester United pada musim 1998/1999. Beckham merupakan pemain yang bertanggungjawab mengambil dua sepakan penjuru yang berjaya disudahkan oleh Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjær dalam waktu kecederaan untuk menewaskan Bayern Munich 2-1 dalam aksi final.

Punca utama Beckham tidak mahu melihat Liverpool julang trofi UCL

Sekiranya Zidane berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 sebagai pengurus, beliau akan menyamai pencapaian yang telah dilakukan oleh Carlo Ancelott dan Bob Paisley.

Liverpool pula menyasarkan untuk memenagi trofi peringkat Eropah ke-6 mereka dan berharap mampu mengulangi pencapaian mereka pada tahun 2005 dimana Liverpool berjaya bangkit dari ketinggalan 3-0 kepada AC Milan untuk menang menerusi sepakan penalti.

Sepak mula perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang menemukan Liverpool dan Real Madrid bakal berlangsung pada pukul 2.45 a.m waktu Malaysia (awal pagi Ahad).

BACA:  Perjanjian Rahsia Alonso Bersama Leverkusen Yang Menjadikan Dirinya Pengganti Klopp Di Liverpool